Thursday, March 11, 2010

11 Mac 1986 ... 24 tahun kini .



11 MAC 1986 ..... baby pertama yang kukandung selamat dilahirkan . Walaupun tidak cukup bulan namun itu tidak menjadi halangan buat kami suami-isteri untuk mengasihi dan membelai zuriat pertama kami .



Catatan tentang pengalaman menanti dan menyambut kelahiran Zaid boleh dibaca di sini .





SELAMAT HARI LAHIR KE 24 BUAT ANAKANDA ZAID !!



Pelbagai pengalaman pahit manis membesarkan Zaid tetap kekal dalam ingatan .

Pahitnya kerana hobi Zaid adalah menangis .... memang anak yang paling kuat menangis . Dia boleh menangis non-stop sepanjang malam , dia boleh menangis non-stop 8 jam . Dia boleh menangis tanpa sebab musabab . Sudahnya kami hanya biarkan aje dia , kalau dia menangis , biar dia berhenti sendiri . Tahankan telinga aje . Pendek kata selama 6 tahun dia mempunyai hobi menangis ini . Selepas sudah masuk sekolah dia tidak lagi menangis tanpa sebab . Saya pernah kata pada darling , agaknya airmata Zaid dah habis kering sebab dia kuat menangis semasa bayi dan peringkat awal kanak-kanak . Itu aje kisah pahit yang paling ketara buat kami .




Manisnya kerana banyak sebab .... Zaid seorang anak yang mendengar kata , penyayang , lemah lembut , sopan , bijak dalam ilmu al quran , bijak juga dalam kemahiran teknikal , punya keazaman yang tinggi untuk berjaya . Pendek kata saya amat senang dan selesa dengan pencapaian Zaid selama ini , Alhamdulillah .





Semoga menjadi seorang anak, abang, suami, bapa , usahawan dan businessman yang berjaya InsyaAllah .

Doa Mama juga agar agar Zaid terus diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa dalam menempuh kehidupan serta dianugerahkan ketenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat InsyaAllah . AMIN .


Happy Birthday To You !!!!!

23 comments:

mommy said...

rase baru lagi pegi antar dia balik sekolah..waktu tu mata dia berair2 jek..
dah 24 tahun rupanya abgku ni..dah ade anak sorang lak tu..hihi

selamat hari lahir =)

JHaZKiTaRo said...

hahaah.. kuat menangis rupenye zaid ni eh.. kirim salam birthday kat dia ye..

FaAtip said...

alhamdulillah, baru je 24 tapi dah mencapai apa yang dihajati setakat ini, ilmu, isteri solehah, anak yang comel, kehidupan yang selesa, InsyaAllah akan lebih berjaya. waaa...minggu ni balik, sure boleh celebrate tuuuuu......

Selamat HariJadi untuk Zaid.

rezeki said...

salam kak ina

alhamdulillah, semoga kehidupan zaid dan kak sekeluarga penuh dengan keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat

insyallah

IKHWANI said...

Masya-Allah 24 tahun dah ! Tentu akak rasa baru jer lagi tu layan karenah..anak2 cepat besar kan?? sekarang akak tengok cucu pulak besar :)

HAPPY 24TH BRTHDAY ZAID! BAROKAH ALLAH BERSAMA MU DAN FAMILY..

silversarina said...

princess,'

tiap kali balik ada je taktiknya nak lewatkan waktu berpisah ...hehehe.






jhaz,

nangis memang no 1 , kalah Umair :)





asw,

cepat masa berlalu kan, kita pun dah semakin tua bila anak2 dah semakin bertambah usia .




rezeki,

Terimakasih atas doa pak itam . Amin .






OO,

Terasa baru semalam je kelahirannya disambut dan dia membesar di depan mata , kini dia pulak membesarkan anaknya ... pastinya satu rahmat dari NYA , syukur .

zino said...

selamat hari lahir buat zaid.. kalau bab nangis ni ada geng kat rumah zino tu hehe..

Zaitun said...

Dah 24 tahun, dah jadi ayah.

Selamat hari lahir buat Zaid semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Zareda Norman said...

Selamat hari Lahir Buat zaid..

semoga makbul doa kak rina buat zaid... InsyaAllah

Kak Elle said...

oh ye ke suka menangis masa kecik dulu....Happy birthday!

tajnur said...

Salam! Yong Fa,
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Zaid yg ke 24! Dah besor panjang ghopenya, dapat anak pun hantap2 kata org Perak. Namunbegitu, dlm usia 24 thn ni, byk pemantapan ilmu2 yg perlu dilonjakkan terutama mengenai mentadabbur AlQuran itu sendiri dan me fassal`kan (hubung-kait)dengan Hadis Rasulullah saw spt yg terdapat dlm Surah AnNisaa:82 dan Surah AlAn`aam:55 sebab bila dah berkeluarga agar sukar kita nak bergerak! Wallahualam

zaid (abu umair) said...

thanks Mom, love you forever!
air mate ni dh kering sbb byk sgt nangis kecik2 dulu..

tu msa umur 10-12 thun,hi2 tapi rasanya mata mama yg berair dulu..hehe ape2 pun,pgalamn duduk asrama sejk brumur 10thun byk mematangkan diri dlm berdikari.. thank a lot krna telah mendidik anak mama ni shingga dewasa..:)

aNIe said...

Selamat Hari Lahir buat Zaid...

Begitu pantas masa berlalu...hingga tak perasan anak2 sudah pun dewasa...dan menjadi seorang ayah...semoga semua doa Rina untuk Zaid akan termakbul...

tajnur said...

Salam! Yong Ina,
Maaf ya, Yong Ina dgn Yong Faliza. Teman ni selalu bebenor tersasui name mike berdua. Dah tua rente ni, aje ngan ghope tu ler.Byk benor nak mikior dlm dunia ni, tu belum lagi nak ngejor ...Entah buleh cekoh ke idak!

Mak Su said...

all the best to you zaid :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam sarina,

selamat hari lahir buat zaid. muda lagi dah jadi bapa..sungguh beruntung. semoga zaid terus cemerlang dunia & akhirat.

Anonymous said...

Salam Kak,

Selamat hari lahir utk Zaid..

::alifdalmim:: said...

budak2 yg lahir tahun 1986 mmg sifat dia mcm tu..hehehe..

Abdul Munir Sanusi said...

wewwit abg zaid. rupa kuat nangis. keh3

Tepi Sungai Batu said...

Selamat Hari Lahir untuk Zaid.
Semoga berbahagia disamping keluarga.

ummu said...

salam Kak
terharunya membaca kisah akak bagaimana pengalaman akak membesarkan Zaid.Kak,kisah akak mengingatkan pengalaman ibubapa saya membesarkan kami adik beradik kerana ada adik saya seperti yang dilalui oleh Zaid.Entry ini makin membuatkan saya teringat pada ibubapa saya.
akak,sila ambil award di teratak saya ya.

Mulan said...

happy belated birthday zaid..!!

aznaz said...

salam from makkah..

selamat ualangtahun pada zaid..
doa cl moga menjadi anak yang soleh, taat pada kedua orng tuanyer dan agamanyer..insyalah

wslam