Tuesday, May 12, 2009

Perak oh Silver....

Berbelit-belit .....

Kejap sah, kejap tangguhkan pengesahan.....

Itulah yang sedang berlaku di negeri kelahiran saya, Perak /Silver. Sungguh serabut . Pelik tu susah sangat ke nak bubarkan DUN biar rakyat memilih kembali pemerintah . Walaupun saya tidak mengundi di Perak tapi rasa amat terkilan dengan apa yang telah dan sedang berlaku .

Malas nak ulas , tapi pada saya selagi DUN tidak dibubarkan selagi itulah keadaan kacau ini akan berterusan dan yang ruginya rakyat Perak itu sendiri.





++++++++++++++++++++++++++++



Cakap pasal hari ibu, inilah hadiah2 yang saya perolehi dari 2 budak kecil yang masih tinggal dengan saya ...............




Kad diserahkan oleh Mimi selepas solat subuh pada hari Ibu dengan katanya.....

" You are the best mother ever !! "



luar kad....


dalam kad.....

hadiah novel dari Izzat diserahkan masa tengahari pada hari ibu...... novel ini dipilih kerana ada perkataan bonda katanya....



28 comments:

SoFie NuR said...

tomey tomey kad mimi tu..mama dah baca lum novel tu?!
Tak sempat nak wish pun aritu..HAPPY MOTHER'S DAY MAMA..I LOVE YOU SOOOO MUCH...*BIGGG HUGGG*

Mak Teh said...

Sarina,

Perkara yang telah berbelit-belit memang susah nak di rungkaikan ! Tak sangka pula perkara begini nak berlaku di Perak!

Zareda Norman said...

Kak rina

itulah kalau kuasa beraja dimata bersultan di hati.. macam macam cara nak jatuhkan sesama sendiri..

Anonymous said...

Babyak betul love kat kad mimi tu..pandai Mimi buat. Masti seronok dapat kad yang dibuat dan ditulis sendiri oleh anak-anak. Tulus dari hati gitu.

Berbelit-belit betul kes kat Perak tu, lucu pun ada bila tengok Youtube.

silversarina said...

sofie,

Thanks a lot...take care..I miss you ..see u soonnnnnn :)

silversarina said...

mak teh,

Memang tak sangka berpanjangan jainya crisis di Perak, yang duk atas tu diam je, tak nak pun bubarkan dun.... pening , pening :(

silversarina said...

zareda,

Betul tu, tak habi-habis... sudahnya tak berfungsi sebagai kerajaan pun asyik duk bertelingkah berebut kuasa.

silversarina said...

suweileh family,

Mimi ni kalau bukan hari ibu pun memang boleh kata tiap hari ada je kad yang dibuat untuk akak, kejap-kejap..this is for you mommy...bagi kad, suka sangat buat kad :)


Ni Gannu kite pun nak serabut dah... tengok pulak apa akan jadi .T

mommy said...

pandai budak2 dua org tu..
comel kad mimi...izat pun pandai pilih novel sbb tau ma suke baca novel..
bilela nak selesai kes perak tu..

Kak Elle said...

hmm kecoh eh di perak tu...

comei nya kad mimi ... nnt bilang ye apa cerita novel tu.

Abang Long said...

TERAMAT MALANG bila orang Islam sudah lupa tentang AMANAH.

Bila air sudah mendidih dan menggelegak, cuba rasa dengan jari. Kalau panas itupun sudah tidak tertahan, bagaimana rasanya dengan API dan BAHANG NERAKA ? Wahai pemimpin Islam. Sudah, sudah lah tu !

Luna said...

tu lah kak...arini ko tendang aku esok aku tendang ko, pastu masuk kuar mahkamah, bila dah decide, tangguh pulak.kong kali kong.

hmm tp ada yg kata ada hikmah nya, biar puak2 tu tangguh skrg bkn lps 2-3 bln nizar dh bertugas. lg cepat dorang buat hal lg cepat Pakatan Rakyat dapat atasi.

cuma nya sbg rakyat Perak dah tak tahan lagi rasanya nak tgk drama ni.

yg haram tu tetaplah haram..napa la tak sedar2 diri lagi...hmmm


kalo rasa masih ada sokongan, kenapa takut pada pilihanraya?

silversarina said...

princess,

Memang diaorang berdua ni dah pandai berhadiah-hadiah tapi siaplah masa harijadi diaorang nanti, mesti tagih balik hadiah...hehehe.

Kisah Perak tu memang entah bila akan tamat, nyampah :(

silversarina said...

kak elle,

Tulah akak,bila dah banyak negeri ada jelah yang bertelingkah ,senang macam SG elok je tak gaduh2 pun.


Buku penulisnya Indonesian, kisah bonda punya anak cacat ... saya pun habis separuh cerita tu, busy pulak sehari dua ni nak habiskan baca...

silversarina said...

abang long,
Kita rakyat di bawah ni rasa dah ,muak sangat, pelik tu yang dia tas boleh diamkan aje , lihat apa akan jadi.. negara jugak yang rugi sebab pemimpin gila kuasa.

silversarina said...

luna,

Akak dapat rasakan apa yang luna rasa walaupun akak duk jauh tapi geramnya dalam hati rasa nak lari duk oversea sebab tak tahan tengok perkar rebut2 jawatan ni berjalan macam tak de salahnya.Semoga Allah memberi kemenangan kepada yang benar. Amin.

zura aini said...

pandainya mimi pilih kad.
saya dapat pizza sushi, makanan fav org yang membelinya, bukan yang saya minat. saja je kan.
Alhamdulillah.

Neeza Shahril said...

Neeza ada dengar some changes yang happened kat Perak tu.. Ingatkan problem dah selesai.. bila ada orang atas campurtangan, habis lah.. menyampah neeza dengan senario politik kat malaysia..

cantik kad Mimi tu... pandainya Izzat pilih buku untuk Mommy... :)

zino said...

yg kat perak tu... malas juga nak ulas.. hehe

cantik kad tu..

dEeWaN said...

Takut yer bila dgr citer x sdh psl politik ni.
Jgn sampai melayu mudah lupa.
Pk lah sendiri wahai bangsa ku jgn sampai melayu huilang ddunia.
Best dpt kad hasil buatan mimi, saya pun dpt kad hari ibu dr ank bongsu yg berumur 9 thn.

Unknown said...

salam kakrina,

kakyong lagi le terasa teramat sedey.. sakit hati pun ade bila jadik cam gini...
hampeh sungguh...!!

maklang said...

Maklang yang bukan orang Perak ni pun lomeh....sedih saya melayu macam ni....:(

kad mimi tu comel macam mimi!

Sue.Aleen said...

pasti ada sebabnya Allah swt pilih Perak untuk melalui semua ini, bukan Melaka, bukan Johor, bukan Kedah dan bukan juga Kelantan... negeriku amat istimewa... saya tidak boleh berasa letih dan putus asa. kalo boleh mahu terlibat sama dalam sejarah ini yang pasti akan menjadi rujukan di masa akan datang kelak...

Sya said...

Sana sini orang sebut pasal Perak,.. kalau ada award negeri paling glamour tahun 2009 mesti Perak dapat

KAMATO said...

setuju....memang wajau dibubau dun tu

aNIe said...

Salam Rina...akak berkenan dengan hadiah novel tu...sweet sgt!!

Ttg putar belit di Perak tu...memang takkan terungkai selagi DUN tak dibubarkan dan rakyat tak diberi peluang untuk memilih sendiri...

Makcik Runner said...

yang MALU besar mesti la sultan perak...yaa ampun! kesian kat NAJIB, aura dia tak menjadi...kekekeke

Mulan said...

happy mother's day kak rina..

harap sofie cepat sembuh..

apa nak jadi politik di perak tu kan.. kesian rakyat jelata..