Thursday, May 22, 2008

entry terakhir.......

Salam hari terakhir persekolahan di sini sebelum mula bercuti 2 minggu mulai esok . Saya pun tak sabar nak bercuti, lama beno dah rasanya terperap di kemaman.






Apapun pagi tadi saya kalah dengan Izzat bila MU menang Champions League menentang Chelsea dalam final dengan sepakan penalti... saya kejutkan Izzat sebab dia nak tonton match secara live, pastu saya lelap ( depan TV ) dan terjaga pulak masa penentuan dengan sepakan penalti dan masa Anelka dari Chelsea nak ambik penalti saya pejam mata tak nak lihat sebab saya dah agak yang dia akan gagal. Betul tekaan saya dan dengan itu kalah lah pasukan saya, Chelsea dan teramatlah gembiranya anakanda Izzat sebab MU johan.... waktu tu jugak saya terbayang wajah anakanda k-riey di perancis yang juga sure teramat gembiranya dengan kemenangan itu.







++++++++++++++++++++++++++++++++++





Pagi tadi jam 7 pagi saya called maklang bagi ucapan selamat sebelum dia masuk OT pagi ni . Maklang bunyi yakin dan pasrah atas apa jua yang bakal dilalui. InsyaAllah kita sama-sama doakan agar maklang selamat menjalani pembedahan yang menurutnya akan mengambil masa 4 - 5 jam .




zwani.com myspace graphic comments
++++++++++++++++++++++++++++++++++





Ini entry saya yang terakhir buat bulan mei sebab mulai esok kami akan bercuti dengan jadual yang padat yang memang saya takkan update blog masa cuti. Kami akan pulang ke NS, KL, Perak bertemu ibu-ibu, adik-beradik dan saudara mara yang sudah lama kami tidak bersua, ada kakak ipar yang baru pulang dari umrah, ada anak saudara yang dah dapat anak baru, sepupu yang kawinkan anak mereka cuti ini dan pengurusan kenduri kami nanti yang perlu dibincangkan dengan pihak besan.



Kemudian dari 28 mei - 2 jun kami akan JJCM mencari mee Bandung dan biskut Jakarta di negara asal makanan tersebut ( entah ye tak makanan tu berasal dari sana !!! ) dan nak 'cari' bibik mak saya yang lari dari rumah tahun lalu (acah aje , tak kuasa nak cari, nak balik, balik lah, nak lari larilah, tanggunglah pendapatan tak halal kerana menyusahkan majikan !! )









perenggan2 di bawah hendaklah dibaca dengan bahasa baku ala-ala indonesia ........



Pada ibu-ibu dan bapak-bapak saya ucapkan selamat bercuti serta tenangkan fikiran bersama anak-anak di musim cuti ini . Semoga kita ketemu lagi .



Waduh....enak banget wanmommy mau soping-soping , makan-makan , jalan-jalan.. kalian usah bikin ribut nanti wanmommy bawa pulang ole-ole cyber buat kalian .


34 comments:

Kak Elle said...

selamat bercuti wanmommy....kalo ke sana jgn lupa ole2 yah buk?saya tak kira apa2 pun boleh ... hehehe

Kak Elle said...

ps saya YM ngan maklang last night sebelum kami berdua beradu...insya'allah surgery akan berjalan dgn sebaik nya.

Qaseh Bidadari said...

selamat bercuti k!

CikguZue said...

selamat bercuti2 M'sia dan Bandung....

itu Izzat tgk bola sambil pakai baju2 merah diala gaknye ye...hehehe

mama said...

aduh kak ina mau jalan-jalan yer....
doa saya kak ina sekeluarga selamat pergi balik..

cikMilah said...

Selamat bercuti ya buk...
Ha..itu Izzat seminggu ni pakai baju merah MU la tu...hi hi hi

Anonymous said...

selamat bercuti kak rina. Mak dan abah zar pun baru terbang ke Padang dan Bukit Tinggi pagi tadi

Sue.Aleen said...

kak rina,
kate nak ke perak eikkk? jom le pi makan mee udang kuala sepetang tu

Makcik Runner said...

kita terhingin nak jenjalan kat ober-c kalo coti sekolah panjang camni tapi apakan daya fulus tak pernah mencukupi...uhuk!

silversarina said...

kak elle,

Nanti saya bawa pulang mee jawe.. hehehe.

Semoga maklang dah selesai jalani pembedahan...still waiting for the news.



mama ranggie,


selamat bercuti juga pada mama.



cikguzue,

pergi cuti dekat je..

memang dia tonton bola kalau MU lawan mesti pakai jersi Mu.. perasan dalam stadium :P

silversarina said...

mama,

kena jugak gi jalan-jalan, kalu tak mau jam kepala dibuatnya...kaki jalan belaka ni. terimakasih.



cikmilah,

terimakasih.... semoga semuanya happy .

sah izzat memang pakai baju merah cuti ni , dia dah siap packing baju dia merah yang banyaknya.




zareda,

awal dah pergi ,bestnya... kami kena uruskan bab kenduri baru lega nak JJCM sebab 3 jun darling fly balik uae.



suealeen,

akak berlegar sekitar ipoh dan bota sebab mak dan maertua sekarang ni ada kawasan ipoh.. nak pekena cendol mamak jalan maxwell ipoh.. rindu . mungkin lain kali nak melencong ke utara sikit.




kc,


akak pun ober-c dekat je... nak pergi jauh2 poket bocor susah pulak..hehehe.

Jingga Studies said...

man u kuat sangat lah ...asyik menang je..tak kasik chan lansung!

victoire said...

hehe, betul mak cik.
gembire di hati bukan kepalang.
dekat 10 taun saye tunggu United nak menang bende nih.
last time back in 1999 tuh.
kirim salam Manchester ke Izzat ek. hehehe

MAMAMIA said...

Selamat Enjoy....

Jangan lupa Air sirap Bandung & Mee Jawa.

Queen Of The House said...

Selamat bercuti, Rina. Wah, jam-packed you punya schedule. Jalan sana-sini, tentu seronok. I pulak nak pi jelajah Pantai Timur - makan angin, makan kenduri, makan keropok lekor etc etc. Ish tak sabar nak cuti .....

Unknown said...

selamat bercuti silversarina..
semoga selamat, dan tercipta byk kenangan manis di sepanjang jalan itu.

zino said...

selamat bercuti..

Aiyah Nonya said...

Hi!
Happy Holidays !

The holidays have started over here too. Same day as over the causeway but ours will be for 4 weeks. Groan ....

Anonymous said...

slmt bercuti kak sarina. tu nak buat org jeles le tu bagitau JJCM sampai indon. hahaha

KAMATO said...

Selamat Bercuti

shahmey shahril said...

selamat bercuti kak rina.. syoknya nak gi ke seberang... lepas ni update mesti banyak gambar2 menarik...

neeza jugak yang balik terperap kat sangkar ni.. hehehe..

CikguZue said...

walaupun saya tahu akak sedang bersantai2 dgn keluarga, tapi saya nak tag akak jugak. hehehe....sila2 la ke blog saya ye. Ada tag utk akak.

Abang Long said...

Salam hormat. SELAMAT BERCUTI SEKOLAH.

ALAF21FC said...

Minat membaca novel ALAF 21 ?

Jomlah sertai peraduan AKU dan BUKUKU.

Mama Rock said...

selamat bercuti ya buk!

maklang said...

ohh...gi Bandung tak kabo...

maklang nak kirim handbag GUCCI yang tak asli tu...beg maklang dah koyak dah....

Anonymous said...

di Bandung tak ada "mi bandung"lah...

macam, di singapura tak ada "mi goreng singapura"!

dulu, bandung tu tempat glamer, "Paris van Java" (Paris di Jawa), katakan. Sebelum perang, tempat tu sejuk, nyaman, dan penuh dengan bangunan cantik cara art deco (seperti bangunan Hotal Hoffman, yang masih lagi tegak di bandung).

Jadi di seberang ni,yaitu di Tanah Melayu dan Singapura, apa-apa yang nak dilariskan waktu itu, di bubuhlah perkataan bandung, seperti, ya... mi bandung, dan minuman warna pink tu, air bandung. cuma, baju bandung mungkin juga popular di bandung - baju pendek potongannya serong.

Jasmani Jalil
Singapura

blackpurple @ jowopinter said...

Ooo..entri terakhir bulan Mei rupanya.

Selamat bercuti kak Sarina.

ummu al hanafi said...

selamat bercuti
selamat berehat
kak rinaaa!!
*happy selalu*
:)

Mulan said...

waaahhh.. selamat bercuti (belated dah ni).. ingat nak singgah kemaman cari kak rina, rupanya dah terbang wan mommy ni..

Sastri said...

saspen baca tajuk entri ni... apapun, have a lovely vacation... semoga selamat pergi dan kembali... :D

Anonymous said...

selamat bercuti... :)

Kiah Kardashian said...

saya nangis wo chelsea kalah....sedih...sedih...!

Faizah said...

macam izah pulak terbang ke sana..heheh..gambar semua cantik2..