Thursday, September 24, 2009
Airmata 1 Syawal 1430 / 20 September 2009
Salam Aidil fitri buat semua .
1 Syawal..... siapa sangka kami akan kehilangan insan tersayang , insan yang melahirkan ketua keluarga kami , yang begitu banyak berkorban demi keluarga nya . Dalam menempuh kehidupannya semasa muda , arwah merupakan seorang isteri dan ibu mithali. Layanan terhadap suaminya bak layanan terhadap seorang raja, segala kelengkapan suami tercinta disediakan tanpa sebarang rungutan . Rempah ratus untuk masakan tidak pernah dibeli, semuanya digiling dan ditumbuk sendiri . Pendek kata apa sahaja masakan yang disediakan buat suami dan anak-snak semuanya asli dari hasil tangan nya sendiri. Halaman luar rumah dan ruang di dalam rumah terjaga bersih sentiasa . Namun tak siapa sangka , walau sesetia mana arwah terhadap suaminya , telah tertulis bahawa arwah hidup bermadu bila suaminya kahwin lain sewaktu usia perkahwinan mereka mencecah 22 tahun . Arwah tetap setia menjaga suaminya tatkala suaminya sakit dan meninggal dunia tahun 1979 (sewaktu darling saya berusia 14 tahun ) .
Hampir 15 tahun lalu arwah terkena angin ahmar dan selepas itu pergerakannya amat terbatas dan makin lama ingatannya pun semakin kurang. Kadang2 ingat, kadang2 lupa.
Pagi 1 Syawal dalam jam 10.45 pagi mak telah pergi , setelah tersedak waktu makan ( dia memang selalu tersedak terutama jika minum air ) , dia sempat menyebut yang dia nak pergi dah . Bila ambulan datang , pegawai paramedik mengesahkan mak telah meninggal dunia . Begitu mudah mak pergi .
Kebetulan tahun ni saya balik beraya di Bota rumah kakak saya sebab mak saya tinggal dengan kakak di sana. Mak mertua saya juga tinggal di rumah kakak ipar saya juga di daerah Bota, cuma 15 minit dari rumah kakak saya. Cumanya saya bercadang untuk ziarah raya bertemu mak mertua di petang raya pertama/ pagi raya kedua sebab adik-beradik saya dah bercadang berkumpul di rumah kakak saya pada raya pertama. Ini kali pertama saya pulang beraya ke kampung selepas 5 tahun ( akhir tahun 2004 ) . Saya , Izzat dan Mimi sahaja yang pulang beraya sebab darling hanya akan pulang pada raya ke 6 . Pagi tu dalam jam 11 pagi saya dapat panggilan dari darling bagitau mak telah meninggal dunia dan dia cuba untuk pulang emergency case , namun untuk menatap wajah mak buat kali terakhir memang mustahil sebab bukan mudah untuk pulang dalam waktu singkat. Akhirnya darling dapat terbang pulang dengan pesawat terawal dan tiba di tanahair raya ke dua . Dia dijemput oleh Zaid di KLIA yang beraya di Rembau dan terus pulang ke Perak. Darling hanya menziarahi pusara bonda tercinta , semuanya telah ditentukan Ilahi. Saya , Mimi dan Izzat pulak sebaik mendapat panggilan dari darling terus ke rumah kakak ipar saya dan kami berada di sana sehingga selesai urusan pengkebumian. Saya sempat memandikan jenazah dan Mimi serta Izzat sempat membaca al quran buat Wan dan mencium pipi Wan buat kali terakhir dan Izzat mengiringi jenazah Wan sehingga ke tanah perkuburan . Tak sangka saya Mimi menangis sewaktu melihat wajah tenang Wan , saya juga menitiskan airmata , tak dapat menahan kesedihan saya .
Kini selepas 30 tahun menjadi balu, diusia 81 tahun , bonda Sapiah pergi buat selama-lamanya.... 1 Syawal... kawan2 arab darling kata ...Alhamdulillah sebab mak pergi pada tarikh yang mulia dan penuh rahmat.
Semoga bonda Sapiah diberikan ruang dan kehidupan yang penuh nikmat di alam barzakh dan semoga kita bertemu kembali di syurga MU kelak InsyaAllah. Terimakasih kerana menjadi ibu mertua saya yang begitu banyak pengalaman telah saya timba , pahit dan manis ditempuhi bersama .
Al Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Alfatihah untuk bonda tersayang abang anuar.. semoga rohnya dicucuri rahmat.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..
semoga rohnya ditempat bersama org2 yg beriman..Al Fatihah.
Al Fatihah.......mudahnya dia pergi.
Takziah. Semoga Allahyarhamah Boda Sapiah di tempatkan bersama2 org2 yg soleh.
Alfatihah..
Takziah dan semuga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang beriman. Amin.
Salam takziah sekali lagi Rina...seang sekali dia pulang ke pangkuan Nya.
AlFatihah
Salam sejahtera,
Semoga Allah merahmati arwah, dilepasi azab kubur dan akhirnya dapat bertemu di Firdaus.
Pemergian beliau merupakan satu ingatan untuk kita yang tinggal. Perbanyakkan amalan!
MKI
Al-Fatihah, semuga rohnya ditempatkan dikalangan hambayang beriman..
Al-Fatihah buat ibu tersayang.
Takziah buat Rina sekeluarga.
alfatihah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...takziah kak..
Salam takziah daripada saya...
Al Fatihah
Kak Rina,
My deepest condolences to you and your family. May your MIL's soul rest in peace.
Terimakasih buat semua . Setiap yang bernyawa pasti akan mati, semoga kita semua sentiasa mengingati kematian supaya menjadi panduan dalam segala tindak-tanduk kita InsyaAllah.
Post a Comment