Baru-baru ni saya bertembung dengan seorang pakcik yang wajah serta bodynya mirip arwah abah saya . Tergamam saya sebentar . Sebak terus saya jadinya . Saya rindu pada abah yang telah pergi meninggalkan kami 14 tahun yang lalu . Kala saya manaip entry ini pun saya rasa sebak . Wajah abah yang disayangi takkan dilupakan hingga ke akhir hayat . Saya manja dengan abah kerana saya lama jadi anak bongsu iaitu selama 5 tahun baru saya punya adik . Saya anak perempuan bongsu . Banyak kenangan bersama abah yang akan kekal dalam kotak memori saya .
Free Twitter BackgroundsSaya tak dapat menaip lebih panjang .... airmata ini menjadi saksi betapa saya sayang dan rindukan abah ....... doa saya buat abah ..semoga abah diberi ganjaran syurga kerana telah mendidik saya dengan penuh kasih sayang yang tidak dapat saya membalasnya .... Amin.
20 comments:
sedihnya baca..rindu jugak kat arwah atuk..walaupun xberapa ingat peristiwa2 dengan dia dulu..
moga2 die ditempatkan dalam golongan orang beriman..
princess,
aikk, cepatnya komen , macam tau je orang update blog..hahahaha.
bila orang yang disayangi dah tiada , memang rindu tak terkata .
em, ini menyebabkan saya sedih juga auntie. teringat arwah datuk. datuk saya pandai buat lawak mcm saya.
semoga roh mereka sudah meninggal tenang di alam sana.
salam kunjungan dari angin-angin sepoi irbid.
irbid mcm nak snow. bila snow cuti. heh.
Well, sometimes missing someone can be sooooo....menyedihkan. You can feel the pain deep inside. Masa tulah air mata yang jadi teman. Yang tinggal hanya memori & kenangan. Yang pasti, doa anak yang solehah lah yang akan mengembirakan arwah, InsyaAllah... :)
sedekahkan fatihah banyak banyak...
al fatihah...
rindu kat arwah atuk jugak..banyak kenangan manis ngan arwah atuk dulu..macam baru je lagi rasa dia tinggalkan kita semua..
semoga rohnya dicucuri rahmat n ditempatkan di kalangan org2 beriman...ameen...
entry ni btul2 buat I rasa sebak.. rasa syukur sgt2 I still have my abah.. tak boleh bayangkan kalau dia dah takde.. cant imagine how my life would be..
salam sarina,
kak nab pun sedih jugak...teringat ke arwah ayah yg telah kembali ke rahmatullah pd thn 2000...semua anak sangat rapat dgn arwah...miss him so much!
al-fatihah utk arwah2 ...
Kak Ina,
Jai paling rindu dengan arwah abah sebab Jai paling lama tinggal dengan mak dan arwah abah di Kg Manjoi Ipoh.. Bila Jai masuk form 1 jer..thn 1983..semua org dah keluar dari rumah.. Kak Ida dah kahwin..kak Nor Maktab Pengkalan chepa Kelantan, Abg Caa di USM Penang..dan Kak Ina dah ke American Univ di Washington DC.
Tinggala jai sorang diri mcm anak tunggal..siang malam dengan Mak dan Arwah abah. Masih teringat time darjah 6, arwah abg ajar memandu..dan suruh jai bukak 4 tayar kereta tengah malam dan pasang balik..sbb dia sering berpesan..jgn setakat tau memandu je..jika kecemasan mesti tau buat sendiri..maklumlah arwah abg kan pomen handal..
Arwah abah adalah mentor dan jugak idola Jai sampai bila2..teringat masa dia tenat di IJN 1995..sampai kene potong kaki sbb kencing manis.. Jai bawah arwah abah balik ke Manjoi naik kereta Jai..dan bila kene infection terus ke IJN..
16 Jan 1996 arwah abah meninggalkan kita semua..
Jai paling sedih sbb rapat sgt dgn arwah abah..tarikh lahir kami sama.. 6.6.32 arwah abah..jai 6.6.70. both of u anak bongsu..dan berdikari sejak kecil..
Semoga arwah abah di masukan ke dalam syurga.. arwah abah paling banyak bersedekah tak kira siapa..
disiplin diri..jati diri..kental..semangat waja semua di tanam dalam diri kita semua
munir,
ooo patutlah munir pun seorang yang periang dan kelakar, ikut arwah atuklah ni. memang bila kita rapat dengan seseorang, kehilangannya akan buat kita lagi terasa rindu .
Terimakasih kerana masih ingat pada makcik .
asw,
sebagai anak memang doa sahaja yang dapat kita sampaikan buat arwah yang telah tiada .
zino,
terimakasih .
sofie,
walaupun hanya sebentar bersama atuk, mesti ada kenangan manis untuk diingati .
jhaz,
selagi ibu ayah masih hidup berbaktilah kepada mereka , InsyaAllah kasih dan sayang kita takkan pudar begitu jugak sebaliknya .
kak nab,
beruntung kita sebab punya bah yang amat baik dengan anak2 ... tu yang buat kita sentiasa ingat akan kehangatan arwah terdahulu .
jai,
betul tu, jai yang paling lama di rumah sebab yang lain telah tinggal jauh dan pastinya abah memang sayangkan jai sebagai anak lelaki bongsu yang diberi perhatian sepenuhnya tepat dengan sifat abah yang sangat sayangkan anak2 nya . susah nak jumpa bapa yang begitu penyayang dan sentiasa mendahulukan keluarga dari diri sendiri. Kak ina pun ingat lagi masa saat terakhir abah di IJN , mak, kak ina dan kak nor yang menatap dan memisikkan kalimah syahadah buat kali terakhir di telinga abah dan masih ingat lagi nafas terakhir abah di situ . rasa baru semalam... tarikh tu bukan 16/1 tapi 6/1 ...al fatihah buat abah tersayang.
Sedihnya kak Zai baca n3 Rina dan komen adik Rina, menitis air mata kak zai maklumlah kak Zai pun dah tak ada orang yang amat disayangi iaitu mak.Kita sama2 mendoakan agar mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh amin.Al- Fathihah buat yang dah pergi.
kak zaitun,
kami adik-beradik semua rapat dengan abah, terlalu banyak yang abah buat bersama kami yang paling utama abah suka melancong tu yang buat kami juga suka melancong tak kira di mana dan ke mana , cucu-cucu abah mana yang sempat bertemu abah memang akan ingat sayangnya abah pada mereka .
Sifat rindu adalah anugerah Ilahi pada hambaNYA buat insan yang tersayang .
sudah pasti saya ingat. walaupun saya tak rajin visit auntie dulu-dulu, tapi saya still ambil khabar.
sori makcik, saya ter"lost" blog makcik. ini dah terjumpa, kena follow-up selalu.
munir,
ooo baru jumpalah ni ... semoga munir sentiasa ceria dan berjaya bergelar doktor kelak, tak lama dah kan .
benar, dulu memang selalu baca dan ada bookmark kat com. after, com format semua benda hilang.
insyaAllah, dalam setahun dua grad. Doakanlah yang terbaik, auntie
Salam!
Hidup ni pendek Yong! Dlm masa yg singkat ni kita kena gunakan segala peluang dan masa untuk berinteraksi (berghapik) dgn org2 sekeliling! Saat yang bahagia datang sekejap saja (Mcm lagu P.Ramlee). Kesemua tu akan tinggalkan kenangan manis apabila menjelang usia tua kita. Buat baik pasti org suka.
kak rina, saya pernah terjumpa seorang pakcik ynag iras seperti abah saya semasa kami melawat rumah orang2 tua di cheras. i couldnt bring myself to talk to him...all i could do was cry and watched him from far...sedih sangat masa tu!
munir,
Wah, nanti jadi doktor sure pesakit cepat sihats ebab doktor pandai bergurau, kurangkan tension pessakit InsyaAllah .
tajnur,
sekarang ni tinggal saya sorang je yang masih lagi ada, abah, mak mertua, ayah mertua semua telah pergi , tu yang ada peluang memang balik kampung jengok mak yang sudah uzur.tanpa mereka siapalah kita kan.
mamarock,
memang hiba dan sebak bila terkenangkan ibu/ayah yang dah tiada , bila ada yang mirip wajah mereka lagilah segala kenangan terus spontan datang kepada kita .
Post a Comment