Telah sekian lama saya tidak keluar bersantai bersama sahabat handai , sesuatu yang memang kadangkala membuatkan saya amat teringin untuk bertemu dan hanya kami sahaja yang bersama menghabiskan masa tanpa kehadiran insan lain termasuk ahli keluarga.
Dua hari lalu saya sangat gembira bila mendapat panggilan talipon dari sahabat saya N yang baru bermadu ( kisah kasih melimpah ) yang kebetulan mengikut suaminya yang mengadakan seminar di Awana Kijal . Saya pun apalagi membuat temujanji dengan N petang Isnin tu dengan dia menjemput saya di rumah dan kami terus ke Geliga menikmati satar dan otak-otak dan kemudian kami bersantai lepak atas pasir yang memutih di pesisir pantai Teluk Mak Nik . Bahagia rasa bila dapat melabuhkan punggung di atas pasir halus , di bawah panas mentari petang diiringi angin laut yang nyaman. Kami berbual selama lebih 3 jam , hanya kami berdua .
Pelbagai perkara yang kami bincang dari kisah lama hingga kisah terkini dan kami lebih kepada kehidupan N setelah hidup bermadu.
Woowwww, bukan mudah mendapat payung emas , kalau saya sendiri takkan termampu menjadi setabah N. Walaupun begitu N bagitau dia sendiri juga pernah 'mengamuk' dengan karenah madunya yang kadangkala kurang memahami isteri pertama yang telah berkahwin lebih dari 22 tahun.
Saya yang mendengar yang punya sifat kurang sabar pulak rasa macam nak 'menampar' je madu seperti itu .
Seronok dapat berkongsi perasaan sebagai isteri dan yang bestnya kami ni memang terbuka dalam bercakap mengenai rumahtangga yang amat jarang saya lakukan dengan sesiapa. Mungkin sebab saya telah mengenali N lebih dari 24 tahun dan rasa macam adik-beradik dan sahabat yang paling akrab.
Tidak mudah untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga kerana memang dalam menempuh kehidupan akan tiba masa yang kita akan rasa seperti mahu ada perubahan dalam perkongsian hidup. Menurut N ada antara sahabat-sahabat saya yang berkahwin semasa belajar dulu yang kini mengalami masalah rumahtangga hingga ada yang telah berpisah. sedih pula kenangkan kisah ini.
Baiklah setakat ini sahaja. Komen kelmarin akan saya balas malam nanti . Saya mahu bersiap untuk pergi bertemu anak muda yang kerja acuh tak acuh petang ini untuk mendapatkan penjelasan darinya.....
Salam manis dari saya....
Wednesday, July 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Saya salute kat N:)
Ewah2 makmertua rupa bersantai di pantai ye?ingat gi honeymoonnnnnnn
hahaha
Semuga N terus tabah...
kak ina..
saya doakan semoga N terus tabah melalui onak duri hidup bermadu..
saya yakin N terpilih kerana Allah tahu dia mampu menghadapinya...
saya jugak ade perasaan nk tampar madu N tu hehehh
adoi kak rina, i don't think i am eligible untuk payung plastic pun...kesabaran tahap nipis kulit bawang ni :) Hope your friend is and always strong, insyaAllah
semuga N terus tabah...
dan semuga kebahagiaan rumahtangga kita semua terpelihara, InsyaAllah..
kak elle,cikmilah, mama,mama rock dan maklang,
N bagitau tekanan darahnya masih sentiasa tinggi / border line akibat terlalu memikirkan tentang nasibnya bermadu . Saya hanya nasihatkannya agar banyak bersabar dan tentunya segalanya mengambil masa yang panjang untuk penyesuaian diri dalam kehidupan yang jauh berbeza dari dulu.
bukan senang nak terima orang baru dalam hubungan kita. Maklumlah, selama hari ni teman tidur tu tiap2 malam bersama kita.. tetiba, terpaksa berpisah bukan sebab kerja tapi sebab dia kena tidur dengan orang lain pulak. Memang sesuailah dapat payung emas. Untuk neeza, rasanya tak mampu buat cam tu... nampak sangat lemahnya iman neeza kan Kak Rina..
neeza,
hebat kisah N ni, namun tak mudah yang disangka. memang bukan hidup akak setakat ini .
Post a Comment