Hampir seminggu saya menyepi . Bukan taktau apa nak tulis tapi tak berkesempatan nak menulis sebab macam2 benda berlaku sepanjang waktu tersebut. Antaranya :
1/ Rabu pagi saya ke open house for ladies only di Kerteh di rumah blogger Mulan . Saya ke sana bersama blogger asw dan menantu saya Azra dan cucu saya Umair ( a little boy ok ikut !! ) . Macam2 lah Mulan sediakan makanan sempena raya . Pelbagai makanan termasuk lemang+rendang, nasi dagang , mee kari, roti dan kuzi , macam2 jenis kuih-muih dan kek . Kenyang perut pagi tu sebab makan lemang 2 rounds dan dessert juga 2 round. Makanan lain memang saya tak sentuh sebab dah kekenyangan.
Balik tu darling dah tunggu ajak pergi open house kat Kelab Puteri food Court di kawasan perumahan kami . Dalam perut kekenyangan saya hanta ambil 2 sudu mee goreng dan sekeping puding jagung . Sempat jugak rembat ABC semangkuk . Jumpa ramai jiran dan kenalan yang turut hadir memeriahkan open house kelab kami.
2/ Khamis pagi hantar Izzat ke dewan exam dan terus ke Rembau (mimi ikut kami ) ziarah pusara ayah mertua dan jugak ziarah rumah arwah mak mertua yang tinggal sepi sejak 15 tahun lampau . Kemudian terus ke rumah besan yang hanya 10 minit dari kampung darling . Lunch di sana dan sempat sembang2 sekejap (last jumpa setahun lalu ) . Ziarah kami diteruskan ke Seremban menziarahi bapa sedara darling yang satu-satu nya adik-beradik arwah mak yang masih tinggal . Makcik sediakan lunch juga tapi memang saya dah tak larat lagi nak menjamahnya , saya cuma makan sikit kuih raya .
.
Selepas itu kami terus ke LCCT dan park kereta di airport sebab trip ini hanya 2 hari 2 malam . Petang itu kami berlepas ke negara Brunei Darussalam untuk mengenal negara kecil yang kaya minyak ini . .... nanti saya ceritakan lawatan ini di lain n3.
3/ Ahad ... dalam perjalanan pulang dari Brunei saya dah demam . Dalam flight memang dah kurang bercakap dan cuba menahan loya bau makanan semasa dalam penerbangan .
Apa lagi pagi semalam , terus ke klinik (kalau ke hospital sure kena tahan wad ) . Ulcer perut saya menyerang kembali . Melepek saya tak bercakap sebab sukar bernafas . Nak bangun pun kena darling papahkan . Tak sangka tekanan darah saya naik tinggi, diabetes juga naik tinggi , suhu badan juga naik tinggi , angin satu badan , tak bermaya langsung . Doktor bagi 5 jenis ubat dan tengok dalam 3 hari ni kalau tak baik kena buat endoskopik balik untuk lihat keadaan ulcer perut tu macamana . Semalam sehari suntuk demam dan baring aje . Pagi tadi separuh hari duduk senyap sebab bila bercakap rasa loya nak muntah . Lepas mandi , ini baru saya gagah sikit tapi tak sihat sepenuhnya .
Monday, October 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Salam,
Syafakallah. Harap lepas ni akak kembali sihat dan ceria berblogging.
Kesiannya.. banyakkan rehat, eat good dan makan ubat..Semuga cepat sembuh. Take care
kak, take care, kurangkan makan lomang, banyakkan minum air putih, demam raya ni kak, letih berjalan pun iakan.
Salam Kak,
moga2 semakin sihat hari ni ya.
get well soon kak rina.. saya pon ada sikit2 ni, hidung sumbat, tekak perit.. penangan makan tak sedar diri... hahaha..
Aduhai, patut la lama nooo menyepi. Tak seronok rasa kalau lama sangat you tak berblog. Rasa tak de geng, hehehe...
Mulai hari ni, tolong jaga disiplin ye. Makan minum biar teratur, ambik supplement yang patut2. Yang dah makan sebelum2 ni itu kira dah terlopeh, yang akan datang, jangan layaaannnn...( I am telling this to myself as well !!! )
luka dulu berdarah lagi ye?nak jaga makan2 tu ye dan ubat jgn lupa juga.
suweileh family,
terimakasih.
cikmilah,
pedih perut yang tak tahannya .
zany,
demam campur2, raya pun ya , jalan pun ye :)
u.masyitah,
Syukran.
mulan,
Memang akak ingat dh jaga makan, rupanya memang over .
asw,
buat masa ni kena jadi baik :)
kak elle,
ha, ah, betul tu kak, tak sangka lepas 8 bulan datang balik, ingatkan dah baik :(
Mulan memang hebat...!
Harap Kak Rina sihat kembali & terus menjaga kesihatan. Ha... ada darling ni biasanya kita manja sikit. Macam saya sekarang,kena selalu ingatkan diri agar menjaga kesihatan. Bila/kalau sakit, siapa pula nak jaga anak2 & saya sendiri? ;)
(ps: Rembau tu kampung saya!)
Tertanya jugak kenapa lama tak nampak. Ingatkan masih kat Brunei...
Memang bila musim raya ramai yang tak sihat...jaga diri baik2 ye!
Syafakillah..
erm..Izzat tak join ke g Brunei?
semuga kembali sihat... dah puas berjalan kan hehe
D,
Akak ni bila rasa sihat sikit mulalah macam dah sihat sangat .
Ooo D orang Rembau jugak , gang suami akak lah jugak tu :)
maklang,
Musim raya makan tak jaga.. huhu.
adam,
Alhamdulillah dah semakin sihat.. Izzat PMR tak ikut ..hehe.
zino,
Bila jalan banyak, makan pun banyak tu yang cepat kena penyakit :(
salam eid buat aunty sekeluarga yea..seronok la uncle dh balik...dari gambar nampak cam diet ya..ehehe
Salam
Sian Rina selalu aje sakit2 banyakkan rehat dan jaga makan.
Kak Zai pun pandai nasihat org, diri sendiri pun selalu terbabas. hehehe
moga kak rina cepat sihat ..
Rina...bila dah berumur ni...perkataan yang last tu...sakit-sakit...takkan dpt di sisihkan...Rina jaga diri...makan ubat ye...
arsaili,
Bila pakcik ada rasa happy dari biasa , musim raya memang tak dapat nak diet :)
kak zaitun,
Bila sakit baru rasa takut jadi macam dulu, bila dah sihat tu yang hjadi lupa , susah betul .
ajzie,
Alhamdulillah dah sihat .
kak anie,
betul tu, masa muda mana saya pernah sakit, aktif ke mana saja, tu yang kadang2 lupa saya dah bertambah usia.
Post a Comment