Pagi ni lepas hantar Mimi ke sekolah saya singgah di stesen Petronas untuk ke ATM machine keluar duit sikit . Lepas tu masa nak keluar nampak majalah2 di rak majalah dan ternampak majalah Wanita yang terkini, bulan Jun. Saya terus beli walaupun jarang saya beli majalah ni, sekali-sekala ikut mood . Lepas tu balik rumah sebab nak ambik kerja khusus Geografi Izzat untuk dibinding di kedai fotostat.
Sempat membelek majalah Wanita tersebeut sebelum turun dari kereta. Tak sangka majalah Wanita bulan Jun mengisahkan fibroid di ovari dan rahim yang anak saya Sofie baru sahaja dibedah untuk membuangnya minggu lalu. Saya melekat duduk di buaian di luar rumah membaca informasi yang agak detail dikisahkan di dalam majalah tersebut. Saya ingat cyst yang ada dalam perut Sofie besar ( ~ 1.1kg ) tapi bila baca kisah dalam majalah itu ada pesakit yang ketumbuhannya seberat 2.3kg dan dikatakan 20% dari wanita boleh terkena ketumbuhan ini .
Saya terus membelek isi majalah tersebut dan saya terbaca kisah arwah Rozita yang meninggal dunia di Arab Saudi semasa mengerjakan umrah bulan April lalu dan saya pernah terbaca kisah di mana blogger kamato pernah secara kebetulan bertemu suami arawah Rozita semasa dia mencari matawang riyal saudi yang kecil sebab bank / money changers hanya meukarkan wang besar . Kebetulan suami arwah menawarjan kamato wang kecil riyal tersebut kerana dia baru sahaja pulang dari saudi dan sempat melihat wajah terakhir isteri tercinta sebelum dikebumikan di maqam Baqi' di Madinah. Airmata saya meleleh sedih dan pilu membaca kisah ini di dalam majalah Wanita itu.
Lepas tu saya ke Taman Islam untuk berjumpa 'cucu' saya iaitu anak kawan saya yang lahir muda 4 hari dari Umair ( baby ni perempuan dan badannya debab macam Umair jugak ). Saya tak ingat namanya tapi comelnya dia dan lepas rindu saya bila lihat dia bijak bermain dengan kakaknya . Dalam hati kata mesti Umair pun sama perkembangannya macam si comel tu. Jadilah tumpang timang 'cucu' lain.
Balik singgah Tunas Manja dan lepas beli yogurt buah-buahan untuk Izzat bawak ke sekolah esok ada jamuan kumpulan mentor-mentee nya saya singgah di kedai top-up talipon . Kisahnya bulan lepas saya tukar dari maxis ke Digi tapi nombor tetap sama. Masalahnya digi tak boleh hantar dan terima sms dari luar negara termasuk Jordan, Ukraine , Korea, UAE ( kadang2 boleh kadang2 tak ) . Geram betul, kata haritu tak de masalah . Jadi tadi saya tukar balik ke maxis dan malam ni hidup balik line maxis saya dan InsyaAllah bolehlah bersms dengan darling, anak2 dan rakan2 di negara2 tersebut . Nak call sokmo guna hp parah jugak dan saya selalu call guna pc ke pc free of charge guna Google talk atau YM. sekarang ni UAE band pulak call pc ke pc, samada yang free atau yang berbayar .... ada2 aje arab ni semuanya nak disekat.
Itulah sedikit kisah di pagi hari dan nak tau lebih lanjut kisah fibroid belilah majalah Wanita bulan Jun. Tolong promote maklumat baik yang ada di dalamnya.
Tuesday, May 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
panjang cerita hari ni ...
nampak jugak wanita bulan ni...rasa cam nak beli, tap tak beli pun sebab takut tak sempat nak baca!
memang penyakit itu antara yang teramai jugak wanita dunia ni kene kan kak...
apa punca dlm artikel tu kata?
maklang,
Elok jugak beli buat bacaan dalam long journey nanti :)
mama ,
Punca taktau dari apa tapi ada dinyatakan jugak berpunca dari makanan segera ...maknanya dari pemakanan jugak ,memang apa2 pun selalunya berpunca dari pemakanan.
Oleh itu jagalah pemakanan kita setiap hari. Jangan selalu ambil makanan yang dah di proses atau jangan selalu beli makanan luar. Bahan yang mereka gunakan adalah yang murah dan mereka tidak kisah kalau ianya memudaratkan.
Pesan mak teh, kalau kita yang masak sendiri hati-hatilah memilih bahan. Jangan pakai cuka local selalunya adalah cuka tiruan. Sangat bahaya untuk perut.
mak teh,
Betul tu kan , sekarang saya pun dah pandai pilih restoran yang memang kita kenal tukang masaknya dan yakin dengan kebersihannya , ada ustaz dekat rumah pun cakap macam tu jugak.
Tapi ketumbuhan ni amat sukar untuk dikesan di petingkat awal ,s ebab tu ada yang besar baru dapat detect, seelok2nya kita kena cek dengan doktor setiap 6 bulan .
salam kakrina
maklang & long journey... hmm, nak ke mana tu?! adakah saya terlepas pandang entri maklang @ memang belum expose lagi... tp ari ni memang tak jengah lagi blog maklang...
kakrina, memang takut kalo ade fibroid.. mak sedara saya pun dulu kena.. saya dulu pun riso juger, yer le dah le kawin lambat, pastu masa anak dara mana pernah buat check up pun.. buat check up sbb nak dpt koje tu ade lah...
Post a Comment