Friday, October 16, 2009

jadi ke tak, , jadi ke tak....JADI !!!


Cuti hujung minggu ke Brunei minggu lalu malalui beberapa kali tapisan , jadi pergi ke tak.... kejap jadi kejap tak jadi, kejap jadi kejap tak , memang beberapa kali diulang-ulang ......

Tiket sudah dibeli tahun lepas lagi . Biasanya bila darling rasa nak beli tiket yang ada sale , dia akan padankan dengan cuti kerja dia . Maka Brunei memang dia beli pada 8-10 Okt ... tujuan asalnya nak bagi Izzat relax sikit sebelum PMR start dan kebiasaannya PMR start lewat dari 10 Okt , tak sangka pulak tahun ni PMR start 7 Okt dan ada break hujung minggu pulak sebelum bersambung Isnin dan Selasa . Nak tinggalkan Izzat sorang masa exam rasa macam kejam sangat . Awalnya memang dah cancel tapi kalau cancel ini kali kedua terpaksa batal tiket , Langkawi pernah kami batalkan sebab anak2 ada sukan sekolah hujung minggu tu (April lalu ) . Kebetulan Zaid kata dia akan balik Kemaman sebentar sebelum berpindah ke Ipoh dan dia balik kena pada tarikh ke Brunei. Izzat ok aje, dia tak kisah kalau kami pergi sebab masa tu hujung minggu dan dia hanya ada 1 exam hari Jumaat tu dan kami pulang pada Sabtu itu .... so, jadilah akhirnya , baru sibuk booking hotel dan pakej melancong sekitar bandar Seri Begawan.

Brunei sebuah negara yang damai, aman dan tidak sibuk , tidak ramai penduduk dan pada dasarnya saya suka Brunei , orangnya sopan dan lebih melayu dari orang melayu di Malaysia, dari segi percakapan dan berpakaian , saya amat sukakannya.

Di bawah ini gambar2 sekitar lawatan kami tak termasuk shopping di area Gadong .

Alhamdulillah lawatan pendek untuk mengenali negara jiran terdekat memuaskan hati kami .

Bahagian pintu masuk ke Istana Nurul Iman , Istana bagi Sultan Hassanal Bolkiah , info tentangnya boleh klik di sini .



Masjid Jamek Sultan Hassanal Bolkiah yang punya 29 kubah emas kecil melambangkan baginda adalah Sultan ke 29 bagi Kesultanan Brunei . bersama pemandu kami Encik Asmi (memang orang melayu Brunei sering berpakaian melayu lengkap terutama hari Jumaat dan solat Jumaat .

Masjid Sultan Umar yang mempunyai 28 buah kubah kecil melambangkan Sultan Umar adalah Sultan ke 28 .



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Royal Regalia .. segala peralatan semasa pertabalan Tuanku Sultan dipamirkan di sini.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++







+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


ready nak ke Kg. Ayer


rumah dan masjid di Kg Ayer ..memang unik, segalanya ada di sini, sekolah rendah dan menengah, pejabat imigresen,, klinik, dll ... pendek kata memang lengkap sebagai sebuah kampung....





dalam rumah untuk diziarah pelancong di Kg Ayer ..hebatkan.....




semuanya adalah di rumah bapa pemuda pemandu bot ini ..........
di belakangnya adalah sekolah .









++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Jerudong Park yang telah hilang serinya dan tiada apa sangat di taman tema ini .........





Water dancing yang menarik di Jerudong Park Garden yang diadakan setiap malam .



11 comments:

ntahsapentahni said...

Teacher, nama dia Sultan Hassanal Bolkiah bukan Sultan Halsanah Bolkiah.

Ajzie said...

wahhhh best nya jalan2 ke Brunei kak..

silversarina said...

oo ye ke... nampak dan bunyi maam halsanah bolkiah...nanti nak betulkan ..hihi. TQ.



ajzie,

jalan nak kenal negara jiran je .

Abang Long said...

Memang terasa berbeza. Bila orang Melayu ada jati diri. Bangga dengan pakaian sendiri. Terasa seronok bila menatap foto lawatan.

silversarina said...

abang long,

Memang rasa macam melayu mereka belum banyak tercemar , sopan hidup mereka .

Zareda Norman said...

meskipun negara jiran, tak pernah zar sampai lagi...

aNIe said...

Rina...mesti rasa tenang aje berada di sana...cantik sungguh dlm rumah kampung air tu ye...mcm tak caya je ...

JHaZKiTaRo said...

bestnye jalan2 brunei.. ntah bile laa nak sampai.. dari dulu lagi dah berhajat nak ke sana...

silversarina said...

zar,

tu yang kami nak pergi ziarah , nak kenal megara jiran ,ada 1 je lagi negara ASEAN yang kami belum lawati , Kemboja.. tak de dalam jadual lagi .





kak anie,

Memang nyaman dan best sangat suasananya , tenang sangat, polis tak bawak pistol crime rate macam tak de langsung .




jhaz,

Alah, you dah pergi macam2 negara jauh kat sana, nanti bila balik sini anytime boleh ziarah Brunei, kalau ke Miri/Limbang dekat sangat dah dengan Brunei, tak sampai 2 jam naik kereta.

FaAtip said...

tak ada ke gambar makan2? Nak jugak tengok makanan special org Brunei.

tak jumpa Pengiran Mazuin Hamzah ke? hehe

silversarina said...

fa,

memang tak makan makanan Brunei , nasi katok , sebab teman tak sihat, selera nak makan makanan arab, so makan syish tawook dan kebab aje kat sana .makanan mereka banyak yang sama macam kita .

Pangiran Bini apa entah namanya yang dulu TV3 crew tu adalah masuk paper hari2 , jadi 2nd wife sultan.