Sunday, September 13, 2009

Terbang pulang




Entah macamana boleh booking tersilap time, darling pun hairan sebab selama ini dia belum pernah tersilap booking tiket .

Itu yang terjadi pada Sofie patang semalam di Kuantan Airport . Sepatutnya jam 6.50pm flite from Kuantan ke KLIA , pergi kat kaunter , terus staff tu gelak-gelak....hehehehe... salah time ni .... rupanya ayahnya terbooking 6.50am instead of 18.50pm . Kami semua pun tak cek langsung tiket sebab confident dengan apa yang dibeli. Minggu lepas Maya punya betul time atas tiket tu .



Terpaksalah beli tiket baru , Alhamdulillah flite banyak lagi seat kosong . Tiket yang asalnya diskaun 70% yang hanya kena bayar RM52 kena beli dengan harga RM289 semalam . Nak buat macamana belilah jugak dan selamat dah Sofie terbang ke Dubai- London-Kiev dan akan tiba di Simferopol , Ukraine Isnin /esok hari . Berlepas dari KLIA jam 2 pagi tadi dengan flite Emirates . Dari Dubai ke London nanti dia kan menaiki pesawat Emirates baru yang besar Airbus A-380 yang boleh memuatkan sehingga 830 penumpang . Bukan main excited lagi dia bila tau dia akan menaiki pesawat tersebut .

Izzat saja bersalam macam tu nak tunjuk yang kakaknya tu 'tinggi ' ...hihi.



Dah kurang sorang lagi petang ni bila berbuka puasa .

Terbang pulang ke 'kampung' buat sementara waktu .

Syukur yang dia dapat bersama kami selama 2 bulan setengah dan dapat berpuasa selama 3 minggu di tanahair .

Selamat belajar dan jumpa lagi InsyaAllah.

19 comments:

FaAtip said...

Bila la pulak agaknya angel-angel tu nak `terbang pulang' ke sini balik, yee...

silversarina said...

ASW,

Summer tahun depan InsyaAllah... Korean angel InsyaAllah kami akan jumpa cuti sekolah akhir tahun ni di... rahsia... JJ lagi :)

FaAtip said...

eeeeee....jelesnya...tak pe, tak pe, kome pegi bejalan bior teman ni mengirim barang je, kerojernya!! hehehehe.....

zura aini said...

kalau bab tiket ni saya dua tiga kali check, bukan apa takut takde tiket dah, apa pun Alhamdulillah dah selamat.

Tingginya izat macam anak bujang saya, age pun lebih kurang.

silversarina said...

ASW,

Boleh tapi kan kesian kat you sebab selalunya tak dapat cari barang yang you nak , memang dah cuba tapi tak jumpa Nanti teman kabo le kami nak ke mana .




zany,

Biasanya memang cek, tapi kali ni tak sape pun cek tiket tu sebab hubby akak memang amat berhati2 tapi kali ni tersilap jugak, tak de rezeki nak dapat yang murah .

KAMATO said...

A380 tu memang besar, saya pernah masuk dalam pesawat tu ketika melawat kilang pemasangan Airbus di German tempuhari

Unknown said...

tahun depan dah boleh berkumpul semua ke kak... tu lah cabaran bila anak2 dah besor kan.. bertebaran mencari halatuju kehidupan..

husband akak dah balik yer... oohh, ni mesti saya telah ter'miss n3 ni... suka lah kak rina .. berbunga2 lah hati... ;)

Kak Elle said...

cam mana bolih tersilap tu..nasib baik ada tiket lagi.

Penganti cilik pun dah ada jadi lah sunyi kan?

wah Izzat ni 6 footer ye?

JHaZKiTaRo said...

haha.. camne laa boleh tersilap time.. anyway makcik.. sorry sgt2 sbb tak dapat nak jumpe time cuti ni.. takde rezeki nak gi pantai timur.. insyaAllah bulan dec nanti, lepas habis exam (harap2nye pass semua), saye spend masa di pantai timur..

22 sept ni dah nak balik sane dah.. tinggal 9 hari je lagi kat msia ni.. hihih.. doa2kan saye n member2 lain yg exam nov ni.. ;)

mommy said...

tunggu next annual meeting plak baru anuar's angels akan bersatu kembali..^^

Ajzie said...

semuga selamat sampai ke destinasi.. Selamat belajar dan pulang dengan kejayaan..

zino said...

dah selamat dia sampai le london.. hari ni sampai le ke ukrane tu kot.. selamat belajar utk sofie nur.. cuti lagi nanti balik lagi..

mama dia jangan le sedih pulak ya hehe

Zareda Norman said...

hebat anak anak dara kak rina, semua terbang jauh merantau mencari ilmu..

cikdinz said...

dapat gak lah berpose kat m'sia///

Sya said...

Ramai anak2 yg dah bertolak belajar selepas bercuti.. sya pun sempat kirim utk Aiman sambal.. happy rasanya

Zaitun said...

Balik dah angel-angel tu ya.Nasib baikla ada lagi satu geng buat penghibur.

silversarina said...

kamato,

Teringin jugak nak rasa naik flite giant tu .



kakyong,

Rasanya tak dapat lgi thun depan sebab kelas maya memang start waktu bulan posa , tak pelah asalakan dapat berhububg satu sama lain dah syukur .




kak elle,

Sekarang beli tiket semua online, kami print tiket dari emel yang dihantar dan bila tak de sapa yang cek tu yang silap tarikh ;)

silversarina said...

jhaz,

Nak balik dah, tak pe nanti dah balik for good boleh lepak lama2 kat pantai timur ..good luck !!




princess,

InsyaAllah.




ajzie dan zino,

arini baru sampai ...lama bukan main nak sampai sebab nak ambik tambang murah punya pasal :)

silversarina said...

zar,

Memasing memang dah pasang cita2 sejak kecik nak belajar oversea, alhamdulillah dimakbulkan .




cikdinz,

ha ah dapat jugak merasa tahun ni... welcome back cikdinz :)






sya,


Dapat sambal hilang jugak rindu iman pada masakan ibunya , syukur .





kak zaitun,

Gang kecil, yang pompuan dan yang kenit lelaki..esok si kenit lelaki tu balik kampung rembau pulak .