Sunday, September 6, 2009

Goodbye Maya

Petang ssmalam Maya berlepas ke KLIA dari airport Kuantan dan malam tadi terus terbang ke Incheon Airport Korea dan tengahari tadi dah tiba di Daegu,Alhamdulillah.






Pagi tadi dia call bagitau beg dia hilang dan dia dah buat report . Saya juga call lost & found di KLIA dan mereka masih mencari di mana beg tu tersesat dan report dari Incheon dah diterima. Tengahari tadi Maya sms bagitau beg dia dah dijumpai tersesat naik flite ke Hong Kong dan akan dihantar ke rumah esok petang tiba. Itulah jadinya kalau beg tak ke sekolah, tak tau baca, tuan beg naik flite ke Korea , beg naik ke Hong Kong . Alhamdulillah jumpa, kalau tak , tak de baju rayalah Maya , kuih raya ada banyak sebab bawak dalam hand luggage .

Semalam tak de airmata di airport sebab masing2 dalam mood happy, sengaja buat macam tu sebab tak nak sedih-sedih sebab InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi nanti (rekod tanpa airmata semasa menghantar anak2 ke luar negara masih bertahan, cuma nangis masa hantar umair pergi Jordan ...hihi ) .

Good luck to you Maya , concentrate on your studies and have a happy life over there.

17 comments:

::alifdalmim:: said...

Good Bye Maya... ;)

silversarina said...

adam,

Tak sempat nak ke PD jumpa Adam ...hihi.

Kak Elle said...

kesian Maya raya di rantauan lagi apa2 pun dah dpt bersama keluarga dlm 2 bulan ni kan?

silversarina said...

kak elle,

2 bulan yang memang sekejap sangat rasanya .Apa nak buat , masing2 ada tugas masing2 di rantau orang , apa yang penting spirit ramadan dan syawal tetap ada walau di mana sahaja.

FaAtip said...

Alahai, balik dah Maya, esok lusa kakaknya pulak....tak pelah....walaupun rasa kejap sangat, tapi puas jugak gi mari gi mari, kan?

Zaitun said...

Sekejap aje 2 bulan dah habis cuti nak buat macamana perjuangan harus diteruskan.

zura aini said...

sekejap sangat masa berlalu,
kelakar pun ada bila beg menyimpang ke lain, macam mana depa buat kerja tu?

Ummi365 said...

lah dah kurang satu lagi.. ingatkan abahnya sorang je tak de raya nanti...

tak pelah dah belajar namanya tu kan..

Ajzie said...

bye bye Maya.. moga berjaya meneruskan perjuangan mu..

syamimi azmira said...

keskeskes.Gelak2 bace post makcik ina ni. Mungkin beg tu teringin nak ke hong kong jumpa jackie chan sbb dia dah biasa jmpa min ho di korea :D

Selamat Berbuka.

KAMATO said...

Tam sempat beraya kat sini juga maya ye...

zareda said...

Kak rina

semoga selamat Maya di perantauan. Raya di rantauan lah nampaknya Maya kali ni

PINATBATE said...

KakRina..mlm yg sama saya hantar mak dan abah ke Mekah..mmg nampak ramai yg nak ke Korea..tapi melilau cari Maya tak nampak pulak...
Mak abah saya beraya kat mekah tahun ni, jadi balik kampung nanti rumah kosong jer..siapalah nak buat ketupat raya? huhu..

silversarina said...

asw,

Memang lega dapat berjalan ke sana ke mari bersama , charlie's angels ..hehe.




zaitun,

betul tu ,perjuangan masih belum tamat.




zany,

entah camne beg ke situ sebab tak transit pun , direct flite MAS KLIA-KK-Seoul .

silversarina said...

ummi365,

Hujung minggu ni sorang lagi akan fly ..huhu.




ajzie,

Doakan sentiasa kejayaan untuknya.




syamimi,

Beg nak pegi HK melancong, nasib baik jumpa balik :)




kamato,

Memang tak sempat, itu pun dia dah ponteng minggu pertama kelas.

silversarina said...

zareda,

Raya kali ke 4 di rantau orang .






pinatbate,

Memang tak jumpa sebab Maya tak keluar ke departure hall, dia transfer di dalam terminal je sebab masa suntuk,ngam2 je untuk transfer dari flite dari kuantan ke Korea, dah check in semua di Kuantan .Dia kata ada 9 orang pelajar yang balik sekali .

Wah, bestnya dapat berpuasa di Mekah, semoga your parents sihat di sana InsyaAllah.

::alifdalmim:: said...

tu la pasal mak cik..kalo tak tu..dpt juga free accommodation..hehe