Saturday, May 16, 2009

Jasa Guru

Hari ini hari guru .

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Thank You Graphics



Guru adalah insan yang paling banyak berjasa kepada saya.

Guru yang paling banyak jasa kepada adalah ibu saya sendiri diikuti bapa saya.Itu guru di rumah.

Guru2 saya secara formal tak terkira ramainya . Rugi pulak saya tak catat semua nama guru saya sejak saya tadika hinggalah saya di menara gading. Antara guru yang saya masih ingat Puan Zakiah masa darjah 1 di Kuching Sarawak tahun 1972...ada kot bloggers yang belum lahir masa tu . Cantik cikgu ni, isteri pegawai askar dan selalu pakai gown pendek atas lutut dan nampak pehanya yang putih gebu. Cikgu-cikgu yang lain masa disekolah rendah semua saya tak ingat dah nama mereka ( teruknya ingatan saya ). Susah untuk saya ingat kerana selama 6 tahun di sekolah rendah saya bertukar sekolah sebanyak 6 kali kerana arwah abah saya seorang askar bahagian baiki senjata yang memang kena pindah sokmo.

Di sekolah menengah cikgu yang saya masih ingat dan saya suka dan sayang mereka termasuklah Miss Chen , guru Geografi dan English yang selalu travel bila cuti sekolah dan dialah antara inspirasi saya untuk ke USA menyambung pelajaran kerana dia selalu bawa balik dan tunjukkan kepada kami gambar2 percutiannya termasuklah percutiannya ke USA.

Pensyarah favourite saya di The American U , DC, USA adalah Dr Martin , seorang pensyarah yang sudah berumur dan sangat sayang pada kami pelajarnya macam anak2 nya sendiri.

Semasa menyambung Diploma of Education saya di UIAM pensyarah yang saya suka adalah Dr Ratnawati . Beliau begitu baik dengan pelajar dan saya suka cara beliau mengajar dan berkomunikasi dengan para pelajar.

Guru Quran saya yang paling awal adalah Ustaz Bilal ,seorang ustaz dari KAGAT, dalam tentera yang agak garang dan suaranya kuat, kalau dia tengking memang otomatik meleleh airmata . Guru Quran saya yang paling saya sayang adalah arwah Ustaz Hashim yang saya kenal tajwid secara agak detail dari arwah di Kemaman ini.

Secara formal guru saya yang terakhir adalah Cikgu Iman di Amman Jordan. Seorang anak muda yang berdarah melayu+arab , ibu malaysian ayah jordanian yang mengajar saya bahasa arab . Cikgunya amat bagus tapi anak muridnya yang malas nak buat homework dan menghafal . Saya yang benak arab ni gave up kelas tu selepas 2 bulan belajar. Cukup setakat saya tau bahasa arab nak naik taxi , nak beli barang , yang lainnya saya guna English nak faham tak faham saya tak kisah. Kalau tak faham sangat saya call talian hayat saya, Zaid ... tak kira di mana dia berada, dia kena bercakap dengan siapa yang tak faham apa saya mahu.

Selain itu guru tak formal memang ramai termasuk anak2 sendiri adalah juga guru2 saya. Zaid yang selalu juga saya rujuk padanya bila ada hal berkaitan hukum hakam agama .Itulah antara kelebihan anak yang berkelulusan syariah . Alhamdulillah. Bab kesihatan saya ada jugak rujuk pada Sofie,bakal doktor yang selalu jugak bebel pada saya sebab saya selalunya 'pandai' dari doktor....hehehe.Itulah untungnya ada anak bakal doktor, Alhamdulillah. Maya pulak selalunya jadi guru kaunseling saya , kadang2 kami berkongsi masalah dan Maya akan bagi cadangan dan pendapat yang selalunya menenangkan hati saya. Itulah untungnya ada anak bakal engineer tapi punya hati yang tak sekeras besi, Alahmdulillah.Bagi Izzat dan Mimi memang saya masih lagi guru mereka (ada banyak jugak yang saya belajar dari anak2 kecil berdua ni ) .

panjang berjela dah ni...




mimi dengan kad dan envelope yang dibuat sendiri .... suka sangat buat kad :)




Mimi semalam leka buat kad untuk guru kelasnya , tak nak kad beli, nak kad buat sendiri, hadiah untuk semua guru Mimi dan Izzat sudah saya beli di Parkson Kuantan 2 minggu lalu dan siap dibubuh reben untuk dibawa ke sekolah sempena parayaan hari guru esok (Ahad ) .




berposing dengan hadiah2 yang siap untuk dihadiahkan buat guru2 tersayang termasuk guru di sekolah tadika tahun lalu , merah besar adalah untuk guru besar, guru kelas dan guru tadika.


Kepada semua guru samada yang masih berkhidmat maupun yang dah 'pencen' macam saya, saya ucapkan :



Buat kakak saya yang sulong Kak Idah yang dulu guru kini Timbalan Pengarah di salah satu dept di pejabat pelajaran WP , abang ipar saya Abang Amir guru di RMC Sg Besi, kakak kedua saya , KakNor guru di Sekolah Menengah Abdul Rahman di Bota, kakak ipar saya Kak Yam yang mengajar di Sekolah Anderson Ipoh, kakak ipar saya (sebelah suami ) Kak Aini pensyarah di UITM Perlis dan biras saya Abang Karim , Pengetua MRSM Grik.... kepada kalian semua....




Selamat Hari Guru...semoga jasa kalian diberi ganjaran syurga di akhirat kelak. Amin.

24 comments:

Zareda Norman said...

Kak Rina

Guru guru dulu sangat dedikasi kan. anak murid ingat zaman tua..

silversarina said...

zar,

Kalau dapat memang nak jumpa dan salam semua guru yang pernah mendidik akak ..entah di mana mereka semua sekarang, ada yang akak dengar telah pergi buat selama-lamanya :(

mommy said...

selamat hari guru for you also..^^
bagusnya mimi semuan nak buat sendri..ikhlas dari hati tu.:)

p/s : maya pun dah x brp ingat nama2 guru..baru beberapa tahun tinggal sekolah..ish2 teruknya

Kak Elle said...

wah rina your family semua nya guru2 ye?anak sedara saya pun ada 6 yg menjadi guru....hari guru di sini penghujung bulan May.

silversarina said...

princess,

Timakasih.

Kena catatkan nama2 guru sebab nanti memang akan lupa selamanya dari ingatan , mama nak tolong catatkan nama2 cikgu mimi dan izzat supaya tak lupa sampai tua.

silversarina said...

kak elle,

Kami adik-beradik pompuan semua guru , yang lelakinya hanya abang ipar je sangat komited dalam dunia perguruab, tabik kat dia. Seronok jadi guru bila tengok kejayaan anak2 murid .

Selamat Hari Guru buat anak2 sedara akak.

Insaflah said...

Selamat Hari Guru kepada semua. Kita juga adalah guru.

PINATBATE said...

Salam ..
Mimi ni kreatif lah..
apa isi dlm bungkusan hadiah Mimi tu?
saya belum dpt idea nak beli hadiah utk cikgu anak-anak saya ..sambutannya hari Isnin ni..

silversarina said...

Insaflah,

Betul tu setiap dari kita adalah guru secara semulajadi dan guru paling mulia tak lain tak bukan adalah Rasulullah saw.

Selamat Hari Guru !!

silversarina said...

Pinatbate,

Mimi ni macam Maya suka sangat benda2 seni ni , ada je projek dia yang kadang2 sepah rumah dibuatnya dengan kertas yang digunting kecik2 :)

Hadiah untuk guru kels tu saya beli bekas tisu kain satin dan jugak lilin pink sekotak . Beg kecik tu saya belikan lilin wangi dalam tin siap ada tutup , sale masa tu di Parkson, saya borong sampai 30 tin , untuk cikgu Mimi dan Izzat.Akak beli lilin sebab memang sifat guru adalah umpama lilin , membakar dan kadang2 terbakar demi pelajarnya.

Sue.Aleen said...

kak Rina ingat lagi ramai dari saya ni.. huhu... bestnya kalo dapat jumpa balik cikgu-cikgi ni. ada antara cikgu saya tu kaki pun dah kena kerat sebab kena kencing manis...

mama said...

selamat hari guru kak ina..

dEeWaN said...

Salam, zaman dulu kita tkt dgn para gurukan,,,,,tp nape skrg kbanyakan murid tak tkt dgn guru

Neeza Shahril said...

Selamat Hari Guru Kak Rina...

bagus mimi ni... mengenang jasa gurunya.. walaupun the thoughts that count.. tapi usaha dia memang patut dipuji...

maklang said...

maklang pun baru aje selesai buat hadiah hari guru untuk cikgu2 Along...

Cikgu2 Maya, Angah dan Hakim dah pun siap Angah sampulkan...yang ini memang mesti simpan dalam stok. Budak2 ni kalau tak ada apa yang dia orang nak kasi kat cikgu..susah nak carik kat sini! Tu yang bila jumpa aje, collect lah sikit2.

SoFie NuR said...

selamat hari guru buat mama cayang...

semangatnya mimi buat kad untuk cikgu2 dia..leh buat kilang kad camni..hehe

Mak Teh said...

Selamat Hari Guru Sarina!

Nampaknya Mimi sanagt kreatif. Usahanya harus di galakan dan bakatnya di pupuk. Semoga satu hari nanti dia akan jadi seorang designer atau seorang architek.

maklang said...

lupa nak ucap..Selamat HAri Guru jugak untuk Rina...

arsaili said...

salam..selamat hari guru kepada guru pencen ehehe..moga dirahmati ALLAH selalu

Unknown said...

salam kakrina,

teringat semasa saya belajar di matrik dulu.. saya bagi pelita pd cikgu math, a/c & BI... pelita tu murah jer.. tp cikgu2 saya menitis air mata... rindu nya pada cikgu2...

selamat hari guru juga utk kakrina... once a teacher, always be a teacher... :)

Anonymous said...

Selamat hari guru...lambat pula wish.

Walaupun dah 'pencen' harapnya berterusan jadi guru yang berdedikasi untuk anak-anak dan juga kepada bloggers. Ina anak murid akak tau.

silversarina said...

suealeen,

Rasanya memang akak tak tau nak cari mana cikgu2 akak smeua..cuma doa buat mereka agar mereka bahagia ke akhir hayat.





mama,

Selamat Hari Guru buat mama juga, akak cikgu pencen :)





deewan,

Kalau Guru Besar tu memang kecut perut kalau dia lalu luar kelas walaupun tak pernah buat salah.





neeza,

Selamat Hari Guru buat neeza jugak.

Budak kecik kadang2 memang dia buat apa yang lahir dari hati dia , so sweetkan .

silversarina said...

maklang,

Memang berjujuk hadiah dari anak2 maklang sebab 4 orang , kalau tak bagi bila lagi nak bagi hadiah buat cikgu, hari gurulah antara hari yang guru2 amat gembira.





sofie,

Thanks. Mimi memang boleh buka kedao kad...hehehe.





mak teh,

Selamat hari guru buat makteh dan Pak Haji.

Mimi nak jadi cikgu, dia memang minat kraftangan .





maklang,

Ala apalah yang ada pada saya, cikgu pencen macam ayam pencenlah...hihih.

silversarina said...

arsaili,

Cikgu pencen dah habis power...nak terlelap je kejenya...heheh. Thanks.





kakyong,


Bagus , walau di matriks masih sambut hari guru, biasanya bila dah besar masuk IPT tak sambut dah, seeloknya lagi kita tinggi belajar lagi kita kena hargai jasa guru dan pensyarah kita.Maya anak akak kata di Korea siswa-siswi sambut hari guru dan siap bagu hadiah pada lecturers, bagus camtu .




sweileh family,

Haaa siap kalau jadi anak murid akak , salah jawab kena denda lari keliling padang ...hahaha.

Selamat Hari Guru ( yang bercuti ) !!