Hari ini hari guru .

Myspace Thank You GraphicsGuru adalah insan yang paling banyak berjasa kepada saya.
Guru yang paling banyak jasa kepada adalah ibu saya sendiri diikuti bapa saya.Itu guru di rumah.
Guru2 saya secara formal tak terkira ramainya . Rugi pulak saya tak catat semua nama guru saya sejak saya tadika hinggalah saya di menara gading. Antara guru yang saya masih ingat Puan Zakiah masa darjah 1 di Kuching Sarawak tahun 1972...ada kot bloggers yang belum lahir masa tu . Cantik cikgu ni, isteri pegawai askar dan selalu pakai gown pendek atas lutut dan nampak pehanya yang putih gebu. Cikgu-cikgu yang lain masa disekolah rendah semua saya tak ingat dah nama mereka ( teruknya ingatan saya ). Susah untuk saya ingat kerana selama 6 tahun di sekolah rendah saya bertukar sekolah sebanyak 6 kali kerana arwah abah saya seorang askar bahagian baiki senjata yang memang kena pindah sokmo.
Di sekolah menengah cikgu yang saya masih ingat dan saya suka dan sayang mereka termasuklah Miss Chen , guru Geografi dan English yang selalu travel bila cuti sekolah dan dialah antara inspirasi saya untuk ke USA menyambung pelajaran kerana dia selalu bawa balik dan tunjukkan kepada kami gambar2 percutiannya termasuklah percutiannya ke USA.
Pensyarah favourite saya di The American U , DC, USA adalah Dr Martin , seorang pensyarah yang sudah berumur dan sangat sayang pada kami pelajarnya macam anak2 nya sendiri.
Semasa menyambung Diploma of Education saya di UIAM pensyarah yang saya suka adalah Dr Ratnawati . Beliau begitu baik dengan pelajar dan saya suka cara beliau mengajar dan berkomunikasi dengan para pelajar.
Guru Quran saya yang paling awal adalah Ustaz Bilal ,seorang ustaz dari KAGAT, dalam tentera yang agak garang dan suaranya kuat, kalau dia tengking memang otomatik meleleh airmata . Guru Quran saya yang paling saya sayang adalah arwah Ustaz Hashim yang saya kenal tajwid secara agak detail dari arwah di Kemaman ini.
Secara formal guru saya yang terakhir adalah Cikgu Iman di Amman Jordan. Seorang anak muda yang berdarah melayu+arab , ibu malaysian ayah jordanian yang mengajar saya bahasa arab . Cikgunya amat bagus tapi anak muridnya yang malas nak buat homework dan menghafal . Saya yang benak arab ni gave up kelas tu selepas 2 bulan belajar. Cukup setakat saya tau bahasa arab nak naik taxi , nak beli barang , yang lainnya saya guna English nak faham tak faham saya tak kisah. Kalau tak faham sangat saya call talian hayat saya, Zaid ... tak kira di mana dia berada, dia kena bercakap dengan siapa yang tak faham apa saya mahu.
Selain itu guru tak formal memang ramai termasuk anak2 sendiri adalah juga guru2 saya. Zaid yang selalu juga saya rujuk padanya bila ada hal berkaitan hukum hakam agama .Itulah antara kelebihan anak yang berkelulusan syariah . Alhamdulillah. Bab kesihatan saya ada jugak rujuk pada Sofie,bakal doktor yang selalu jugak bebel pada saya sebab saya selalunya 'pandai' dari doktor....hehehe.Itulah untungnya ada anak bakal doktor, Alhamdulillah. Maya pulak selalunya jadi guru kaunseling saya , kadang2 kami berkongsi masalah dan Maya akan bagi cadangan dan pendapat yang selalunya menenangkan hati saya. Itulah untungnya ada anak bakal engineer tapi punya hati yang tak sekeras besi, Alahmdulillah.Bagi Izzat dan Mimi memang saya masih lagi guru mereka (ada banyak jugak yang saya belajar dari anak2 kecil berdua ni ) .
panjang berjela dah ni...
mimi dengan kad dan envelope yang dibuat sendiri .... suka sangat buat kad :)


Mimi semalam leka buat kad untuk guru kelasnya , tak nak kad beli, nak kad buat sendiri, hadiah untuk semua guru Mimi dan Izzat sudah saya beli di Parkson Kuantan 2 minggu lalu dan siap dibubuh reben untuk dibawa ke sekolah sempena parayaan hari guru esok (Ahad ) .
berposing dengan hadiah2 yang siap untuk dihadiahkan buat guru2 tersayang termasuk guru di sekolah tadika tahun lalu , merah besar adalah untuk guru besar, guru kelas dan guru tadika.
Kepada semua guru samada yang masih berkhidmat maupun yang dah 'pencen' macam saya, saya ucapkan :
Buat kakak saya yang sulong Kak Idah yang dulu guru kini Timbalan Pengarah di salah satu dept di pejabat pelajaran WP , abang ipar saya Abang Amir guru di RMC Sg Besi, kakak kedua saya , KakNor guru di Sekolah Menengah Abdul Rahman di Bota, kakak ipar saya Kak Yam yang mengajar di Sekolah Anderson Ipoh, kakak ipar saya (sebelah suami ) Kak Aini pensyarah di UITM Perlis dan biras saya Abang Karim , Pengetua MRSM Grik.... kepada kalian semua....
Selamat Hari Guru...semoga jasa kalian diberi ganjaran syurga di akhirat kelak. Amin.