Saturday, September 12, 2009

Nur Kasih & Cinta Sempurna

Saya bukan peminat drama atau filem , drama atau filem Melayu adalah pilihan terakhir saya kalau nak menonton pun. Entahlah, saya pun taktau kenapa tapi sejak sekian lama saya memang tak minat. P Ramlee ke, saya memang tak minat walaupun abah dan mak memang peminat setia .Anak2 saya semuanya tak kenal siapa itu P Ramlee sebab kami tak pernah tonton filem P Ramlee.

Pagi ni bukan nak cerita bab P Ramlee, tapi nak bagitaunya saya sejak akhir2 ni melekat tonton 2 drama melayu kat TV3 dan TV Oasis .

Nur Kasih.... mula2 tak minat pun nak tonton. Entah macamana tertonton episod 9 dan terpikat dengan jalan cerita dan laonan pelakon2nya yang pada saya amat mantap penghayatan masing2 . Masa anak2 dara 2 orang tu dan ayahnya balik Ipoh jumpa Wan dan Opah dan sedara-mara, saya sunyi tinggal sorang . Tergerak hati nak tonton episod terdahulu dari drama Nur Kasih. Maka melekatlah saya kat depan PC tengok episod 1-8 . Sekarang setiap minggu memang tunggu siarannya kat TV3 . Sedap ceritanya . Nak-nak 2/3 minggu ni scene dalam cerita ( jeddah/mekah ) adalah dibuat penggambarannya di Jordan. Terasa rindu pada tempat2 di Jordan yang ditunjukkan dalam drama tersebut .... itu Nur Kasih .



Bulan puasa ni ada sebuah drama lagi yang baru je habis semalam... Cinta Sempurna di TV Oasis ... jam3 petang ... cerita asal oleh YM Ustaz Hasrizal/Saifulislam.com .. sebanayk 20 episod setiap episod 30minit . Jalan cerita okay tapi penghayatan pelakon agak kurang mantap , nak2 heroin utamanya Shila, memang tak pandai berlakon . Itulah slack nya pada saya, entah berapa kali saya komen bila tengok drama ni, kenapalah ambik dia ni berlakon, tak real betul. Satu lagi yang kurang enak ialah cerita ini banyak sangat scene berdua-duaan, antara Shila dan Uztaz Nazir, Dr Najihah dengan Najib, seolah2 berdakwah dikira boleh berdua-duaan ( boleh buat orang konfius ) .... kira biasa-biasa sajalah drama ni ..... itu Cinta Sempurna.



Apapun saya paling minat tengok cerita/dokumentari di travel channel dan national geographic... memang sentiasa menceriakan saya .

Petang karang nak hantar Sofie pulak kat Kuantan Airport... tengok beg dia tu... ish ish ish....

12 comments:

pinatbate said...

saya tengok dua-dua cerita tapi lompat-lompat jer..adalah tengok dua tiga episod..cinta sempurna tu tengok sbb ustaz promote kat fb,tapi pd saya ceritanya boring berbanding nur kasih..nurkasih pulak masa tayangan masa nak solat terawih dan sahur..tak syesuai....saya tengok episod awal jer..
lagipun saya malas tengok cerita bersiri...bersambung sambung nanti jadi ketagih..tak buat kerja lain..

JHaZKiTaRo said...

nur kasih mmg best sbb pelakon2 die semuenye pandai menghayati watak.. jalan cerite pun best2.. tiap2 episode ade je kemuncak die yg buat penonton2 terus n terus nak tgk episod2 yg seterusnye..

cinta sempurna pulak pelakon2 kebanyakannya 'kayu' esp shila tu.. episod2 mula2 best.. tapi lepas tu, jalan cerite dah mula jadi slow.. kalau termiss satu episode pun mcm takde effect je.. i tgk pun sbb 'cerita asal' die ustaz hasrizal yg buat.. kalau tak, mmg tak pandang pun.. hihi..

satu lagi drama bersiri yg best skarang ni, qamar bani hashim.. drama ttg sirah Rasulullah.. harap2 sempat tgk sampai episod terakhir sebelum balik ireland..

JHaZKiTaRo said...

ooww.. ade 2 lagi drama bersiri sempena bulan ramadhan yg best.. diari ramadhan rafique & pertama ramadhan.. suka tgk sbb pelakon2 kanak2 dia cute2 sangat n pandai sgt berlakon.. kelakar tgk gelagat dieorg berpuase.. especially si maisarah tu.. cute sangat.. hehe.. jalan cerite mmg tak boring.. byk pengajaran pulak tu..

mommy said...

aritu tgk 2 episod cinta sempurna yang miss..lompat2 rasenye 5 minit je kot boleh habiskan satu episod..banyak sgt scene yang x de pun xpe..

nur kasih mmg bes..episod malam tadi x sempat tgk lagi..

FaAtip said...

Saya suka bangat sama ceritanya Matahari. Aduhh...tiap kali menonton, saya enggak puas2 menatap wajahnya ibu angkat Tia. Walopun sudah agak berusia, tapi masih jelita dong!

silversarina said...

pinatbate,

Akak memang tak pernah rasaya ikut cerita bersiri drama melayu, Nur kasih nilah yang btul2 ikut, itupun baru lagi, it's a very good story.





jhaz,

Kisah Rafique tu rasanya ulangan , Mimi ada tengok masa mula balik Jordan 2007 dulu , Maisarah tu memang comel sangat dan pandai berlakon.




princess,

Tak de jadi apa pun citer cinta sempurna tu, tak tengok pun tak pe ...Nur kasih kena tengok ada Mecca Mall lagi ..hihi.




ASW,

Matahari... tak pernah tengok, memang I ni tak minat drama melayu/indon, memang tak lekat dan tak terbuka hati nak tonton .

Zareda Norman said...

Zar tak sempat ikuti Nur Kasih atau Cinta sempurna tapi Wadi unung hari hari tengok.

Memang drama tv ni mendidik kita sebenarnya so kita kena hati hati amik iktibar kan kak rina..

zlaa said...

Kak Rina,

Nur Kasih best kan? I pun mula2 dulu kata tak nak get hook dgn cerita yg bersiri ni konon tak mahu buang masa. Tapi rupanya dgn Nur Kasih kalah la.. Every Friday,jam 10 mlm Malaysia, I akan buka TV3 online..:)

NBK466 said...

Wah..jiwangs juga SS nie rupanya sbb layan drama2 cintan cintun..he..he..he.

silversarina said...

zar,

Drama banyak tapi yang elok dan bermesej ke arah kebaikan susah nak dapat , bulan posa ni ok jugaklah ada drama2 yang boleh dijadikan tauladan .




zlaa,

Duk jauh pun dapat jugak tengok online , dapat jugak tonton drama yang berkualiti



NBK466,

Yeay, dia dah kembali ....

Nenek pun kena jugak jiwang2 nak pikat atuk tau :)

Unknown said...

kak rina pun layan NurKasih.
kakyong baru jer tahu pasal citer nih.. & kebetulan malam tadi buka tv3.. baru lah tahu, ini lah rupanya drama yg tgh hot diperkatakan sana-sini... nampak menarik juga.. tp xde masa plak nak g review episod yg lepas..

huhuuuhhh.. nama jer dok rumah tp tak alert langsung dgn prog tv... LOL

silversarina said...

kakyong,

Akak memang kalau citer kat Tv tak kisah mana tapi bila dah dapat drama bagus memang tak lepas peluang .