Tuesday, July 29, 2008

Baby Mama dah 6 tahun umurnya ...Alhamdulillah.

SELAMAT HARI JADI MIMI !!



Sejak minggu lalu Mimi sibuk ingatkan tentang harijadinya yang jatuh pada hari ini 29 Julai dan hari ini genap usia mimi 6 tahun. Pantas betul masa berlalu, 6 tahun terasa macam baru kelmarin menjelma.





Bertuah jadi Mimi , seorang anak perempuan kecil yang amat disayangi oleh semua ahli keluarga, dari ketika dia masih di dalam kandungan masing-masing tidak sabar menanti kelahiran adik tersayang kerana ketika itu adik kecil kami Izzat telah pun berusia 8 tahun. Terus terang saya katakan yang saya tidak pernah terfikir akan punya seorang lagi anak setelah 8 tahun tidak ada tanda0tanda yang saya akan mengandung lagi tapu dalam diam-diam saya terus berdoa agar saya dikurniakan seorang lagi anak dan saya pernah menyatakan dalam doa saya yang saya sanggup menerima sekuat mana alahan dari Allah hanya kerana saya amat teringinkan seorang lagi anak.






Hampir sembilan bulan saya bertahan dalam 'duka' dan gelisah dan tak bermaya disertai penyakit kencing manis yang terpaksa saya mencucuk diri saya sendiri dengan insulin 3 kali sehari dan segala makanan saya dipilih agar tidak makan makanan manis . Saya mula mencucuk insulin ketika kandungan bersusia 2 bulan , jadi saya kira 600 suntikan telah saya lakukan pada siku dan peha dan naik hitam siku kesan suntikan tersebut.dalam pada yang sama alahan terhadap sebarang makanan yang bila mendengar saja saya jadi loya dan terus gastrik /medu datang melanda dan ketika itu saya tidak bercakap dengan sesiapa dan yang saya tau hanyalah berbaring , duduk semput sukar bernafas , dah hanya memejamkan mata dari pagi ginggalh malam menjelma, tidak suka bau manusia, tidak boleh membaca , mendengar bunyi bising, tidak boleh melihat cahaya, langsir rumah semua ditutup agar cahaya tidak dapat masuk , saya hanya keluar bila ke klinik buat pemerksaan mengadung dalam keadaan separuh mati saya menahan cahaya dan mabuk naik kereta dan melihat manusia , makanan yang suka makan adalah buah betik dan kuih-muih yang saya sendiri tidak ingat kuih apa, hanya makan supaya kurang gastrik dan kurang loya dan muntah.





Di hujung kandungan saya di dapati darah tinggidan contraction seperti anak-anak yang lain sejak awal mengandung memang telah dirasai dari semasa ke semasa. Akhirnya saya melahirkan Mimi 3 minggu awal melalui Ceasarean dan saya ambil bius separuh bahagian badan dan saya memang mahu sedar ketika melahirkan mimi dan saya meminta doktor membenarkan darling saya hadir di dewan pembedahan kerana semua 4 anak sebelum itu dia hadir di sisi saya. Doktor kata darling saya boleh bersama dengan syarat dia taktakut darah dan suami saya memang jenis berani dan akhirnya darling saya yang dapat melihat pembedahan dilakukan dan mendapat penjelasan secara detail dari doktor kerana pandangan saya disekat oleh pengadang dan hanya dapat melihat dan mendengar pa yang berlaku di situ sehinggalah baby mimi ditarik keluar dosertai tangisan si kesil itu yang telah terlalu lama kami menanti .





Kelahiran Mimi disambut dengan penuh rasa syukur dan oleh kerana saya sudah begitu lama 'pencen' maka ramai sahabat yang datang ziarah dari kami masih di wad hinggalah kami pulang ke rumah. Dari bunga-bungaan , buah-buahan dan barangan baby memenuhi ruang bilik di hospital dan di rumah. Buah-buahan diserta dengan satay zul kuantan kami hadiahkan buat doktor dan semua jururawat sebagai tanda pengahrargaan kami terhadap layanan yang diberi .





Kini Mimi telah berusia 6 tahun, petah bercakap, sihat dan telah pandai membaca dengan lancar, BM , BI, Al Quran dan untuk hari ini dia mahukan kek pink yang akan dipotongnya sekemabli dari sekolah tadika tengah hari nanti dan untuk pagi ni saya telah sediakan 60 paket birthday goodies untuk kawan-kawan mimi di sekolah.





Semoga Mimi terus membesar dalam penuh kasih sayang dan menjadi anak yg solehah dan pintar serta sihat....saya kira umur saya 55 baru mimi masuk IPT... lamanya lagiiiiiiiiii........

25 comments:

maklang said...

boleh booking untuk maklang tak...he..he...

anak2 belum betul solatnya, mak dia dah nak sibuk carikkan menantu!

Selamat Hari jadi mimi...semuga menjadi anak yang solehah...

ummu asiah said...

Ya Allah..teruknya alahan..tapi Allah Maha Mendengar dan memakbulkan do'a hambaNya.

Alhamdulillah, dapat 'baby' comel dan sihat. Saya pun teringin sgt nak baby lagi..tapi rasanya di umur mcm ni semua orang pun akan kata..'what?' nak pregnant lagi..tak ada rezeki..Sedih juga rasanya bila difikirkan tak dapat rasakan lagi keseronokan bersalin dan dpt baby..tapy kalau 1st trimester mmng la saya tak suka..kak rina now boleh seronok menunggu cucu and many more to come..

MOKCIK AZWA said...

Salam,

Meronda2 dari blog Maklang..

Comelnya Mimi, berbaloi la segala penat lelah menahan alahan kan. azwa pun pernah alami "pencen" dua kali tapi tak ler sampai 8 yrs...5 yrs each jer..iaitu anak no. 4 ngan no. 6. Alhamdulillah takder alahan seteruk Silversarina.

Happy Birthday Mimi, semoga Mimi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan semoga akan menjadi anak solehah...aminnnn

Cat Cat said...

Kak Rina,
Happy Birthday to Mimi... Cute sangat muka Mimi. Loved her big brown eyes...

Puteri Satu said...

Salam kenal mama sarina...

Datang dari blog Abang Long...alhamdulillah mimi membesar dengan sihat dan bijak...selamat Hari Jadi yang ke-6 thn dari Auntie puteri n family....

Kak Elle said...

Happy 6th birthday Mimi pinkie:)

mmg lain kalau ada yg kecik di rumah tyu lah jantung hati dan penawar eh puan rina?

Aunty pun satu goodie bag and pink cake ye.

Qaseh Bidadari said...

comel betul si mimi nih...hehehe...semoga akan jadi anak yg solehah ye sayang!

cikliah said...

Happy Birthday Mimi...

Semoga menjadi anak solehah kebanggaan Ibu dan Ayah
;)

ROFI said...

HAPPY BIRTHDAY MIMI!!!!

Semoga jadi anak yang solehah dan semoga Kak Rina tak serik menambah lagi ahli keluarga..heeheh

Mama Rock said...

murah rezeki kak rina...dah lepas 8 tahun dapt sorang lagi :) selamat hari jadi mimi, semoga panjang umur dan diberkati selalu.

Anonymous said...

happy birthday pinkie mimi. semoga jadi anak yg soleh dan pintar.

Anonymous said...

happy birthday pinkie mimi. semoga jadi anak yg soleh dan pintar.

cikMilah said...

Happy Birthday Mimie pinky...semuga membesar dan beraya dunia akhirat...
Kesian KakRina terul alahan.. tapi besar pahala tu...

Shah CJ said...

hepi besday mimi yg comel. pakcik datang bawa pinggan kosong jek. heh!

pssssttt.. mak mimi bagi hadiah apa? hehe

Anonymous said...

kakliza ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MIMI..
semoga menjadi anak solehah dan sentiasa diberkati Allah SWT...

kakliza kira umur kkliza 60 thn baru ank bungsu kakliza habis SPM..
lagi tuaaaa. tauuuu....

Anonymous said...

sanah helwah ya gamilah, sanah helwah ya gamilah! hepi besday. Tapi pesal dia mintak kek pink ye? zahra' pun sikit2 kaler pink, macam dah takda kaler lain dah. naik pening pulak.

Neeza Shahril said...

Happy Birthday Mimi...

semoga membesar sebagai anak solehah.. Insyaallah..

teruk juga alahan kak RIna ya.. dugaan Allah tu. Akhirnya lahirlah anak yang cemerlang.. syukur...

PINATBATE said...

Salam..
selamat ulang tahun Mimi..semuga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNYa sepanjang umur hidupmu..
Saya pun kena cucuk insulin juga masa mengandung anak bungsu..jarak dengan kakak dia lima tahun..

NURAZZAH8 said...

Rina, Peluk cium utk Mimi yang comel........ Happy Birthday Mimi... lagi 2 bulan 29th September nanti birthday Hana I pulak, kira beza 2 bulan lah dia orang ni kan...

Hana I pun dulu sibuk semua benda nak color pink...tapi akhir2 nih dah bertukar pulak, kalau belikan color pink, dia pulak yg cakap, "asyik pink aje..beli lah kaler lain pulak!"

hehehe.......
mmg sungguh cepat masa berlalu... tau-tau tahun depan dah nak masuk sekolah.........

zlaa said...

Happy Birtday Mimi. Muga menjadi anak yang soleh. Sama pula birthdaynya dengan anak kedua I, 29th July.

zino said...

selamat hari jadi mimi.. hadiah minta dengan ibu ya.. atau kakak2 tu hehe

Abahnajwa said...

Salams..

Wah..bestnya birthday girl.. Boleh jadi calon menantu uncle ni..ekekeke


Salam dari Liverpool
http://abahnajwa.blogspot.com

aNIe said...

Selamat Hari Jadi buat Mimi...semoga mimi akan membesar menjadi seperti yang diharapkan oleh ibunya...

Kalau kak lady pulak...kalau fareez masuk kolej...akak dah nak 60 tahun dah....huhuhuh...tuanya...

Sya said...

Happy Belated Birthday untuk Mimi.. moga membesar menjadi anak yg solehah..

Bestnya masih ada anak yg bolhe dipeluk2 dan dicium2.. anak bongsu sya kalau nak buat mende tu sume kena semunyik2 dah malu dah dia

silversarina said...

Buat semua bloggers,

Terimakasih keran meninggalkan komen, saya mohon maaf tidak dapat membalas komen kalian... entahlah ... mungkin dua bulan lagi baru hidup berblogging saya stabil :P