Thursday, July 24, 2008

Penangan Kenduri....

Penangan kenduri.....


4 hari berturut-turut saya 'dipaksa' tidur selepas zohor oleh keletihan badan yang tak diketahui tahap keletihannya sebelum ini. Tak dapat membuka mata langsung dan tidur senyenyak-nyenyaknya selama 2 jam setiap kali tidur dan sebelah malamnya saya masuk tidur seawal 9.30 malam dan lena sehingga jam 5.30 pagi.



deretan kenderaaan di tepi rumah kami menjelang tengah hari...



Alhamdulillah saya tidak demam sepenuhnya , hanya sakit belakang, sakit bahu, sakit kaki dan akhirnya sekali sakit seluruh badan dan hari ini baru saya rasa saya kembali diri saya sendiri dan tidak tidur siang dah . Selera makan kembali menjelma dengan saya makan 2 kali ulang nasi , sambal tumis sofie masak dan ikan masin tenggiri jeruk , enaknya .











+++++++++++++++++++++++++++++++++








antara tetamu terawal... pengantin belum tiba lagi....

Kenduri telah menemukan kami dengan ramai saudara-mara dan sahabat handai yang telah sekian lama tidak bertemu . Gembira sekali hati kerana saat-saat indah pertemuan ini tidak mungkin dapat kami rasai jika tidak kerana kenduri yang dilangsungkan. Dari dulunya kami kenali mereka kurus serta ramping pinggangnya kini telah serupa kami, sihat dan terlebih tayar spare dan ada pula yang dulunya rambut hitam berkilat kini putih dan silver . Pendek kata semuanya telah berubah , yang tidak berubah adalah persaudaraan dan persahabatan yang akrab yang masih dapat dirasai .

sahabat lama di STJ dulu, datang dari KL.




Begitu juga anak-anak muda dan anak murid yang sudi hadir . Ada yang hadir bersama isteri serta anak-anak dan ada yang masih dalam suasana honeymoon sanggup juga bersama kami dan ada yang bakal menjadi pengantin dalam bulan ogos nanti . semuanya mengambil peluang berjumpa dan memeriahkan majlis kenduri kami.



mana satu pengantin baru ??? ... gimin dan yong tak sampai sebulan berkahwin...zaid dan azra dah setahun berkahwin baru kini kenduri sambut menantu.. apapun selamat pengantin baru juga buat anak dan menantu YAB MB Perak.

Kami juga tidak menjangka ramai yang hadir bersama hadiah perkahwinan kerana pasangan pengantin telah setahun berumahtangga. Kami teruja bila majlis membuka hadiah diadakan di sebelah malam bilamana banyak hadiah yang diberi berkisar kepada pelbagai barangan termasuk set barangan bayi yang bakal lahir sekitar Oktober nanti
.

hadiah dari sifu RE, maklang kerteh... nak jugakkkkkk...hehehe.

hadiah air terjun sebab jordan tak de air terjun yang cantik.

antara hadiah barangan baby....

hadiah dari gimin dan yong... sekotak besar barangan baby..cute .



hadiah dari sifu knitting, Queen Elle .... thank you .



Itulah kisah kenduri dan selepas selesai kenduri ..... bila agaknya kami akan berkunjung ke kedai barangan pengantin lagi ?????? setakat ini kami 'bercuti' dari menjadi pelanggan di kedai tersebut.......

18 comments:

Kak Elle said...
This comment has been removed by the author.
Kak Elle said...

skg takde excuse kalau tak berblogging kan puan rina?saya faham mesti nya semua kepenatan menyiapkan kenduri tempoh hari.

byk juga dapat hadiah ye walaupun dah sertahun berumah tangga.

saya pun nak cushion mcm tu jugakkkkkkkkk....hahaha

Neeza Shahril said...

nampaknya majlis perkahwinan Abi dan Ummi memberi rezeki kepada anak Abi dan Ummi yang bakal lahir October nanti.. :). Alhamdulillah..
kak Rina, berapa lama Zaid dan Azra akan berada di Malaysia?

maklang said...

maklang nak copy gambar pengantin pegang bantal sebab maklang tak ada gambar tu kat simpanan..harap pengantin suka dengan pemberian tak seberapa itu!

Alhamdulillah semuanya Ok dah...kembali sihat dan mula berblog...

tumpang lalu:

kan kak elle dah dapat satu masa awal2 maklang belajar buat dulu....

zino said...

alhamdulilah majlis berjalan lancar nampak nya dan hadiah pun banyak tu...

tak sangka orang KL pun pun dapat ole ole hehe

Makcik Runner said...

tambah lagi satu sakit - sakit poket...hehehe

ROFI said...

Hai Kak Rina,

ehehehe memang la kalau lepas kenduri, sakit-sakit seluruh badan. Nampaknya Kak Rina dah dapat rehat yang cukup, boleh la blog tiap2 hari ye! Always eager to read your new entry...

Zareda Norman said...

Kak rina
bila dah sihat sihat balik sure rasa macam tak sabar sabar nak berkunjung ke butik pengantin lagi ek..

Zar sok sok, cam ne le kan nak smabut menantu ni.. siapkan ajelah ongkosnya, semua ditanggung beres..

mama said...

salam...
lega dah ye kak ina selamat segalanya. bila nk bawak anak menantu jalan KL? kalo ke KL sound la kami di kinrara ni ye...
macam saya pernah tengok ta muka wife zaid tu... tapi di mana ye.

Sue.Aleen said...

sungguh cun hasil kerja maklang...
mesti akak penat tak abih lagi...
alangkan travel pun boleh penat seminggu..

karang kenduri terima cucu la plak ye.. hehehehe

Mak Teh said...

Alhamdulillah! Mak teh boleh bayangkan betapa seronoknya sarina kerana kenduri dah selesai.

Lepas ni bolehlah tolong mak teh pula. Hehehe mak teh tak tolong awak apa-apa pun!

Abang Long said...

Kerja kahwin memang memenatkan, tapi tak kisah, yang penting hati puas dapat berjumpa saudara dan sahabat handai.

zlaa said...

Selesai sudah ya hari yang ditunggu. Lepas ni boleh-lah aktif berblogging kembali.

silversarina said...

kak elle,

masih 'malas' nak blogging sebab dah tak tau nak cerita tentang apa sebab kenduri dah selesai :P



neeza,

tulah yang dikatakan rezeki anak... mula diaorang nak balik bersalin sana tapi ada urusan bisnes yang belum selesai, so mungkin stay di sini hingga hujung tahun , masih belum pasti.



maklang,

copy je , tak kisah sebab cushion tu memang cute dan cantik jahitannya.




zino,

ala doorgift kecil je buat sahabat yang sudi memeriahkan rombongan kami tempoh hari. Thank you.

silversarina said...

kc,

betul tu .. hehehe.



rofi,

kena pelan-pelan start balik aktif blogging sebab anak-anak masih ramai di rumah dan tiap hari ada aje aktiviti kami . Terimakasih kerana sedia menanti entries dari akak ( perasanlah akak ni ! ) .




zareda,

bial buat smeuanya tentang majlis kawin baru rasa best juga jadi mak andam :P



mama,

taktaulah kami se,pat ke KL sebab next week suami akak dah nak balik ke UAE, lagipun bukan musim cuti sekolah, apapun terimakasih kerana menjemput kami .

silversarina said...

suealeen,

majlis timang cucu buat tema pink/biru pulak... budak kecik tu taktau apapun, orang tua yang sibuk...hahahaha.




makteh,


boleh aja nak tolong tapi jauhlah sangat tempat makteh dengan kemaman :P




abang long,

memang betul, puas hati bila dapat jumpa sedara dan kenalan ,samapai hari ni duk cerita pasal sapa-sapa yang hadir hari tu.




zlaa,

nanti lepas ogos kot baru laju blogging :P

hanieliza said...

kakliza seronok hadir dimajlis purple tu..
nampak gayanya masa kkliza nanti bolehlah minta tolong Rina jadi advisor sbb dah ada pengalaman....
kenduri kawin mmg memenatkan tapi puashati bila dapat jumpa sedara mara...mostly yg lama tak jumpa pun akan datang berkumpul...

silversarina said...

kak liza,

kami buat ala kadar, saja nak suka2 ceriakan majlis, kalau upah memang mahal nak buat semuanya, tapi bab makanan yang diupah catering tu memang ada slack banayk tapi malas saya nak ungkit benda dah lepas tapi memang kami panggil bersemuka , buat tauladan di masa depan.