Friday, January 15, 2010
3 novels , 1 movie ....nikmatnya
Semasa balik Ipoh hujung December lalu saya sempat membelek rak buku di rumah Zaid dan perasan ada satu rak buku2 baru yang belum saya baca semasa di Jordan . Dulu memang saya selalu lepak dalam bilik dia dan habis semua buku saya baca kecuali kitab2 agama yang berbahasa arab (sebab buta arab ) . Buku yang saya pinjam baru2 ni bertajuk "Married to a Bedouin" .Bila start baca je memang melekat . Kisah benar seorang jururawat dari New Zealand yang melancong ke Petra , Jordan terus jatuh hati pada seorang tourguide yang berbangsa badui petra , Jordan . Seterusnya mereka berdua berkahwin dan mereka tinggal di dalam kawasan Petra tersebut bersama penduduk badui di situ dalam serba kekurangan , tinggal dalam gua yang ada masanya didatangi kala jengking dan ular berbisa , air pula kena diambil jauh dari kawasan tersebut , tiada elektrik dan sebagainya . Saya membacanya naik seram sebab bayangkan macamana saya dapat hidup di situ... namun cinta dan kasih mengatasi segalanya . mereka pernah diziarahi oleh King Hussein dan Queen Elizabeth ..sedikit lagi ulasan boleh dibaca di sini . Memang kisah benar yang penuh ilmu dan boleh mengenali budaya dan adat resam kaum badui Petra .
Pagi tadi saya berkesempatan menonton movie " Ketika Cinta Bertasbih 2" iaitu kesinambungan dari "Ketika Cinta Bertasbih " . Siri 2 ini memang lebih mantap , penuh dengan dialog yang penuh ilmu yang menampakkan bahawa orang Islam itu bijak dan mahir akan hak masing2 , Kata2 yang pendek dan padat tidak meleret telah buatkan saya terpaku sehingga selesai cerita ...air mata juga beberapa kali tumpah menghayati kisah yang digarap begitu rupa , yang benar2 membuatkan saya terasa bersama pelakon2 tersebut menjiwai kisah hebat tersebut .
MInggu ini dan minggu akan datang saya akan cuba habiskan novel " Reading Lolita in Tehran" yang saya beli semasa ke MM minggu lepas . Ini juga kisah benar tentang kebebasan berkarya yang sukar diperolehi di Iran terutama oleh kaum wanita .
Satu lagi buku yang saya akan baca adalah "Someone Special ", novel yang Safiyyah bawak balik masa cuti musim panas lalu yang saya baru jumpa di bilik Mimi . Novel keluaran 2009 ini agak tebal ..entahlah, kalau sedap boleh lah melekat lama , kalau tak sdap, alamatnya sikit jelah baca .
Jadinya , kalau saya jarang mengupdate blog ...... maknanya saya melekat kat buku .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
kat umah ni ada beberapa novel jugak..hehee...
selamat melekat baca novel..kang nangis bace novel pulak la tu...hehee
salam kak,
wa banyak hasilnya tu.
saya malas nak baca novel skrg ni,kak. bukan apa, malas nak nangis...hehe...
bila dah selalu membaca boleh le cuba menulis.. mana tau hehe
4 buku sedang menanti saya membaca tapi takde masa lansung...sibuk:)
Samalah macam kak Zai kalau dah dapat buku mesti melekat habis kerja rumah terbengkalai.
Selamat membaca...
nanti dah start cuti, nak melekat jugakla kat buku..tp kne cari novel yang bes dulu
Biar kita melekat kat kedai buku. Saya paling menyampah bila ada lelaki TUA yang melekat di warung kopi
lekat eh...jgn lekat kt fb lama2 kang hangus lg tu...
Kak Rina! Apa habaq?????
Berkenanlah kat buku-buku yang akak baca ni...menarik nampaknya tu!
tak apa kak, melekat kat buku it's okay!!
sofie,
nanti kalau dapat, bawaklah balik novel2 lain ye :)
cikguzue,
sekali-sekala baca memang kena nangis jugak ..hehehe.
zino,
memang nak menulis tapinya ceritanya asyik tergantung , sudahnya baik tulis dalam blog cukuplah, pendek2 je ayat dan cerita .
kak elle,
4 buku...wwwooww...bset nya baca di tepian pantai .... oo lalalala.
kak zaitun,
buku2 ni kena letak satu dalam kereta, satu kat ruang depan, so bila free aje baca ..happynya dapat baca .
princess,
beli novel korea pulak :0
abang long,
ha ah kan, duk lama2 kat kedai kopi cakap kosong , memang akak pun tak suka..abang long dah berblog kembali..alhamdulillah .
maklang ,
kena fokus satu, satu ..hahahaha.
OO,
Lama akak tak dengar berita dari OO , thanks for dropping by .
Melekat kat buku tak pe kan ... keje rumah kena tutup mata sebelah ..hihi.
Post a Comment