Tuesday, January 5, 2010

bestnya kembar

Petikan dari BH 5 Jan 2010 ....



BUKIT BERUNTUNG: Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung di sini mencatat sejarah apabila menerima kemasukan pendaftaran lima pasangan kembar seiras yang memulakan sesi persekolahan Tahun Satu semalam.

Kelima-lima pasangan itu yang masing-masing berusia 7 tahun ialah empat kembar lelaki, Muhammad Najmi Zamrus dan Muhammad Nazmi; Aiman Hakeem Fazly dan Aiman Hazeem; Amirun Hazim Fauzi dan Amirul Hazim serta Muhammad Hazim Iman Shahibul dan adiknya, Muhamma Haziq Iman.

Pasangan kembar perempuan ialah Dania Nasreen Abd Aziz dan Damia Nasreen.......


___________________________


Teruja saya baca berita ni , yelah 5 pasang kembar tahun 1 masuk sekolah yang sama . Guru2 yang mengajar pastinya teruja juga dan kena bekerja lebih keras untuk mengingati nama2 mereka yang hampir-hampir sama dengan wajah yang seiras setiap pasangan.


Saya pernah punya beberapa pasang kembar sebagai anak murid saya . Kalau yang kembar tak seiras okay, senang nak ingat nama dan wajah nya , kalau kembar seiras memang saya amat lemah untuk meneliti di mana perbezaan setiap wajah kembar itu. Pasangan kembar yang terakhir yang pernah menjadi anak murid saya ialah anak jiran saya iaitu Amin dan Naim . Sampai sekarang (tahun ni tingkatan 3 ) saya tak dapat cam yang mana satu Amin dan yang mana satu Naim walaupun Izzat kata ada bezanya sedikit . Kalau masa saya mengajar mereka dulu (tuition class ) saya pakai panggil je nama Amin dan saya tak pandang masa memanggil sebab takut tersilap panggil, jadinya yang mana yang bangun itulah Amin . Kalau nak tipu saya pun boleh sebab memang saya gagal membezakan mereka berdua.

Cakap pasal kembar seiras ni rindu pulak pada kembar berdua di JUST Jordan yang kedua-duanya mengambil jurusan kedoktoran dan pada saya mereka berdua sama, saya memang tak dapat bezakan mereka setiap kali bertemu muka ... selamat bergelar doktor buat mereka berdua yang masuk tahun akhir dah ni .

Itulah kisah kembar yang pastinya mencuri tumpuan di mana sahaja mereka berada ...saya suka anak kembar tapi tak de rezeki nak dapat anak kembar ......

12 comments:

Kak Elle said...

Rina di sekolah saya 2 set kembar 3,1 set semua nya lelaki dr Indonesia Juan,Justin dan Jeremy umur 14 tahun,1 set perempuan dari Singapore umur 17tahun,3 set kembar 2,2 set dr S'pore 1 set dr Indonesia....lagi keliru bila mereka dtg ke sickbay:)

silversarina said...

kak elle,

wah, ramainya kembar, kembar 3 pulak tu , sure confuse nak kenal mana satu Juan dan lain2 tu , bestnya :)

::alifdalmim:: said...

alah.tahun ni tak ada bdk kembar la sek sy..padan la tak masuk paper..hahaha..

silversarina said...

adam,

tulah pasal ..hehehe .selamat kembali bertugas cikgu!

Zaitun said...

Abang kak zai punya anak kembar lelaki tapi tak seiras.Memang seronok tapi bila mereka menangis mesti serentak yang susahnya bila sakit,dua2 kena bawa ke klinik.Itulah saja anaknya,isteri dia takut nak beranak lagi,takut dapat kembar.

FaAtip said...

Sama le, teman pun ada students yang kembor, 2 pasang seiras (sampei sekarang tak cam nama)and sepasang tak seiras (sebab lelaki dgn pompuan).

Mike pun teringin anak kembor ya..teman pun! Dulu....kalo sekarang, idak le...hehehe...mau tumpo dibuatnya..(tak sempat nak pakei baju nanti! hehe)

silversarina said...

kak zaitun,

Laaa dia tak nak dapat kembar dah... tapi memanglah letih layan kembar nak2 bila sakit serentak macam akak kata .



asw,

Bestnya ada kembar kat tuition class , mau I cubit2 je dema tu .

Apanya pulak, kome kan muda belia lagi , idaknya tumpo kalau dapat kembar 4 pun steady lagi :)

KAMATO said...

Salam Kak Rin, saya suka tenguk anak kembar... bertuah sapa2 yang dikurniakan kembar

Sya said...

Dulu berangan nak anak kembar seiras tapi memang tak de keturunan kembar so memang takdelah.

Kat kolej Anis ada pasangan kembar jadi nurse .. mereka seiras sampai pengajar terpaksa utk pisahkan masa praktikal takut patient confuse lak

CikguZue said...

saya ada anak buah kembar. dua pasang. sepasang perempuan yg seiras. sepasang lagi lelaki tapi tak seiras. kalau yg seiras tu mmg payah nak teka. kalau ngajar dulu masa kat sekolah, ramai juga pasangan kembar. hingga ada sekali saya tegur, kenapa tak masuk kelas? dia jawab, waktu PJ cikgu...ooo padanla, yg tu kelas lain. hehe...malu rasanya.
doakan saya dpt kembar ye kak. amin...

Zareda Norman said...

beskan kembar macam anak blogger Lyn dan Melor tu..

kalau seiras lagik siok..

silversarina said...

kamato,

memang best kan ada anak kembar , nak menjaganya .....hihihi.




sya,

wah, mesti best si kembar jadi nurse, memang betul pun kalau letak dalam kelompok yang sama masa bekerja /praktikal memang naya betul...hehehe.






cikguzue,

InsyaAllah akak doakan cikgu dapat anak kembar.... 4 sekali , bestnya .




zar,

kita yng tak de anak kembar ni beria nak anak kembar , tapikan kalau ada kembar menag kena kuat dan sihat sebab bukan mudah nak jaga yang sebaya serentak .