Pagi Jumaat ni nak tulis sikit pasal jodoh . Bukannya apa , semalam bertemu sorang bisneswoman ni yang teramatlah gembiranya sebab akan bernikah kali ke 3 hujung bulan Oktober ni. Dia kata inilah perkahwinan yang paling bahagia buat dia sebab inilah dia cinta sejati dia . Dia telah punya 5 anak hasil pekahwinan pertama, tiada anak dengan suami ke 2 dan yang ketiganya jodohnya dengan seorang duda yang anak2nya telah dewasa . Ketiga-tiganya termasuk bakal suami adalah dari golongan berada.
Ada ada seorang lagi kawan yang setakat ini telah berkahwin 4 kali , suami kedua meninggal dunia dan yang pertama dan ketiga pendek jodoh mereka . Dia kini bahagia bersama suami ke 4 dan dapat seorang anak hasil perkahwina ke 4 ini. Anak2 dari perkahwinan2 terdahulu ada seramai 5 orang . Kawan saya ni boleh dikatakan keempat-empat suaminya adalah dari golongan tidak berada ( miskin ).
Ada sorang lagi kawan saya yang sama usia dengan saya dan sama belajar di US dan kini berjawatan tinggi di sebuah syarikat antarabangsa hingga kini masih belum berumahtangga . Dulu katanya tunggu kami dapat 5 anak, tapi kini kami bukan setakat dah ada 5 anak tapi dah ada menantu dan cucu dia masih lagi single (anak dara kaya ) .
Kisah-kisah di atas pada saya amat bermakna .... bila berkata pasal jodoh tiada siapa yang dapat meneka atau menjangka apakah yang bakal berlaku, pendek/panjangnya jodoh ... ada jodoh atau tidak semuanya ketentuan dariNYA juga.
Bersyukur atas apa yang dikurniakan NYA ...Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
moga jodoh kita bersama tersayang kekal bahagia berpanjangan...Amin...
soal jodoh semuanya dari ketentuan Yang Maha Kaya...
Salam Syawal.
Begitulah kehidupan, ada 1001 kisah tentang jodoh.
Sudahkah Kak terima emel dari saya ?
Jodoh dan perkahwinan ni boleh jadi bermacam kisah kan?
Ada yang bernasib baik dan ada yang bernasib malang.
Apa2pun yang penting ialah keredhaan dan keikhlasan. Semuanya ada rahsia dan hikmah yang tersembunyi.
Mudah2an jodoh kita dgn pasangan biarlah kekal di dunia hingga ke akhirat.
kak rina
betul kan soal jodh pertemua ajal maut semuanya kerana Allah SWT jua..
salam..kita hanya merancang tapi ALLAH jua yg menentukan..salam syawal
maklang,
rasanya semua yang berkahwin inginkan sebuah keluarga yang bahagia ke akhir hayat namun siapalah kita menentukannya.
abang long
betul tu abang long.... akak baru baca emel abang long .tq.
asw,
InsyaAllah sama2 kita doakan agar perkahwinan kita berkekalan ke penghujung hayat.
zar,
kadang2 bila selalunya sangat pasangan berpisah rasa macmn semacam aje tapi itulah kuasa Tuhan
arsaili,
salam syawal kembali ... manusia dijadikan berbeza , jodoh pun berbeza-beza ...
menarik betul pengalaman kak rina dengan kawan2, semua kategori ada, he, he,,,,,,
jodoh ni satu misteri pada saya dan hanya Allah s.w.t saja yang mengetahuinya. Apa-apa pun dalam perkahwinan memang tak boleh letak segalanya hanya pada jodoh dan ketentuan Ilahi semata-mata. Itu pandangan saya.
betullah tu kak... jodoh di tangan tuhan. Dari observation saya, saya tengok yang janda selalu berdoa dipertemukan jodoh yang baik secepat mungkin, tapi yang kematian suami biasanya tak mahu pengganti. :) Yang penting, perjalanan hidup dibantu Illahi dan sentiasa diredhai - berkahwin ataupun tidak. kawan2 rapat saya ada juga yang belum berumahtangga!
Soal jodoh memang ketentuan yang maha agong.Moga2 jodoh kita yang dah berpuluh tahun ni kekal hingga keakhir hayat.
kekadang bercinta bertahun2 dengan orang lain tapi berkahwin dengan orang lain.
itu la tentuan ilahi
Wah, betul ke kawan Kak Rina kahwin ke-empat kali...?? Memang dah jodoh laki no. 4, kan..?
zany,
Ada masanya kita berjumpa rakan2 yang kisah mereka lebih kurang sama, semalam pun jumpa rakan lama yang dah kawin lain dan bekas isterinya sudah kawin lain buat kali ke 3 .... manusia seboleh-bolehnya ingin mencari yang terbaik.
Betul kata zany, akak pun setuju yang jodoh juga boleh ditentukan dengan tindakan dan sebarang perkara yang kita lakukan , samada ianya menuju kepada pendeknya jodoh atau sebaliknya , bukan terserah segalanya kepada Tuhan tanpa kita berusaha menyelamatkan rumahtangga yang dibina atas paksi kepercayaan dan cinta kepada NYA jua.
D,
Akak setuju sangat sebab mak akak macam D juga , walaupun ada lelaki lain yang mahu hidup bersama mak , namun mak kata cinta mak dan hati mak hanya untuk abah walaupun abah dah lama tiada .
Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati walau berkahwin atau tidak . Amin.
kak zaitun,
Kes couple lama tapi kawin dengan orng lain memang dah macam lumrah, agaknya bila dah sangat lama berkawan dah tau keburukan masing2, maka nak dijadikan pasangan dalam kehidupan berkahwin memanglah dah jadi tawar . Itu pun satu gejala buruk jugak, terjadi apa2 memang susah sebab tiada ikatan yang sah ..
kamato,
Ketentuan Ilahi yang kita juga ada perkongsian dalam tindak tanduk kita dan tanggungjawab sebagai hambaNYA.
cath,
Ha ah dia kawin kali ke 4 setelah husband ke 3 tidak sesuai lagi padanya . Husband pertama cerai hidup, husband ke 2 cerai mati dan kini yang ke 4, lama dah jugak, InsyaAllah kekal bersama .
Post a Comment