Malam tadi tak sedar pun dah masuk tahun baru, jam 11 dah lelap , entah ada sambutan tahun baru ke tak di Kemaman ni kami tak tahu dan tak kisah .
Lupa nak cerita kisah semalam, hari terakhir 2009 ...
Dari pagi bercadang nak ke Mini Zoo di Bukit Takal, Kemaman tapi last2 pegi lepas solat zohor . Sebelum tu dah kata pegi zoo bukan nak tengok binatang sebab binatang pun bukan ada sangat kat situ, beruang 2 ekor (katanya kepunyaan YAB MB ) dan adalah 2/3 binatang kat situ. Saya suka ke zoo tu sebab suasana dalam zoo tu yang nyaman di celah2 rimbunan pepohon pokok yang masih dikekalkan keindahan semulajadinya dan saja nak naik buggy . Sebelum tu sempat chat dengan Maya dan bagitau kami nak ke zoo jumpa beruang Mat said , saja buat joke.
Sampai di zoo terus bayar tiket RM5 dewasa, RM3 kanak2, memang murah . Tengok dah ada keretapi 2 coaches , buggy dah tak kelihatan . Naiklah keretapi untuk masuk dalam , nak berjalan sorilah , tak nak den . Tengok tepi jalan dalam kawasan zoo tu berderet buggies disarung dalam plastik lagi di garaj . saya kira2 memang buggy tu nampak selesa dan elit sikit tapi memang tak berapa ekonomikal , keretapi boleh naik ramai2 sekali trip ... agaknyalah ... well, I don't know ....
Sampai je terus beli minuman dan jajan ( outside food is not allowed ) kami berjalan menuju playground yang dekat dengan air terjun buatan . Sebelum tu memang dah kata pada Izzat saya tak nak bawak camera sebab nak jalan2 aje tak nak ade pengaruh blog (ada je gambo nak masuk blog ! ) . Sambil jalan nampak sebuah kereta Merc dan sebuah CRV apa entah dan saya saja main2 kata pada Izzat " Ha tu keta Mat Said , datang nak tengok beruang dia lah tu ." sambil gelak2 masa cakap tu . Tiba2 betul2 depan kami berjalan tu YAB MB Mat Said dan bodyguards dia ada kot dalam 7 orang berjalan betul2 setentang kami ( kami nak masuk dia nak keluar ) ... tergamam jugak saya dan kata pada Izzat , " Laa betul pulak ada Mat Said , rugilah tak bawak camera, hp kamu ada ? " ... " Tak bawak ,"kata izzat .... dah terserempak saya terus bagi salam dan Mat Said serta gangnya jawab salam saya sambil tersengih . Dalam hati nak tanya dia " Datang jengok beruang ke Dato ' ? " tapi tak terkeluar kata-kata .
Kami terus ke playground dan masa duduk2 makan2 dan minum2 tu saya saja sms Maya , " salam. Cuba teka mama jumpa sapa kat zoo ? " . Dia balas , " Mad Said , he2. " .. pandai pulak dia teka dan kami berbalas sms lepas tu , memang kelakar pulak, main2 tapi jadi betul pulak jumpa Mat Said .
Itu pertemuan tak disangka dengan MB Terengganu di hari terakhir 2009 ....
Myspace Happy New Year Comments & Graphics
Hari ni busy ada urusan anak kawan nak bertunang esok , anak kawan kawin hari ni dan merayau ke pasar pagi yang dah berbulan tak jengok .
Itu aje nak cerita , setakat nak ada entry yang bertarikh 1 Jan 2010 ... hihi.
11 comments:
Salam kak Rina..
Semuga terus ceria di tahun baru..hari ni kami sekeluarga nak ke Zoo Melaka..mana tau jumpa Ketua Menteri Melaka..tapi tak taulah dia ada bela beruang ke tidak kat situ...hahah!! merapu jer saya ni...
salam tahun baru.. kami je yg tak sampai zoo lagi hehe
kak rina
permulaan tahun baru yang bagus.. hehehe
kami pun esok dengan adik ipar nak bertunang esok
i pun x sangka you all betul2 jumpa mad said...heheh
selamat tahun baru makcik^^
selamat tahun baru kak rina,
tak dapatla saya jalan2 ke zoo macam kak rina. semua hewan dok dlm sangkar...termasuk manusia cam saya, sebabnya penuh snow kat luar, dan sejuk ya amat. jadi, cuma dok dlm rumah aje. nipun masih batuk2. emmm...
pinatbate,
ha ah manatau ada jadual MB/KM buat lawatan ke zoo..hehehe.
zino,
kena lawat tu , sian hazwan nak tengok haiwan2 kat zoo.
zar,
bila habis musim cuti habislah musim tunang dan kawin ,.. best sebab dapat kumpul ramai2 .
princess,
tulah macam tau2 aje, mesti ingat mama nak buat joke ekk.. ha ambik ..betul2 jumpa :)
ainul arina,
salam tahun baru buat arina juga .
cikguzue ,
terkurung dek snow...alahai kan bestnya kalau akak dapat terkurung macam tu ... nak snowwwwww :)
salam Rina,
aiyoo...kalau tak leh bergambar dgn mat said!
seronok sesekali gi zoo ni, kadang2 boleh tenang fikiran bila kita tenguk gelagat binatang
hajah zainab,
tulah rugi pulak tak bawa camera:)
kamato,
bila suasananya nyaman memang best duduk2 dan lepak2 kat zoo .
Post a Comment