Saturday, October 17, 2009
berendam di BGRC
Rabu jam 1 pm waktu Mimi break for lunch kami isi borang di pejabat sekolah untuk pelepasan awal mimi dari sekolah (biasa balik 3.10pm ) dan terus menuju ke Bukit Gambang Resort City dalam 1 jam 15 minit perjalanan dari Kemaman . Darling dah booking pakej family sempena Izzat selesai PMR . Kami ambik 2 bilik, 1 family suite yang ada 2 bilik untuk kami berempat dan 1 studio untuk Zaid , Azra dan Umair. Kiranya ini adalah first percutian kami bersama Umair dan sebab Umair suka air, kami pilih BGRC kerana ia juga ada water park .
Lepas je letak barang , terus kami ke water park yang dekat dengan hotelnya.
Gambang Water Park taklah sebesar A Famosa tapi untuk pantai timur yang tak ada water park ni, kira oklah untuk berendam . Umair lah yang excited sekali, tak senyum langsung sebab macam terlebih excited sebab benda baru . Dia tak nak keluar kolam . Kami ambik giliran jaga Umair sebab masing2 nak mandi kolam yang ada 5 jenis semuanya (ada yang masih dalam pembinaan , yang dah siap 5 ) . Memang enjoy betul kami petang tu , kami keluar hanya ketika ia hampir ditutup jam 6 pm.
Malamnya semua tido awal sebab letih main air .
Pagi esoknya kami ke "Active Adventure" area berdepan dengan hotel. Izzat dan Zaid try naik ATV ( All Terrace Vehicle ) yang naik motor masuk dalam tracknya dalam hutan . Mengamuklah Umair nak ikut baba dia naik motor . Kami tunggu di luar hutan sementara budak berduatu enjoy themselves naik ATV.
Lepas tu saja nak have fun, kami semua naik keretapi dari hotel ke water park dan balik ke hotel. Pony ride ada tapi Mimi ni penakut binatang termasuklah kuda. Nak naik horse carriage kuda belum datang pulak, tak merasa nak jadi queen naik kereta kuda .
Jam 11 pagi kami cek out hotel ........ sedih tau ....... kami ke Kuantan ada urusan bank dan terus ke kemaman....Zaid, Azra dan Umair ... .... terus ke Ipoh...pindah ke Ipoh .... mulakan penghidupan di Malaysia . Sedih sekali sebab nak pisah dengan cucu yang dah mula rapat dengan kami ....huhuhu . Entah bila dapat jumpa lagi sebab masing2 jadual padat sehingga hujung tahun , ada rezeki jumpa lagi InsyaAllah.
Itulah kisah first outing / holiday kami bersama Umair , baba dan mama dia .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
cerianya..!
Hidup memang begini kan..ada masa kita happy ada masa kita sedih bila berpisah..tak apalah..mudah-mudahan Umair and family sentiasa dalam peliharaan Allah..dan sentiasa dekattt di hati wanmommy..
bestnye kak rina..
ada la tempat nak melepak kalau pi sebelah sana..
nak surevylah harganya..or boleh share the hotel rate and ticket utk ke water park tu??
pinatbate ,
Tak pe, nanti cuti2 boleh jumpa semua balik InsyaAllah.
ummu asiah,
cek this website ... Bukit Gambang Resort City untuk pelbagai pakej..kalau ke water park saja .. dewasa RM19.90 , kanak2 RM12.90 / entry .
Ok jugak lah walaupun masih baru tempat ni .
Baru dengar cerita kawan pasal resort baru ni...mmg nk kena pegi , exited pasal motor tu...
Best kan, 3 generasi pergi bercuti...
salam..wahhh bestnyaaaaaa
Oh dah ada waterpark di sana nanti bolih lah saya singgah:)
cikmilah,
Masa dinner tu ada 4 groups yang kursus di situ, memang full house .
arsaili,
Best memang best, dapat berendam dan water park tu taklah pack masa weekdays.
kak elle,
kalau ikut highway panti timur memang senang je nak pergi bkt gambang tu .
Post a Comment