Sunday, May 11, 2008

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU BUAT BONDA HALIPAH DAN BONDA SAPIAH !!





TERIMAKASIH KERANA MENDIDIK ANAKANDA SELAMA INI.






SEGALA JASA BONDA TAKKAN DAPAT ANAKANDA BALAS WALAU DENGAN SEGALA ISI BUMI DAN CAKERAWALA INI.





Bonda Halipah , menghidap darah tinggi dan ingatannya kadangkala ingat kadangkala lupa ... seorang yang aktif ketika muda , bergiat cergas dalam BAKAT, persatuan isteri2 tentera ) , namun kini dirinya tidak berupaya membuat sebarang pekerjaan dengan sempurna ...ibu yang melahirkan saya.... selepas cuti sekolah ini akan tinggal dengan saya kembali .


SEMOGA BONDA DIBERKATI ALLAH RABBUL JALIL SEPANJANG HAYAT DAN MENDAPAT NIKMAT SYURGA DI AKHIRAT KELAK.




Bonda Sapiah, bonda mertua saya yang dulunya juga seorang yang aktif dan chef terhebat, segalanya disediakan secara manual, dari rempahnya digiling sehinggalah ayam kampung ditangkap sendiri dan dimasak sehingga menjadi rendang minang yang hingga kini tiada siapa dapat tandingi kelazatannya, isteri bekas ketua balai polis dan juga bermadu , kini terlantar sakit angin ahmar dan ingatannya memang telah tiada,tidak dapat mengenal walau anak sendiri .



KETAHUILAH BAHAWA KASIH ANAKANDA KEPADA BONDA TETAP UTUH WALAU JASAD DAN INGATAN BONDA TIDAK LAGI LANCAR SEPERTI DAHULU.





AMPUN KAN DOSA ANAKANDA SEKIRANYA SELAMA INI ANAKANDA ADA MENGELUARKAN KATA-KATA YANG MENGHIRIS HATI BONDA DAN PERLAKUAN ANAKANDA YANG KURANG MENYENANGKAN.





SELAMAT HARI IBU !!





ANAKANDA SAYANG BONDA SEHINGGA AKHIR HAYAT, INSYAALLAH.











Selamat Hari Ibu buat semua ibu di luar sana khas buat bloggers yang bergelar ibu..teruskan usaha murni menabur bakti mendidik anak bangsa , segala pengorbanan mu akan dikira sebagai amalan mulia menjadi bekalan di negeri abadi, INsyaAllah.





26 comments:

Mak Teh said...

Selamat Hari Ibu Sarina! Jadilah seorang ibu mithali, gunalah resipi sendiri. Bahannya berton-ton kesabaran, berterusan kasih sayang dan keimanan dalam diri yang kental. Kemudian gaullah mengikut cita rasa sendiri.

Dari blog anda, nampaknya anda memang seorang ibu yang hebat dengan kasih sayang! Syabas!

mama said...

aduh... syahdunya baca bab bonda ni kak ina. tak tau la sejak jadi mama ni hati saya mudah sangat tersentuh bila mengenangkan mak di kampung... walaupun mak baru pencen tahun lepas... (seorang ibu yang sihat) lagi la.. tapi hati saya mudah tersentuh la kak... tak tahu apa akan jadi masa akan datang.

baru2 ni mak saya kurang sihat... tak pasti sakit apa tapi mudah pitam. doc kata ada masalah perut makanan kurang hadam... semoga mak cepat sembuh...

yang sedihnya saya tak dapat nak balik tengok mak sempena hari ibu ni....

cikMilah said...

MIL kakRina lebihkurang sama dgn aruah mak saya - chef terhebat... Semuga kita mendapat keberkatan sepanjang hidup dunia and akhirat.

maklang said...

selamat hari ibu jugak untuk Rina...dan ibu serta ibu mertua rina..

Dan juga untuk semua ibu2 seantero dunia...semuga jasa2 ibu di berkati Allah dan beroleh syurga hendaknya...Amin...

cendawanintim said...

Selamat Hari Ibu jugak...jaga diri bebaik ok..

NURAZZAH8 said...

Selamat Hari Ibu utk semua ibu/mama/mak/emak/mummy/mami ...

Kak Elle said...

Selamat hari ibu Rina ucapan untuk saya takde ke?...hahaha....saya lah ibu kepada adik2 yg telah di tinggalkan ibu kandong.

Sue.Aleen said...

happy mother's day kak rina... kitalah pulak generasi mak-mak masa kini dan akan datang... ye dak

CikguZue said...

selamat hari ibu jugak

Jingga Studies said...

happy mother's day to you!..your children will remember you as i remember my mom..An Angel!

KAMATO said...

Selamat hari ibu, semoga terus di limpah kebahagian bersama keluarga tercinta

aNIe said...

SELAMAT HARI IBU RINA...

Terharu membaca coretan ringkat bonda dan mertua rina tu...hmmm...chef terhebat...agaknya rina pernah tak dpt mencungkil rahsia kehebatan mertua tu?

zlaa said...

Selamat Hari Ibu, Kak Rina.

Ajzie said...

Selamat Hari Ibu kepada kak Rina dan sekian ibu ibu.
Moga hari2 yg mendatang akan lebih gembira dan dirahmati.

mad redo1 said...

selamat hari ibu!

Anonymous said...

Selamat Hari Ibu..
semoga sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta....
wah..bizi la bulan ni..layan darling balik dari jauh...

mommy said...

selamat hari ibu buat opah & wan
n utk opah to be jugak..heheh

Qaseh Bidadari said...

selamat hari ibu kak!

semoga kite akan jd ibu yg baik walopon bukan yg terbaik kan!

Zareda Norman said...

Salam Hari IBU buat kak rina...

zar pun terlalu rindukan mak di kg.. tapi nasib baik mak zar akan turun KL sabtu ni.. nak peluk cium mak puas puas...

silversarina said...

makteh,

Terimakasih makteh , tapi makteh memang supermom dengan ramainya anak-anak tahfiz di bawah jagaan makteh.

Salam ceria buat makteh sekeluarga.



mama,


Bila ingat masa kecil betapa hebatnya mak , tak pernah duduk diam, kini tak terdaya apa jua.. insaf diri akak.



cikmilah,


Bila kami balik kampung memang akan masak apa saja yang hubby akak sebut ( hubby anak bongsu ).. akak sampai tegah hubby akak sebut nak makan apa sebab kesian tengok dia nak juga masak ..sdih bila lihat sekarang dia dah tak de selera apa-apa dan tak boleh apa2 :(




maklang,

semoga kita akan jadi ibu yang berjasa sepanjang hayat.Amin .

silversarina said...

cendawanintim,

sama juga buat you ..semoga diberkati selamanya.



nurazzah,


You memang supermom yang layak mendapat award dan reward from the AlMighty Allah, InsyaAllah.



kak elle,

Selamat hari ibu juga buat akak yang menjadi contoh adik2 , INsyaAllah.



suealeen,

InsyaAllah kita akan mengikuti contoh ibu yang tidak kenal jemu mendidik kita semua.

silversarina said...

cikguzue,

Selamat kembali.




jinggastudies,

thanks a lot .




kamato ,

Semoga sendirian juga bahagia di sana.



kak lady,

I ni jenis tak suka 'susah' ( tangkap ayam, salai, cabut bulu, giling rempah, kukur kelapa , perah kelapa , hidupkan api arang kayu...dll.. fuhhh... ) tak masaklah jawabnya..so apa yang I buat , kacau je masakan mak yang dah siap ditumis dan hanya tunggu masak ... tips yang I dapat.. kena rajin macam MIL baru boleh jadi chef terhebat... hehehe.



zlaa,

Same to you .. cheers!!

silversarina said...

ajzie,

Selamat hari ibu juga buat ajzie , senyum sokmo :)



madredo1,

Terima kasih.. bestnya sukma di nuu .. tengok dalam tv je perasmian stadium :P




kak liza,


Busy sikit aje... rajinlah sikit masak kat rumah...hehehe.

silversarina said...

princess,

Timakasih la cayang... lama tak jumpa opah n wan kan??



mama ranggie,

sama-samalah kita menjadi ibu yang terbaik, InsyaAllah buat generasi akan datang .



zareda,


Akak cuti sekolah baru nak jumpa mak-mak berdua.. sayu hati bila ingat keadaan mereka kini.

D said...

selamat hari ibu kak rina... baru hampir 11 tahun menjadi ibu; masih banyak yang perlu saya belajar. di sinilah saya menimpa ilmu sikit...

semoga Allah mengampuni dosa ibu-ibu kita dan dosa-dosa kit sebagai ibu.

silversarina said...

d,

InsyaAllah d akan jadi ibu yang tabah dan berjaya mendidik anak-anak hingga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Ketahanan mental dan fizikal yang mantap akan dapat mengharungi segala dugaan dalam mendidik anak-anak .

Yes, you can do it !!