Saturday, May 3, 2008

cuti panjang dan tag....

Cuti panjang dari khamis hingga esok, ahad sebab anak-anak ada cuti peristiwa, Izzat sukan sekolah hari tu dan mimi perjumpaan ibubapa hari ni . Tapi saya tak ke mana sebab mimi demam sejak hari selasa hari tu dan batuk juga yang masih ada lagi. Saya hanya ke sekolah mimi pagi tadi untuk berjumpa guru2 di situ sebab hari ni adalah perjumpaan ibubapa dengan guru bagi melihat prestasi anak-anak di sekolah, berjumpa dengan setiap guru mata pelajaran. Secara umumnya Mimi setakat ini okay di sekolah, Alhamdulillah.

Hari ni juga rakan-rakan izzat datang rumah untuk berlatih english short play yang akan dipersembahkan sempena English Week di sekolah minggu depan. Saya sempat masak mee tomyam dan puding ais krim untuk mereka semua. Saya latih mereka sekejap dan terus ke sekolah mimi dan balik tadi saya sambung melatih mereka berdrama.

Harini saya nak jawab tag cikgu jawe pada saya .... nyatakan 8 perkara mengenai diri sendiri... rasanya ramai yang dah tahu tentang diri saya, tapi untuk masih bersikap sporting saya sahut tag ini....

1/ Saya anak perempuan bongsu , anak ke 4 dari 5 beradik dan saya anak manja sebab beza saya dengan adik bongsu saya adalah 5 tahun .

2/ Warna kegemaran saya sekarang adalah hitam, biar pun orang kata warna berkabung tapi memang saya rasa selesa berpakaian hitam , jubah saya boleh kata semuanya hitam, tudung saja yang hanya 1 saja hitam.

3/ Saya gayat pada ketinggian, makin bertambah usia makin menjadi-jadi. saya rasa saya boleh pengsan jika berada di tempat tinggi .

4/ Sudah 4 tahun saya tidak memandu di waktu malam dan sekarang makin teruk. Saya tidak dapat menahan 'pecahan' sinaran lampu dari kenderaan lain dan saya pernah berhenti di tengah-tengah jalan kerana tidak dapat melihat jalanraya akibat dua buah kereta yang datang dari arah bertentangan.

5/ Saya adalah orang terakhir yang membisikkan kalimah syahadah ke telinga abah semasa abah saya menghembuskan nafas terakhir . Hingga kini saya masih ingat wajahnya ketika itu.

6/ Saya seorang pelajar yang amat aktif semasa di sekolah dulu tapi saya tidak suka anak-anak terlalu aktif di sekolah sebab saya rasakan semacam rugi kerana tidak menjadi pelajar biasa yang pada saya lebih aman dan selesa di sekolah. Pada saya lebih elok hanya tumpukan pada pelajaran.

7/ Saya dan suami bercita-cita untuk melancong ke merata dunia bila urusan anak-anak sudah selesai... hanya kami berdua... taktaulah waktu tu larat lagi tak nak mengembara..hahaha.

8/ Mungkin ramai yang tak percaya jika saya katakan yang saya tiada best friend dan lebih suka berkawan dengan semua orang tanpa ada best friend..anyhow saya dah ada teman istimewa sepanjang hayat, InsyaAllah.


Itulah 8 perkara yang saya ingin bagitau pada rakan-rakan blogger semua... kali saya nak tag rakan-rakan lain pulak yang saya ingin tahu lebih lanjut mengenai mereka.... itupun kalau mereka tak buat lagi...

maklang
kak elle
kak lady
ummu asiah
ummi365

Selamat berhujung minggu buat semua................

15 comments:

Ummi365 said...

Kak rina... tag oh tag... first time dalam hidup berblog ni kena tag.. akan ku usahakan insyaallah..

Kak Elle said...

Rina saya mmg tak minat lansung i tag..sorry lah ye kalau tak membuat nya tapi dari video movie tribut to the patriach you dah tahu 8 perkara diri saya di situ.

Semoga Mimi cepat sembuh ... dan mee tom yam tu ada lagi tak?nak sikit?

silversarina said...

ummi,

Tulah kena buat.. nak kenal ummi lebih dalam :P



kak elle,

saja I mak tag kak elle sebab I memang tahu akak tak suka jawab tag..hehehe.

mama said...
This comment has been removed by the author.
mama said...

mimi dah ok kak ina?

hari ni baru saya ada masa baca blog kak ina semula...
apa khabar sekarang? hubby akak dah sampai ke?

ummu asiah said...

Me too..kak rina..so far dok baca tag-tag dari blog2..memang rasa macam tak pandai nak jawab..tak pe i wl try my best for the sake of tujuan kak rina nak kenal lebih lagi...dapat tulis satu entry kot..

CikguZue said...

nasib baik tak kena tag...hehehhe

oo kak Rina takut ketinggian...aka gayat, ek. saya dulu kecik2 x takut langsung. panjat pokok hingga ke hujung, lompat dari atas bumbung...hhhiiii berani la masa dulu2. tapi sekarang, nak naik bangunan 3 tingkat pun kena banyak istighfar...sindrom orang2 tua dah menjenguk gaknye...tu yg kena byk istighfar tu...hehehe

Shah CJ said...

psssttt kaki na. aku pun takut tinggi tau. hehe.. gayat!.. hihi

jgn bagitau kawan2 tau. malu. :)

aku juga takde kawan istimewa. semua org adalah kawan istimewa aku, walau sekadar jumpa sekali.

TQ jwb tag aku yek. (^.^)

YuszTieY said...

salam..
moga cita2 kak rina akan tercapai tak lama lagi utk round seluruh pelusuk donia..aminnnn
ader tag cam ni boley la tahu latar belakang sikit22 kan..best gak yer...

D said...

lagi terselak mengenai kak rina... interestingnya! mengembara sedunia? lagi bertambah usia, lagi romantis! auuu

Jingga Studies said...

u've been tagged (again!!!), check my blog, padan muka and good luck!

silversarina said...

mama,

Alhamdulillah mimi dah ok... baru ni demam campur batuk .

tangah minggu ni baru sampai darling akak ... sssshhhhh .... malu lah :P



ummi asiah,


thanks... lagi panjang lagi baik , dapat kami kenal lebih lanjut lagi.



cikguzue,

Oh tak kena lagi tag ni, ye.. nantilah , anda tak dapat lari tag mengetag ni..just for fun actually.

akak pun dulu masa kecik tak gayat tapi sekarang memang tak tahan betul, macam nak pengsan kalau gayat.

silversarina said...

cikgu jawe,

lepas dah hutang tag akak ...

cikgu tak de best friend sebab dah ada ramai peminat datang serata dunia :)



yusztiey dan d ,

bukan cita-cita , angan-angan je tu... tak larat dah wei and fulus pun tak de...hehehe.



jingga studies,

tak pe, akak sahut cabaran you... habis semua gang di tagged nya..ish ish ish :P

Sue.Aleen said...

kak rina.. teruk tol la orang tu.. dia tag main ikut dan je... kalo boleh satu sopo sentral tu dia nak tag...

kita serupa... saya pun anak ke 4.. cuma... kakak saya 10 tahun lebih tua dari saya, adik saya muda 8 tahun dari saya.. huhu..

silversarina said...

suealeen,

wowww, you lagi manja ni... yelah dah lama baru dapat baby baru dan lama pulak tu baru dapat sorang lagi, mesti semua orang sayang sangat kat you.