Hari ni 9 Ramadan ..... Setahun yang lalu 9 Ramadan Mak telah meninggalkan kami buat selama-lamanya . Lagi 15 minit waktu berbuka puasa bagi Kuala Lumpur , Mak minta tolong Bibik panaskan sup ayam untuk juadah berbuka nanti ... selalunya Mak akan tunggu kakak sulung saya yang siapkan hidangan berbuka puasa ... setelah hidangan siap , Bibik pergi semula kepada Mak di biliknya , lagi 5 minit waktu berbuka ...bibik nampak Mak tido , Bibik kejutkan .."Opah, opah bangun , nak berbuka dah ni .." .tiada respon dari Mak .....terus bibik panggil kakak I dan kakak cek nafas Mak telah tiada, nadi juga telah tiada,,,,,,,,,kakak panggil ada doktor yang tinggal berjiran ,doktor sahkan Mak telah meninggal dunia .............sewaktu saya terima panggilan telefon dari kakak, kami sedang makan (Kemaman cepat 5 minit berbuka dari KL ) ........ I dah rasa lain macam ,yelah waktu maghrib di bulan puasa , mana ada sesiapa call...........akak menangis tersesak2 ...........Mak telah tiada .... baru 3 hari sebelum tu , kami semua adik-beradik berbuka bersama Mak , saya belikan mak jubah raya, Mak kata Mak nak pakai petang tu waktu berbuka bersama anak cucu semua .kakak kedua I juga bagi Mak jubah raya .Mak kata jubah tu Mak nak pakai masa raya ........... rupanya itulah pertemuan terakhir kami ............... Al Fatihah buat Mak tercinta , semoga Mak berbahagia di sana .Amin .
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hari ni 29 Julai ....... 10 tahun lalu ,... lahirlah anak bongsu I ........ Mimi ........ Mimi menjadi handbag baru I selepas Izzat sebagai babyboy selama 8 tahun ... jarak umur yang agak jauh menjadikan Mimi sebagai babygirl walaupun telah berusia 10 tahun ......... hehehe. Semoga Mimi menjadi anak yang baik perangai, bijak, sihat dan solehah .Amin ...........Selamat Harijadi Mimi !!