+++++++++++++++++++++++++++
2 hari saya kusyuk membaca novel terkini dari Alaf 21 yang berjodol Horizon Cinta hasil karya Umi Azrin yang bagi saya sangat indah jalan ceritanya . Ia sebuah karya yang amat berlainan dari kisah cinta yang biasa saya baca. Ia kisah cina yang bermula dari rasa tidak suka dan kurang berminat si hero, Zariz / E-Zo ke atas si heroine Zara kerana perbezaan bangsa, agama dan cara hidup antara E-zo ( Melayu ) dan Zara ( perempuan Cina ) . Ia bukan berbeza dari segi darjat kerana keduanya adalah dari keluarga kaya. Saya juga tak nak berhenti membaca kerana kisahnya yang berlaku dalam kapal tangki yang membawa LNG ( liquified natural gas ) dari Bintulu dan ke Jepun yang biasa saya dengar ceritanya dari suami sya yang bekerja dalam industri petroleum dan gas dan cara penulis mengolah kisah di dalam kapal tersebut telah benar2 membawa saya menghayati kehidupan seorang pekerja di atas kapal tersebut dengan istilah teknikal yang dapat digarap dengan begitu teliti dan realistik. Ia bukan sekadar kisah cinta biasa tapi banyak mengajar saya ilmu sains nautika dan rasa ingin berada di atas kapal itu di sampin pelbagai dugaan yang harus dilalui oleh para pekerja kapal tangki .
Kehidupan Zara gadis tionghua yang moden dan anggun pada mulanya membuatkan hati E-zo cukup menyampah untuk bertemu zara namun dia terpaksa juga beberapa melayani Zara kerana dia bekerja di bawah Kapten Jonathan, abang Zara. 3 insiden di mana zara diselamatkan oleh E-zo dari bahaya akhirnya menyedarkan E-zo yang dia sebenarnya telah jatuh cinta dengann gadis berlainan bangsa dan agama itu . walaupun begitu cinta mereka terputus di tengah jalan dan masing-masing meneruskan hala tuju sendiri.......
Apakah yang terjadi seterusnya dan berjayakah E-zo dan Zara mengembalikan perasaan cinta mereka ? Apa pula reaksi Kapten Jonathan apabila mengetahui adiknya Zara telah jatuh cinta dengan E-zo , seorang pemuda muslim yang tidak pernah lalai melaksanakan tanggungjawabnya terhadap agama Islam ?
Semuanya dapat terjawab jika anda terus memiliki novel ini dan mengikuti kisah cinta mereka dalam novel terbaru Horizon Cinta...amat berbaloi memilkinya...InsyaAllah.
12 comments:
salam..sound menarik aaa jalan cerita dia...nanti nak baca..ehehe
wahhh.. cik abang dia dah sampai.. kini giliran cik abang ku pulang ke auh pulak. .uwaaa uwaaa
rina gambar yg ada tu tak leh nampak...apa2 pun nampak jln cerita ni bagus nanti saya nak cari kat kedai yg terdekat...kalau beli di JB mmg murah guna RM$...
selamat berhoneymoon ye:)hahaha
Syukurkan...Allah tu memberi musibah dah juga rezeki...kena tabah sahaja menghadapi nya...
Enjoy2 sakan dengan darling tu...he..he..jemput lah ke rumah..boleh makan ayam panggang pulak!
baca sinopsis kak RIna, neeza dah dapat rasa cerita tu best.. balik nanti nak beli lah hehehee..
novel tu macam ada nampak kat rumah ni.. mem dengan fizah yg baca.. patut la lelan je dia org tu hehe
salam..
semoga mangsa kebakaran tersebut akan berjaya emndapatkan rumah saperti yg dijanjikan..
kakliza pun macam teruja nak baca kisah Horizon Cinta tu..
alhamdulillah.. moga ustazah aslina sentiasa tabah.. dan dipermudahkan segala urusan..
oohh, tak leh dating la kita lagi sbb darling kak rina ada tu.. tunggu dia balik abu dhabi la..
salam kak...
darling akak dah balik ke hehhh.
arsaili,
Jangan lupa dapatkan novel terkini ni...enjoy !!
ummi365,
Dapatlah berbreakfast sama2 buat seketika... take care !!
kak elle,
Dah dapat ke novel horizon cinta ni ?? bila lapang habiskan novel tu , sedap :)
maklang,
Tulah Allah datangkan rezeki yang lebih banyak buat insa yang tabah dan sabar, Alhamdulillah.
Dapatlah merayau sekejap bulan ni.
neeza,
Nanti boleh borong novel . takut tak sempat baca sebab duk uli baby Sumeyyah tu :)
zino,
Haa, kalau dah melekat tu memangs edap novel tu, bapaknya tak nak tumpang sekaki baca ..hehehe.
kakliza,
Baca jangan tak baca, best !!
mulan,
Kena dating hujung bulan nanti, darling balik dah masa tu :)
mama,
Ha ah dah tiba giliran balik macam selalu... jaga diri dan anak2 ye .
Post a Comment