Semalam lepas balik hantar mak saya flat terus, dah lama tak drive jauh dan semalam 7 jam saya drive sebab balik singgah sebentar di kuantan , mak oooiii letihnya bukan main jadi supir bila dah tua ni , kalau dulu tak penat langsung. Pagi ni berlambak benda nak kena bereskan.. nak start mop dan kemas bilik baru start gear satu. Nak lepaskan rasa letih , pagi tadi saya 'merayap ' kejap ke dua tempat.
Lokasi pertama.. gerai KP sebab nak confirmkan petugas majlis nanti..beres .... dan sambil minum sambil sembang dengan rakan saya di situ dan nak tau saya dapat satu berita yang pertama kali saya dengar hidup saya.... nak tau tak ????
Pernah tak dengar orang lelaki nikah 2 wanita sekaligus ??
Saya belum pernah... jarak pernikahannya cuma beberapa jam saja... kisahnya ada sorang ustaz yang saya kenal , kematian isteri akhir tahun lalu dan cuti sekolah baru ni ada sahabat yang padankan ustaz ni dengan seorang guru. Tapi nak dijadikan cerita cikgu wanita yang masih anak dara ni ada sahabat baik yang juga masih anak dara dan oleh kerana terlalu baik dan akrab, cikgu ini telah memberi syarat kepada ustaz ini bahawa jika ingin mengahwininya mestilah juga mengahwini sahabat baiknya juga. Saya tercengang bila diberitahu oleh anak saudara ustaz ni sendiri pagi tadi. Maka akhirnya ustaz ini mengahwini dua sahabat baik ini sekaligus dan nak jadikan tambah thrill dua isterinya juga tinggal serumah...pelik tapi benar dan saya masih rasa macam tak percaya....
Lokasi kedua adalah rumah yang saya cuba lawati minggu lepas namun rumahnya bertutup rapat, Jumaat lalu saya bertembung dengan keluarga ini di pasar pagi dan saya ke sana lagi pagi tadi untuk menanya khabar sahabat saya ini yang kisah anak-anaknya yang memerlukan bantuan ada saya blog kan di sini .
Pagi tadi saya bertemu anak-anak yang sentiasa berulang alik ke HUKM bagi rawatan mata. Minggu lalu adik hajar baru menjalani pembedahan 'mengalihkan ' bulu mata bawah agar tidak bergesel dengan anak mata yang mengakibarkan airmata sentiasa keluar . Jarak penglihatan adik hajar adalah 3 meter di sebelah mata ( saya lupa mata mana ) dan sebelah lagi hanya 1 meter dan buat masa ini tiada rawatan yang dapat mengembalikan jarak penglihatan normal namun doktor akan cuba mempastikan jarak penglihatannya tidak bertambah teruk. Saya nampak jahitan di bahagian bulu mata bahagian bawah tapi nampak hajar makin bertambah ceria dan manja dengan saya . saya tidak membawa camera kalau tidak boleh saya tunjukkan bahagian bawah mata yang baru dibedah dan dijahit. Hujung minggu ini hajar dan ayahnya akan melakukan rawatan susulan di HUKM. Memang banyak belanja ulang-alik dan kos rawatan bulanan mereka . Pusat mata HUKM adalah satu-satunya pusat rawatan mata untuk pesakit mata seperti adik hajar dapat diberikan .
Adik Klaulah yang kini berusia 11 bulan dan telah mula memanjat tangga rumah walaupun dalam keadaan matanya hanya sebelah yang punya lensa kerana lensa nya telah dibuang semasa pembedahan di Mesir tahun lalu. Jadi adik khaulah hanya melihat dengan sebelah mata. InsyaAllah doktor di HUKM sedang menyiapkan contact lense bagi adik khaulah yang khas untuknya sebagai bayi . InsyaAllah adik khaulah akan dapat melihat seperti biasa kelak.
Sama-samalah kita berdoa agar mereka berdua dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan dikurniakan rezeki bagi menampung kos rawatan susulan bulanan yang semakin meningkat dengan meningkatnya kos pengangkutan dari Kemaman ke KL . Bagi ayahnya ustaz Razi semoga dapat kembali ke mesir untuk menamatkan pengajian di peringkat Masters yang terpaksa ditangguhkan seketika demi kesihatan anak-anak yang memerlukan rawatan pakar di malaysia.
27 comments:
alahai kesian nya baru drive 7 jm dah kena tembak ye?
kemas Rina jgn tak kemas ....hehehe
first time dengar kes macam ni. Mulianya hati kawan tu.. memang kawan sehidup semati la tu.. harap2 kawannya tu menghargai lah apa yang kawan dia buat kan...
drive 7 jam kak Rina?? sorang2 pulak tu.. aduhai.. kalau neeza, memang flat habis...
kesian pulak kat adik 2 orang tu kan.. semoga mata diorang segera sembuh.. Insyaallah...
1001 manusia 1001 cerita.
lame tak jenguk sini..
busy sket baru nih.
pindah, mcm2.
selagi tak selesai pindah selagi tu busy. hehe
pelik tetapi benar...moga boleh menjadi kawan karib sebelum dan sesudah bernikah ye...
dan doa maklang semoga anak2 manja itu dapat sembuh dan dapat melihat dengan baik, InsyaAllah...
nampak nya semakin sibuk.. drive 7 jam memang memenatkan.. semuga segala persiapan berjalan lancar..
bertuah nya ustaz tu.. dapat dua sekali.. semuga ketiga mempelai bahagia..
kesian adik tu..
kak rina,
dalam metro tahun bila dulu ada lelaki nikah + sanding dengan 2 orang puang sekaligus.
ujian datang pada setiap manusia ni dalam bentuk yang pelbagai. kalau kita dah rasa teruk, mungkin ada orang lain lebih teruk dari kita. isn't it?
Kak lady ni kalau memandu 2 jam pun rasa letih...7 jam? ya ALLAH...boleh tahan jugak rina ye...
Semoga anak2 tersebut akan menjalani hidup yang lebih ceria...
Pasal bernikah 2 org dalam satu hari tu...baru ni akak dengar...semoga kehidupan mereka akan diberkati ALLAH
Masih mampu memandu 7 jam, tahniah..seamangat itu yang utama
kak elle,
supir udah tambah usia memang letih sangat :P
neeza,
akak pun harap biarlah kekal bersahabat karib .
terasa penatnya bila dah lama tak dive jauh dan lama macam tu, dulu ke mana pun sanggup sebab tak letih.
k-riey,
O000 ...tak habis lagi pindah . take care !!
maklang,
risau pulak kot lepas kawin bergaduh, tapi harapnya biarlah kekal baik hati semuanya.
anak-anak kecil tu nampak ceria walaupun mata kabur tapi memang much better than before.
zino,
7 jam dengan kelajuan 100 - 120km /jam , kalau bawak below 100 agaknya mau lebih 7 jam, memang penat betul , macamana orang kerja driver .
hujung minggu ni ustaz tu akan terbang ke bumi kenyalang kerana kedua isterinya mengajar di sana... kena ulang sokmo lah jawabnya .
suealeen,
ooo ada ye kawin 2 sekaligus macam ustaz ni, dah jodohkan , apa nak kata.
benar tu sue, setiap orang diuji Allah berlainan ujiannya, apa yang perlu hanyalah berusaha mengatasainya dan bertawakal padaNYA.harap sue juga tabah setabah Syafiah.
kak lady,
Saya ni jenis independent sejak kawin , tapi kalau hubby ada memang saya tak nak ganti memandu melainkan kalau hubby letih sangat , tapi semalam drive jauh dan lama tu rasa macam tak nak dah pergi jauh2 dive sendiri.
hajar dan khaulah lebih ceria dari dulu .
maknanya ada jugak gang ustaz tu kawin serentak 2 isteri , dah jodoh.
kamato,
Drebar utamanya tak de, memang kenalah ganti ... alhamdulillah tak mengantuk sebab saya bertolak awal pagi dan maintain 120km/hr di hi-way, bawak lebih laju tak boleh sebab kereta bergegar , waktu nilah rasa alangkah bestnya dapat kereta idaman, boleh je luncur 160- 180 km /hr ...hehehehe..tak padan dengan tua :P
a'ah le kak rina. aku drive 4 jam pun dh letih sgt2.
skrg ni musim ustaz kawen 2 ke? kt sini pun ramai ustaz2 kawen dua. huhu
moga2 anak2 kecil yg sakit tu cepat2 sembuh. dpt bantu doa je kak.. :(
memang susah nak jumpa situasi begitu...semoga mempelai akan terus bahagia ke hujung nyawa!
7 jam..?? kesian nya kak rina..
moga adik2 itu cepat sembuh..
wah..saya sungguh tidak percaya rezeki ustaz itu.
semoga kedua2 adik kecil itu cepat sembuh, insyaAllah...
Aduhai..kita yang duduk sebelah pun letih kalau 7 jam gitu.Bravo kakRina.
Tak ada ka khidmat drop in maid yang boleh buat kerja kemas mengemas tu...Kalau kat sini satu sessi $35 - cuci in and out rumah> Kalau nak ironing $50.
Semuga anak manja tu sembuh segera.
susah nak jumpa kawan sehati sejiwa macam tu...
ustaz tu rajin bangun tahajud tu, itu pasal Tuhan murahkan sangat rezeki dia. hehe Sarawak takde hal punya, dekat aje pada dia nanti tu macam Kemamang Kuantang aje.
Kak Rina,
Pelik jugak ya... I can't figure out how some women out there can share their loved one with other women... I'm the selfish type.. No sharing sharing, please... Hehe.
makin sibuk ek kak rina... semoga semuanya berjalan lancar
MasyaAllah... speechless...
alahai...bertuah badan si ustaz tuh...dapat 2 sekaligus. harap2 persahabatan 2 isteri tu kekal berpanjangan sehingga akhir hayat lah yek...:p
KC
hmmm... memang mulia hati wanita tu... susah nak jumpa wanita macam tu... semoga bahagia semuanya...
semoga adik-adik yang dua orang itu dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan moga murah rezeki ayahnya... ameen...
uishh...mulia sggh hati wanita itew...tak tergalas rasanye kalo jd pd sy.
alhamdulillah..ada perkembangan anak kecil berdua tu..moga segalanye berjalan lancar.
mopping jgn tak moppin ek sis,tp jgn sampai badan tu penat sgt..take care!
cikgu jawe,
cikgu muda lagi mana boleh letih memandu lama :P
mamaranggie,
hati manusia manakan sama, memang mereka punya hati yang baik , semoga kekal baik, INsyaAllah.
mulan,
kalau drive keta mulan, mau 5 jam dah samapai balik... zzzoooommmmm .. :P
mamarock,
tulah rezeki orang yang baik, harap isteri2nya kekal bersahabat baik.
cikmilah,
dah memang kena buats ndiri apa yang patut... malam memang akak tak drive dah mata kurang nampak waktu malam.
tak jumpa pulak khidmat maid macam yang you cakap . buat sendirilah jawabnya.
cikguzue,
memang payah, satu dalam sejuta pun payah jumpa kawan yang sanggup berkongsi kasih .
babazahra,
yelah tu agaknya, memang usatz ni baik, rezeki yang Allah berikan padanya kerana kebaikannya.
cath,
akak pun sama jugak , takut nya, tapi minta pada Tuhan yang ianya tidak akan berlaku pada akak .
zareda,
busy banget.. ni pun tumpang kejap sebelum start my morning chores :P
cl,
hati orang kan manakan sama.
kc,
itulah yang kita harapkan, jangan lepas kawin bercekau pulak, habis pahala berbaik selama ini.
sastri,
ni first time akak jumpa sahabat baik sampai sanggup berkongsi suami.
conditionkanak-kanak tu semakin baik akak nampak , alhamdulillah.
tulipurple,
semoga bahagia mereka selamanya, InsyaAllah.
bagi adik hajar dan khaulah kita sama-samalah berdoa agar diberi kesihatan yang lebih baik. Amin.
Sarina, mak teh tak tau nak cakap apa. Pak haji selalu joke nak dapat macam tu. Jadi dah ada kisah yang sebenar ni mak teh dah tak kasi dia joke macam tu lagi.
Btw, anaknda Lia akan balek Amman esok malam. Dia kirim salam dan ralat gak tak sempat jumpa anti rina!
makteh,
haa.. takleh joke dah, jadi sungguh nanti ..hehehe.
salam juga pada Lia, kejap sangat masa berlalu, anak saya zaid dan isteri akan sampai dari Jordan esok .
Post a Comment