Tuesday, July 15, 2008

tik tok ......

Tik Tok
Tikitikitok
Bunyi jam di dinding rumah ku
Tik Tok
Tikitikitok
Masa terus berlalu................

Terasa jam berdetik begitu pantas dan begitu jugalah jantung saya berdegup kencang tak sabar nak menanti kenduri di kemaman berjalan lancar dan berakhir dalam suasana ceria, InsyaAllah . Terasa tenaga dah macam low battery ,namun mood kenduri tetap tinggi dalam diri...

Sekali lagi saya dengan ikhlas hati menjemput semua pembaca blog bersama menghadiri majlis kenduri menyambut menantu saya pada 19 julai , sabtu di kemaman .Kehadiran kalian akan memeriahkan kagi majlis itu nanti, InsyaAllah.


Ahad baru ni saya menerima parcel dari Queen L di Sg yang berisi black head band dan angpow hijau dan hadiah buat Zaid dan isteri ( tunggu zaid balik sini baru buka ) . Terima kasih buat akak yang baik hati. Thanks again.. gambar tak sempat nak save dalam pc lagi ....


Jumpa lagi selepas majlis nanti.... malam jumaat akan ditegakkan 5 buah khemah di dalam kawasan pagar dan juga di luar pagar rumah . AJK surau yang sukarela melakukan kerja-kerja penyelenggaraan majlis kenduri nanti serta dibantu oleh Unit Amal Nisa Kemaman .

Jumpa nanti... salam ceria buat semua.....

26 comments:

Sue.Aleen said...

saya boleh rasa masing-masing kepenatan tapi kegembiraan.

family kami tunggu anak buah saya yang usia 17 tahun la pulak untuk kawen....

best kan berkumpul ramai-ramai...

Kak Elle said...

menanti saat bahagia ye Puan Rina?mesti penat lah ni mesti anak dara2 tu kerja kuat kan..takpe Sofie and Maya bilang kat wanmommy and tokdaddy upah dia 3H2M di Singapore....hotel free di Bukit Batok:)Best kan idea saya?hehehe

silversarina said...

suealeen,

Bila knduri yang best bila dapat jumpa ramai sedara dan rakan-rakan... wah mudanya dah nak kawin, selamat membuat persiapan majlis kawin .

silversarina said...

kak elle,

anak dara berdua tu hari2 busy buat kerja tapi ayahnya tak bagi green light nak 'merayau' sendiri lepas kenduri nanti , kena bercuti di kemaman je :P

Anonymous said...

kak rina,

bagilah anak dara 2 orang tu ke singapore.. hadiah untuk hilangkan penat.. tak gitu kak elle..

ummi doakan semoga semuanya OK nanti ya ...

zino said...

boleh rasakan bagaimana suspen nya mak pengantin tu.. itu lah yg kami rasa masa memula nak buat kenduri dulu..

banyak sangat nak di fikirkan.. yg tak ujud pun nak di fikir hehe

maklang said...

jangan terlalu low batterynya...kang tak terlayan pulak tetamunya...

harap semuanya berjalan lancar!

cikMilah said...

pelan-pelan ya KakRina, curi masa re-charge sikit-sikit ye, biar full battery nanti hari kenduri.
Bagus package kat Singapore tu.. he he he. Doa saya dari jauh semuga majlis lancar, ceria dan berkat.

arsaili said...

salam..klu masih kat KT leh datang..eheheh..tahniah

umie@kakyong said...

Rina,
tahniah buat Rina juga family...
Selamat pengantin baru buat anak, semoga berkekalan... aman bahagia.

Satu bab dah selesai... tapi kalau sebelah kita dah selesai... LEgaaaa sangat2.... walaupun agak penat la sikit...
moga semua nya berjalan dgn lancar...

NURAZZAH8 said...

Salam Rina sahabat ku,
hajat hati memang nak ke sana semasa kenduri nanti, tapi apakah daya hajat tak kesampaian... Azzah ada mengajar kelas hari Sabtu tu... itulah orang hari sabtu cuti tapi azzah kena pergi kelas sbb ajar student master...mmg kelas master during weekend...

anyway takpe...nanti jgn lupa postkan gambar2nya di sini...

Neeza Shahril said...

neeza dapat bayangkan debaran kak Rina.. macam dulu mak ayah neeza nak buat kenduri kawin neeza.. kelam kabut.. maklumlah nak sambut menantu pertama..

semoga kenduri berjalan lancar..

FaRuHa said...

Salam,

Kak Rina maaf saya selalu tertinggal bus...rasanya tak terlambat utk ucap selamat menyambut menantu.
Pasti sibuk, penat tu tak usah cakap la kot ye, tapi tentu seronokkan bertambah seorang lagi ahli keluarga. Tahniah-tahniah..

cendawanintim said...

kak,

saya banyak tertinggal ketepi...

selamat menyambut menantu yer..

mama said...

hai kak ina..
mesti bz sangat2 lagi sekarang ni kan. insyallah ade rezeki saya dan baba sampai la... tapi tak jajni lagi
anak menantu macam mana? ada okey hahhahhha

blackpurple @ jowopinter said...

Kemaman. Jauh. Kalau dekat-dekat sini insya-Allah boleh juga singgah.

Saya doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah-lah ya.

:)

Mulan said...

alhamdulillah ramainya kenkawan yang menolong..

sorry kak rina, tak dapat join kenduri tu..!!

Mak Teh said...

Sarina, selamat menyambut menantu! Kami rasa ingin nak ke Kemaman, tetapi mungkin masa tak mengizinkan. Nak bawa Yanna balik Kedah jumpa tok dia dulu. Tengoklah macam mana nanti nak pergi juga ke East Coast.

CikguZue said...

wah ada kenduri sambut menyambut pulak yea...tapi pastinya tak dapatlah saya hadiri. hanya ucapan tahniah digalangganti drpd kejauhan ini.

Faizah said...

nak dekat dah kenduri menyambut menantu tu kan..mesti kak sarina tengah busy ni..

KAMATO said...

Tahniah, dapat menantu dan mohon maaf tak berkesempatan untuk ke kemaman

aNIe said...

Rina...alhamdulillah segalanya berjalan lancar...bagi akak yang jauh ni...tetap setia menanti gambar2 majlis dari rina...

::alifdalmim:: said...

salam..

mak cik, minta maaf..tak dpt dtg kenduri d kemaman..

sy smpai KLIA hari Ahad - 20hb - kol 11.00 mlm..

smpai salam sy pd zaid dan isteri yer..

zlaa said...

Tahniah Kak Rina. Akhirnya sampai juga hari yang di tunggu. Selamat menimang cucu.

Anonymous said...

salam kak ina
alhamdulillah dh selamat semuanya kan.
saya n hubby mohon maaf sangat2 tak dapat nk menghadirkn diri kami ke majlis kak ina semalam...
keadaan tidak mengizinkan walaupun hati kami teringin sangat ke sanameraikannya.
insyallah ade rezeki cuti panjang kami akan sampai juga di rumah kak ina... tunggu la ye. lagi pun keadaan atuk tak berapa sihat semenjak dua menjak ni.. tak berani nak tinggalkan dia. ok apa2 hal pun tahniah kami ucapkan pada kak ina n darling.

silversarina said...

salam buat semua yang meninggalkan jejak .

Terima kasih .

buat masa ni lega sebab segalanya dah selesai, kemas rasanya smeinggu baru siap walaupun bahagian yang besar2 seperti khemah memang cepat je selesai dikemas.

thanks again.