Monday, March 1, 2010

Prestasi HM yang kurang baik !!

Salam ceria buat semua ... sebagai Home Manager ( HM ) banyak lagi kerja rumah yang perlu dibereskan namun saya ambik kesempatan ini untuk berkongsi perasaan dan pengalaman dan ia ada juga kaitan dengan tugas saya sebagai HM .

Kata orang dulu-dulu " Walau setinggi mana seorang anak perempuan belajar nanti ke dapur jugak " .. itu memang benar , tak sah kalau wanita itu tidak ke dapur sebab setiap rumah pasti ada ruang dapur , kalau tak masak pun setakat nak minum air dari peti ais pasti akan ke dapur jugak , bukan setakat wanita , kaum lelaki juga tak sah jugak kalau tak ke dapur , paling tidak untuk ambik cawan untuk minum atau letak cawan di sinki untuk dibasuh oleh orang lain ( ?? ) .

Saya bukan nak cakap pasal ke dapur , ke ruang dapur ... saya nak cakap pasal kemahiran MEMASAK yang saya sebagai HM GAGAL memahirkan diri bila masuk bab masak-memasak ini . Setakat anak-beranak makan masakan biasa seperti nasi putih, nasi tomato, nasi arab (maklubah ) dan lauk-pauk biasa seperti ayam masak merah, ayam kicap, ayam goreng berempah , ayam panggang .. boleh dikatakan ayam meng ayam ni saya ok jugaklah sebab anak2 ramai yang terlalu gemar ayam , kalau bab ikan pulak, macam biasa ajelah tiada yang istimewa yang saya tahu memasaknya . Pendek kata kalau nak dibandingkan dengan HM yang lain saya jauh ketinggalan dalam bab masak ni . Mungkin sebab saya anak perempuan bongsu dan ada dua kakak yang pandai memasak (masak apapun sedap ) saya jadi segan nak masak kalau kami berkumpul ramai-ramai . Saya masih ingat 6 bulan sebelum abah meninggal dunia abah datang ke rumah kami di Kemaman dan saya pun kenalah masak untuk ibubapa yang datang ziarah ,.. tak sangka abah memuji masakan saya , kari ayam yang saya tambah kerisik untuk pekatkan kuahnya dan dia minta saya masakkan sekali lagi menu yang sama dan saya turutkan permintaan abah dan itulah masakan terakhir saya yang abah sempat jamah sebelum abah pergi meninggalkan kami semua pada Januari 1996 .




Nak ceritanya ... saya ada juga perasaan nak mencuba sesuatu masakan yang baru , namun bila dicuba rasanya tak sama dengan tukang masak aslinya ... saya pernah cuba masak mee bandung mak yang memang special tapi yang saya masak masih ada kurang rasanya , saya pernah cuba masak rendang minang nogoghi 9 resipi arwah mertua saya namun rasanya amat jauh berbeza dengan hasil tangan arwah mak , saya pernah cuba buat karipap mengikut garis panduan kakak ke 2 saya yang memang terer masak , tapi tak menjadi , yang saya tak pernah cuba ialah resipi asli popia basah kakak sulong saya yang saya tahu tiada siapa dapat menandingi kesedapannya , kalau saya cuba pun memang takkan jadi .

Cuma dua masakan yang saya konfiden memasaknya iaitulah soto dan nasi tomato .

Kisah terbaru .... Khamis lalu bersemangat betul saya nak mencuba buat carrot kek dan siap catatkan semua bahannya dan ke kedai membeli semua bahan dan terus buat bila sampai rumah, hajat di hati nak jamu darling sebelum dia berangkat pulang ke kampung arab dia .... bila dah masak, happy sangat sebab rupa dah ada , gebu dan elok texture nya .... bila rasa ... Ya Allah pahit dan tawo hebeo kata oghang Peghak . saya makan sepotong , mimi sikit, darling cuit sikit , (tak pasti izzat makan ke tak ) , itupun makan macam terpaksa (sayalah ) bersama topping cream cheese yang manis yang saya buat untuk tutup rasa tak sedapnya kek tu ..... lepas tu semua kek tu tong sampah yang makan.... rasa frust sangat .

Semalam sempat bersembang dengan Chef Kakliza (duduk di kerteh ) saya ceritakan pengalaman pahit saya tu, dia kata memang bukan mudah nak dapatkan masakan yang sempurna, kena rajin mencuba dan mencuba dan mencuba ... saya ni bukan jenis yang suka mencuba sangat , kalau dah habis banyak RM dan luangkan masa masih tak jadi sedap bagi saya baiklah saya ke kedai kek aje dan beli , lagi mudah ...

Ke macamana ???????

Itulah kisahnya .......... Saya adalah seorang HM yang prestasi kurang baik !!!

22 comments:

cikMilah said...

la...nak habaq pasai buat keret kek tak menjadi .. jauh bebenor stori the mori nya..hehehe
Don't feel bad, perkara biasa tu. KakRina tetap seorang HM yang hebat.

tajnur said...

Salam! Yong Ina,
Le ni, bkn ompuan je yg nak kene pandei msk, org lelaki pun kena henjit (anjakan) paradigma. Maklumle ompuan semakin berumur, mesti kena jaga kerjaya, mun idak dingomen dicecit org jadi boss kat pejabat korje tak semiaq!
Kek carrot tawor habeo tu kighe baguih le (aseikan lbh senyuman) tp bile Yong nyebut pahit, beghape byk le `baking powder` dah tertumpah dlm adunan? Sebenornye Yong, tak ade apelah sgt bab masakan ni, semenjak duamenjak teman dah pegang jd DO (dapor officer) tapi semua perlu pemikiran. Lagi satu `time constrain` jd kita kena masak apa yg perlu dan sesuai dgn masa yg kita ada! SElamat jadi mcm Chef Liza....

NURAZZAH8 said...

Salam Rina...

sekapal lah kita... Azzah pun dolu2 tak suka ke dapur..sebab ada kakak yang pandai masak... dia masak apa mmg sedap aje. hatta main campak2 aje..katanya lah... kita ni kalau main campak2 alamat tercampak ke dalam tong sampah nampaknya... hahaha...
takpa..takpa... Alhamdulillah..walaubgmn pun kekurangan diri...dah besar panjang anak2 Rina .. sampai dah kahwin dah ada anak (cuculah) ...
Kita tak boleh jadi the best dalam semua perkara...teruk nanti... Allah itu Maha Adil Saksama... setiap orang ada kelebihan dan kekurangn diri masing2... sebab itu kita saling lengkap melengkapi... InsyaAllah ...

Mulan said...

ni lak, hubby dok ngata buku resipi punya banyak, tapi dok masak yg sama je.. tang tang kita masak yg lain sikit, banyak lak soalan, ini apa, masak camna ni, awat rasa camni bla bla bla..

Neeza Shahril said...

memula happy, pas tu sebak dada neeza, endingnya happy balik... yeay! (entry kak Rina ni la..)

neeza pun pernah kak.. buat buat tak jadi, last2 malas.. tapi tak lama tu try balik.. jadi.. and seterusnya jadi.. tapi adakala tak jadi.. tapi dah tahu kenapa.. betul kata kak lieza tu... akak cuba lagi ya...

silversarina said...

cikmliah,


Huhuhuhuhu ... nak order kek carrot dari cikmilah , siap topping lagi tau .






tajnur ,

betula lah akak rasa yang pahit tu sebb terlebih baking/ bikarbonat soda ...

btw , " mun idak dingomen dicecit org jadi boss kat pejabat korje tak semiaq! " tak berapa nak faham teman ayat ni .





nueazzah,

EEEhhh mana sekapalnya ... you doktor falsafah dan a very successful career woman ... I ni HM tapi tak macam HM :)







mulan,

Nak ketawa akak baca your komen sebab samalah , buku resipi banyak , tapi rasanya akak lagi teruk dari you tau , akak ni rajin membeli aje kojenye !!





neeza,

Mungkin sebab akak dah tua kot yang malas nak mencuba berulang kali , rasa lagi mudah , pegi kedai, ambik apa yang mahu dan bayar je kat kaunter ... tengoklah kalau rajin cuba lagi , kalau tak cari ajelah kat SR tu ..hihi.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rina,

janganlah frust sangat! kak nab pun pernah mengalaminya..kadang2 tu sorok / buang masakan yang tak 'menjadi' tu..
pada kak nab, sarina tu dah terrorlah sbb boleh masak pelbagai jenis nasi tu!

Kak Elle said...

wanmommy kalah pertama kali gagal kena lah cuba dan mencuba...akhir jadi perfect juga.

tajnur said...

Salam! Yong Ina,
Perempuan mcm Yong ni tentule kena jaga kerjaya.
Mun Idak (Kalau tidak) dicerita2 disebut2 org jadi boss tapi kerja tak sempurna!*Yalah semua kerja nak buat tentulah ada yg tergendala kerja2 lain*

hanieliza's cooking said...

Assalamualaikum..
Memasak ni perlukan kesabaran dan konfiden..
kkliza rasa Rina saja jer merendahkan kebolehan sendiri...
apapun u r teh HM sebab kakliza nampak anak-anak u juga berjaya sehingga peringkat tertinggi...

SoFie NuR said...

hehee...kita pun same...tapi suka mencuba resepi baru n alhamdulillah kebanyakannya berjaya..hehe

Abdul Munir Sanusi said...

Practise makes perfect, auntie. Tak gitu?

Saya sebenar selalu nak belajar masak benda-benda pelik. Macam buat kek, puding, kuih-muih dengan mak saya. Tapi, apa nak buat. Duduk jauh. Isk isk isk.

Zaitun said...

siapa kata Rina tak pandai masak, masa kak Zai pergi Kemaman itu ari kami dijamu denga mee kari(kalau tak silap)sedap tapi masa tu baru kenal malu nak makan banyak.

Kak Zai yang nak masuk senja ni pun masih belajar kadang2 terbabas juga.

Sya said...

Kira terror lah tu masak maklubah pun boleh..jgn risau pasal karot kek tu, sya masak pun tak menjadi.. 2 kali tak menjadi campak tepi malas..

UnGu VioLet said...

thanks for sharing...

Zaitun said...

Kak Zai baru teringat pernah buat carrot cake boleh tahan sedap.

Rina cuba surf dapurcomelku.blogspot.com

Dr. Zuhaira said...

Salam k.Ina n semua pembaca blog,

Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

>>hubby kalo saya masak x jadi, dia ckp, resepi dlm buku tu salah, hehe

maklang said...

eh..tak adalah gitukan..ari tu kita pi makan kat rumah awak sedaaaap aje..sampai bertambah2 lagi...

memang sekali sekala memang kena tak jadi...sama jugak saya ni ha....mungkin Allah nak bagi peringatan dan juga untuk kita cuba lagi...

Anonymous said...

rina;

samalah kita bab2 buat kek ni - hancus! cuba2 pun mmg takmo menjadik punye...baik ler beli kat kedai kek pueh ati. bab2 lauk pauk tu insyallah ok lagi arr cuma...alahai...

KC

soliloquy said...

cik ina...
ktorg kat sini main campak2 je...
kalo takde dlm buku resepi kira mcm invention baru la tu...
haha

wasabi.senpai said...

masak nie best ah..~
air tangan xpnting..~
yg pnting dapur...~ ^^
(komen bdak2...)

silversarina said...

kaknab, kak elle, tajnur, hanieliza, sofie, nubir, kak zaitun , sya, ungu violet , myfuzzyworld, maklang, kc, sas, wasabi ... terimakasih atas komen kalian ...saya akan cuba menjadi cook yang sikit baik dari kini :)