Harini teringat nak tulis kisah air yang I amat gemari ..Air Kelapa Muda ..
Boleh dikatakan hampir setiap minggu I pasti minum sebji air kelapa muda .. I hanya minum air dari buah kelapa asli, bukan yang dah dicampur air gula dan ais .. nikmatnya terasa ..
Kalau di Kemaman ni, tempat yang paling mudah untuk mandapat air kelapa muda ialah sekitar Kuala Kemaman dan Monica Bay .. penuh sebiji buahnya dipenuhi airnya dan yang best apabila isi mudanya di korek dan digores dengan sudu ... tak dapat nak jelaskan bagaimana nikmatnya (yang makan je tau rasanya !! )
Kini , Mimi sudah mula menyukai air serta isi kelapa muda kerana dia sering ikut kami ( Darling and I ) minum air kelapa muda ..

I teringat melancong di bulan Ramadan di Ho Chi Minh tahun lalu , I punyalah hausnya , rasa nak pengsan dah dan mula terbayang2 air kelapa muda yang dijual di kaki lima .. kemudian Darling belikan I .. 5 biji kelapa muda , lega masa berbuka ... hahahaha (ni perli ke apa ) .
Semasa di Medan tahun lalu , dalam perjalanan pulang dari Brastagi ke Medan .. ada suatu tempat penuh gerai bawah pokok jual kelapa muda, siap bangku untuk pembeli minum di situ ..apalagi, kami ambik kesempatan berhenti menikmati kenyamanan air kelapa muda ....Legaa .....

Kisah paling sedih yang sukar untuk I lupakan .. mengidam air kelapa muda semasa mengandungkan Izzat ..jenuh Darling cari sepanjang jalan balik kerja di area Kijal yang biasanya ada orang jual kelapa muda , tapi ..masa tu ..tak de sapa menjualnya ... hinggalah suatu hari mudir sekolah agama di Kemaman bertanyakan khabar I (yang melepek mengandung) .. terus diberitahu yang I nak kelapa muda ... "Kenapa tak cakap, pokok kelapa banyak di keliling rumah Ayah De .. " kata nya ... terus tak lama lepas tu dapatlah I merasa air kelapa muda fresh dari pokok kelapa ..heheh .

Ada orang kata air kelapa muda untuk wajah awet muda .. tak termudakan , bila usia meningkat tua, kerut dan kedut pasti bertandang jua ... hihihi .
Jom kita minum air kelapa muda .... jom !!!!