Makin berdebar-debar jantung menanti saat kenduri yang semakin hampir . Rasa tak sabar nak selesaikan semuanya dan kehidupan kembali seperti biasa ,tenang fikiran tanpa perlu memikirkan apa-apa tentang persiapan kenduri.
Esok kami akan ke Rembau meraikan kenduri di rumah besan . Semalam Azra bagitau ahli keluarganya di sana hampir kesemuanya demam dan hujan turun hampir setiap hari. Kasihan pulak saya dengar , diharapkan mereka segera sembuh , InsyaAllah.
Kerja-kerja persiapan kahwin penat tapi menyeronokkan sebab melibatkan pelbagai barangan yang cantik-cantik yang dulunya saya rasa macam membazir tapi bila kena kat diri sendiri memang yang membazir nampak satu keperluan sebab kahwin hanya sekali ( itu yang diharapkan ! ) . Namun kenduri saya ini bolehlah dikategorikan yang paling simple dan sederhana sebab tidak melibatkan majlis akad nikah yang pastinya melibatkan pelbagai adat dan adab pernikahan. Pernikahan di Jordan amat simple , tok kadi datang rumah ( kebetulan dia sanggup singgah rumah , jika tidak nikah di pejabat kadi aja ) , last minute tok kadi kata dia boleh singgah rumah, so tiada persiapan yang happening disediakan, amat mudah prosesnya . Kenduri pula dijalankan di MSD dan dibantu oleh pelajar2 persatuan pelajar Amman yang sememangnya sudah arif dalam bab kenduri-kendara. Semua kami serahkan kepada pengarah majlis Ustaz Sagol ( menantu YB Shaari Sungib ) dan semua ustaz yang terlibat memang rajin belaka. Jutaan terimakasih sekali lagi pada kalian semua.

mimi happy sangat dua hari ni sebab kakak2 kesayangannya dah ada di rumah dan dandan dia macam anak patung...
Dalam kesibukan kami mengemas dan membuat persiapan kahwin, si kecil mimi duduk mengadap majalah "Pengantin" yang saya beli saja nak buat jamu mata melihat pelbagai barangan cantik dalam majalah tersebut. Mimi siap memilih set perkahwinan untuk dirinya kelak, dari baju pengantin hinggalah ke set bilik pengantin , hantar, kad jemputan, canopy jamuan , pendek kata lengkap persiapan perkahwinannya nanti. Mula2 dia nak koyak gambar2 pilihannya dan buat scrapbook tapi saya bagitau dia agar simpan aje majalah tu dalam laci dan nanti masa nak kahwin ambil dan buka balik majalah tu untuk rujukan . Semalam dia keluarkan balik majalah tu dan tunjukkan pada sofie pilihan set pengantinnya. Saya kata kahwin bila dah habis U , dia nampak tak puas hati, saya kata balik, kahwin umur 20 masa dalam U , dia macam setuju... kelakar.. ingat maya dulu masa kecik2 kata dia nak kawin umur 18 sebab 20 dah tua katanya ... lepas tu kami semua usik dia yang saat kawinnya dah dekat dan sekarang dah lebih tempoh pun ( this september maya 19 ) . Mimi simpan semula majalah Pengantin tu dan saya rasa dia akan buka lagi berkali-kali sebelum akhirnya menangguhkan perkahwinannya kepada suatu tarikh yang belum dapat dipastikan lagi dan isi majalah itu akan jadi out of date buat mimi untuk digunapakai dalam perkahwinannya.
Setakat ini laporan dari Kemaman di pagi Jumaat dan nantikan laporan sensasi sekembalinya kami nanti dari Kg. Selemak, Rembau esok hari.... salam ceria buat semua....
Saya , wanmommy melaporkan dari teratak di pinggir longkang ( semua rumah di Malaysia ada longkang kan ...heheh ) untuk silversarina.blogspot.com .
macam dah tak berapa betul wanmommy ni...apa-apa ajelah...
16 comments:
Hi Sarina, just dropped by to say hello and wishing having a wonderful time. You keep well and have a nice day, Lee.
Ki ki ki.. wah kecik2 lagi mimi dah plan tu kak rina.. sib baik tak cari pakwe lagi ...
akak nak pergi rembau ke. jemput lah dtg umah saya kat senawang...
best kan ada kakak di rumah ni mimi mesti bertambah manja :)
semoga semua acara akan berjalan seperti di rancang...saya cuba bau nasi minyak aje dr sini.
wah wah mimi.. tak sabar2 nak kawin.. esok dah besar takut mommy dok tertanya2 bila mimi nak kawin, bila mimi nak kawin? hehee...
budak2 suka berangan2 kan.. macam anak2 neeza selalu cakap, tak nak la kawin.. sebab tak nak beranak.. nanti kena belah perut macam ummi! (neeza kan beranak caeser kesemuanya..)
anak2 maklang kalau malas belajar semuanya di suruh kawin...jawapan mereka..tak mau kahwinlah...berlainan dengan anak Rina pulak...he..he..
semuga semuanya berjalan lancar...
maklang tengah garu kepala pikir nak kasi hadiah apa yang nanti boleh dibawa pulang ke Jordan!
Salam Sarina, mak teh ucapkan selamat menyambut menantu. Mak teh dapat rasakan kegembiraan anda dan tahu rentak debaran jantung anda!
Mak teh juga gembira menyambut Yanna pulang besok setela Lia sudahpun kembali ke Jordan. Mak teh belumpun mula membuat persiapan untuk menyambut menantu.
Di doakan semuanya akan berjalan dengan lancar. Ameen!
salam kak...
harap sume berjalan lancar... berdebar-debar tak nak sambut menantu ni..
tahniah akak.
Nasib baik la Mimi, kalau Sofie ke yang dok belek majalah Pengantin dan tentukan tema perkahwinan dia... suspen tak KakRina? he he he..Semuga perjalanan dan seluruh acara selamat sejahtera..
makin dekat majlis makin ceria silversarina kita ni hehe
Your girl looks cute.
Wish I have one to doll up. :)
Anyway wish all goes well with your preparation.
ni tak betul sebab terlalu gembira la ni... sindrom orang dapat menantu. apekah mungkin juga sindrom bahagia berganda?
hahaha...saper tu pakwe mimi
semoga semuanya berjalan lancar sebagaimana yg telah dirancang saya doakan untuk kak ina sekeluarga.
kalau sesat di KL jangan lupa singgah rumah saya di BK5 ye...hari ni saya n anak2 bosan sket la kak... hubby p langkawi 2 hari..
salam kak,
masih berdebar menunggu hari, Mimi pula juga dah boleh menunggu hari ...dah ada calun ke? heheh...
semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati Ilahi.
saya yg membaca tersenyum jer..
dpt rasakan mcmner happynyer mak cik di sana..
semoga semua berjlan lancar..Ameen..
Post a Comment