Thursday, February 19, 2009

' Percutian' 6 hari 5 malam

Alhamdulillah saya masih bernafas di bumi Allah yang sememangnya penuh dengan segala nikmat dan rahmatNYA.

Entry yang pendek untuk saya khabarkan yang saya amat amat amat bersyukur kerana masih bernyawa sehingga saat ini.

Saya baru kejap tadi pulang dari 'percutian' 6 hari 5 malam di Kuantan Medical Centre akibat ulcer perut yang amat kronik. Segala kengerian yang saya lalui sepanjang 6/7 hari itu akan ceritakan kemudian apabila saya pulih sepenuhnya InsyaAllah.

Maaf jika sekiranya ada yang membuat panggilan dan mengirim sms saya tidak membalas kerana memang hingga kini saya masih belum boleh bercakap kerana loya dan muntah bila bercakap serta sakit .

Doa kalian agar saya segera sembuh itulah yang saya amat harapkan.

Salam buat semua.

28 comments:

VimmiYasmin said...

Assalamualaikum KakRina

patutlah lama tak update!!
semoga kak rina cepat sembuh!

PINATBATE said...

KakRina..
Mudah-mudahan segera pulih seperti sediakala .

Kak Elle said...

Alhamdulillah dah pulang ye dari hospital...semoga cepat sembuh dan tolong kurangkan makan cili ye supaya ulcer tu cepat kering dan jgn lupa makan ubat dan amalkan minum susu lebih...ini nasihat aunty nurse:)

walaupun aunty nurse masih tak 100% sihat tapi insya'allah akan sembuh tak lama lagi.

simah said...

salam kak rina...

kami kat sini sentiasa berdoa utk akak..

nanti dah baik cerita yea?.. hugs..take care akak!! semoga cepat sembuh!

maklang said...

Take care Rina..semuga cepat sembuh..

tulipurple said...

alahai..tak sihat rupernye sis,sy doakan moga Dia berikan kesihatan yg baik dan kesejahteraan yg sempurna drNya.
take care sis...

cikMilah said...

Alhamdulillah dah balik dr hspital. Sebak saya baca sms kak Rina. Take care. Doa kami sekeluarga supaya cepat sembuh.
How's Mimi? Kesian dia, nasib baik jadi gini waktu tokDaddy cuti.

aNIe said...

Salam rina...semoga rina akan sembuh sepenuhnya...

Jalan lupa makan ubat ye...take a rest...

hanieliza said...

salam..
kakliza doakan agar Rina cepat sembuh..
take care...

WaNNi said...

semoga cepat sembuh

Anonymous said...

kak rina...get well soon. of course kami semua akan mendoakan semoga kak rina sihat semula

zura aini said...

patutlah senyap je kak.
moga akak cepat sembuh, jangan makan pedas2. minum air mineral banyak2.

Neeza Shahril said...

Alhamdulillah.. Kak Rina dah keluar wad. Jaga diri Kak Rina, jaga makan ya.. semoga Kak Rina cepat sembuh..

zino said...

semuga cepat sembuh dan banyak kan berehat..

Anonymous said...

semoag cepat sembuh ya kak rina. jaga diri dn rajin2 makan ubat
:)

NURAZZAH8 said...

Get Well Soon! InsyaAllah saya doakan agar Ina cepat sembuh sepenuhnya.

ummu asiah said...

kak rina..

moga cepat sembuh..

segala dugaan dan kesakitan walau sekecil mana adalah hadiah dan rahmat dari Allah untuk kita selalu ingat dan bergantung padaNya sahaja...Alhamdulillah.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Get well soon ya... Rehat dulu, blog boleh tunggu, ok..??

DaNishDaNiel said...

kak rina take care n jgn lupa mkn ubt...selamat berehat dr kami moga akak cepat sembuh aminn....

Sya said...

Alhamdullilah dah kembali ke rumah.. moga cepat sembuh

Mama Rock said...

kak rina, i hope you get well soon. take care!

Ahmad Eisa said...

Ujian Allah datang dan pergi. Alhamdulillah berjaya menempuhnya dengan tabah. Semoga sembuh secepat yang mungkin. Nanti bole la baca entry panjang2...;)

mama said...

doa saya semoga kak ina cepat sembuh..

Ain Mardhiah said...

salam auntie..

saya ada dengar pasal auntie dr ustaz zaid aritu.. syafakillah. moga cepat smebuh dan kembali sihat.. ^_^

Abang Long said...

Tabahkan hati. Bersabarlah. Semoga kesihatan pulih seperti sedia kala. Marilah kita berdoa beramai - ramai. AMIN.

Mulan said...

happy belated besday..!!! and pls get well soon..!!!

Mak Teh said...

Salam Sarina! Mak teh mendoakan agar sarina segera sembuh. Penyakit juga merupakan satu dugaan Allah . Jadi banyak2lah bersabar dan beristighfar.

InsyaAllah anda akan sembuh dan dapat berblogging semula!

Ajzie said...

semuga kak rina segera sembuh. Take care kak..

hugs
ajzie