Hujan sejak semalam. Malam tadi saya terjaga jam 2 pagi dan masa tu hujan lebat sedang mencurah-curah , saya selak langsir bilik dan lega bila lihat longkang kecil di tepi rumah masih belum bertakung air, bukan apa area rumah saya ni pernah banjir , tu yang suspen jugak bila musim tengkujuh, takut bangun pagi rumah dah 'terapung' atas air .
Jualan keronsang dan gelang korea masih berterusan, sesiapa yang masih berminat silalah emel saya.......silversarina@yahoo.com. Terimakasih kepada rakan-rakan bloggers yang sudi membeli dan memberi perangsang buat Maya untuk teruskan perniagaan kecil ini.
Pagi tadi saya dan Mimi ke perpustakaan daerah , kesian Mimi dah kehabisan idea taktau nak buat apa cuti sekolah, habis buku dah dibaca dan pelbagai kertas telah digunting siap gambar baby Umair pun dilukisnya , pelbagai ais krim play doh dah dibuatnya, dah berapa kali nangis sebab kalah dan sengih bila menang main dominoes dan tumbling tower bila main dengan zaid . habis dah idea saya , kami ke library jam 9.45 pagi. Area kanak-kanak sedang dibaiki pulak dan buku-buku kanak-kanak dilonggok setempat di kawasan wanita , teruk pulak nak memilih buku, sudahnya mimi ambik 3 buah buku cerita Noddy , saya baca majalah dan suratkhabar. Masa nak ambik buku lain terjatuh pulak longgokan buku dan menjerit pulak mimi panggil saya sebab nak kena kutip buku-buku tu balik. Ambik lagi buku lain , kisah elephant , kisah Noddy lagi dan kanak-kanak makin ramai. Ada beberapa remaja perempuan datang dan masa tu penyelia library datang minta remaja terbabit beralih tempat dan duduk di kawasan lelaki ( library kemaman diasingkan meja lelaki dan wanita ) sebab kanak-kanak penuh di kawasan wanita . Masa diarahkan ,siap petugas tu kata yang golongan lelaki jarang datang le library, jadi bolehlah dipenuhkan kawasan lelaki.
Ke mana agaknya kanak-kanak dan remaja serta orang dewasa lelaki musim cuti sekolah ni ????
Mujur Izzat ada kelas tambahan dari pagi ke petang hingga Sabtu ini, lepas tu...apa agaknya aktiviti untuk dia.....pening jugak nak fikirkan,,,khemah lepas raya haji baru ada untuk dia ... cepatlah darling balik sebab cepat boleh JJCM .
Mesti ramai ibubapa yang pening fikirkan aktiviti anak-anak cuti hujung tahun ni .....
Jika kelapangan silalah layari website anakanda Zaid ini .... promote website terkini travel agency dia...... www.hztours.com .
Thursday, November 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Mimi dah kehabisan activities cuti sekolah?main lah ngan anak buah Umair tu...hehe
kak elle,
Semalam dia siap lukis gambar Umair dan si kecil tu pegang gambar dia dan babanya snap gambar... memang kelakar lah dia mencari benda nak dibuat.
Have gone visiting the website ...impressive!! Suka tgk gambar2, dan paling suka nampak kapalterbang HZ tu!!
semoga berjaya...
Pp,
Thanks. I pun doakan agar bisnes dia berjaya, InsyaAllah.
Aha tertanya lak kemana kah kaum remaja lelaki.. mungkin ke cyber2 cafe..
sya,
I pun terfikirkan perkara sama atau terperap kat rumah sebab musim tengkujuh .
Saya tetap hantar Ammer ke transit class walaupun musim cuti- pagi2pagi pakai baju sukan sbb ada aktiviti kat padang bandaran. Ada trip ke library, main bowling, lawatan, rakan mesjid dll . Kalau tak pening jugak saya...
Cik Milah,
Memang kena siapkan aktiviti tambahan pulak you bekerja, I yang duk rumah ni pun kena escort je ke mana mimi nak pergi ,apa yang penting masa cuti terisi dengan benda bermanfaat.
kak rina, ni pun tengah fikir apa nak buat cuti ni. nak berjalan macam timetable ngan hubby clash pulak. nasib baik bebudak ni dah besar gak, so masing-masing ada program dengan kawan-kawan sendiri.
saya pun tak tahu nak buat aktiviti apa dengan anak² buah saya yang datang ke rumah ni. yang sorang tu student MRSM ada la jugak dapat assignment semua subjek. semalam start guide dia belajar sejarah.
yang dua lagi tu saya biarkan je. seminggu ni ada la jugak aktiviti kerahan tenaga sebab adik saya nak pindah masuk ke rumah saya ni. lepas ni entah la...
segala macam benda main - monopoli, online games, etc. nak outdoor kena tunggu hujung minggu la nampaknya...
tgk tv...je la kejenya si umar kat rumah ni....
Betul tuh kak rina saya setuju. Saya pun pening nak arrange kan schedule anak2 saya. Saya masukkan Alya n Ammar kelas mewarna dan melukis kali ini. Tp saya kena tunggu juga. Saya pun enjoy juga tgk cikgu tuh ajar. Ramai kanak2 kecil..3-6 tahun.. tetapi kebanyakan nya cina la.
Rina,
Pak Man bawa saja budak-budak ke kebun.Petang-petang ajak yang besar tu bagi kambing makan.
Ini cerita orang kampung lah.....
Orang bandar lain pula cerita nya.
Boring ke cara hidup Pak Man ni?
salam auntie...
lama tak jenguk sini.. apa kabar? wah, sakan auntie berniaga yer.. bestnya di sana dah cuti.. sini exam tak putus2.. huhu
saya hantar zharif ngaji kat masjid. pastu kena teman kan emak dia yg chicken ni kat rumah. ada masa pi library kerteh. mai la datang sini. marsha tak cuti, tu yg movement tight lagi..
Saya pernah sentuh isu KEMANA PERGINYA LELAKI MELAYU ?. Dalam entri tentang Perpustakaan.
meh lah datang sini...
bagusnya mimi.. tak sia siakan langsung cuti sekolah.. rajin membaca luas pengetahuan.. banyak vocab untuk mimi...
lelaki remaja di kemaman pergi jual ubat kat stesen bas.. sebab tu tak pergi library kot.. hehee..
masa fizah kecik lagi dulu zino selalu hantar dia dengan alang ke perpustakaan negara..hantar pagi petang baru ambik.. bagi dia org duit belanja sekali.. gerai makan sebelah je..
mama rock,
Kalau anak besar senang sikit, just tau ke mana dia pergi , beres.
suealeen,
Dulu rumah akak memang jadi port anak2 sedara berkumpul bila hjg tahun sebab akak buat tuition class untuk diaorang dan outing sokmo ke pantai dan padang permainan .sekarang malas dah dan diaorang pun dah besar2 .
drNO,
Mimi tu pun dah habis cerita tv ditontonnya, sampai boleh hafal lagu setiap siri cartoon.
ajzie,
Bagus jugak tu, memang kanak2 suka, mimi ni payah sikit kalau ke kelas camtu, kelas ngaji pun dia tak nak pergi, semua nak mama dia ajar kecuali tadika.,,,,sure happy budak berdua tu :)
manlaksam,
Hidup di kampung lagi penuh aktiviti... kalau anak saya Mimi tu nampak kambing pun dah menjerit , nanti nak kena bawak jumpa Jelita dan Rupawan :)
Ainul Arina,
Selamat ber exam..good luck !!
nanti cuti boleh merayau..turki pulak , mesir pulak ke... bestnya !!
mulan,
Oo Marsya tak cuti lagi, kena dekat krismas lah baru cuti..... seram lagi tinggal sorang ...besau sangat rumah tu, kita tuko rumah lah...teringin nak rumah besau.. hehehe.
abang long,
Ad apernah baca , memang tak de pun budak lelaki kat library masa akak pergi, mungkin diaorang datang sebelah petang kot...entahlah :(
maklang,
malu kerap sangat ke sana...selamat bercuti-cuti malaysia.
neeza,
mimi bab buku dan kertas memang no1 , sampai payah nak bagi aktiviti untuk dia, dia belajar cakap BI dari cartoon, sekarang tengah rajin cakap BI lah ni, praktis masa cuti.
lelaki kemaman duk leka main motor, merayap ramai-ramai ke hulu ke hilir,nampak polis habis masuk celah rumah orang , emmang semakin banyak motor msuim cuti ni esp sebelah petang.
zino,
dulu masa anak-anak yang lain kecik saya pun buat camtu, tinggalkan diaorang kat library dan ambik semula tengah hari , tak sampai hati nak tinggalkan mimi sorang , sure nangis dia :)
Post a Comment