Monday, November 3, 2008

Best dapat bertemu ...

Salam ceria buat semua di pagi Isnin ini.

Saya selamat tiba di rumah jam 3.40 pagi tadi dari Ipoh. Perjalanan dengan bas ekspress amat selesa . Saya memang minta kerusi seorang kerana tak perlu nak duduk rapat2 drngan penumpang lain dan dengan vip coach memang perjalanan amat selesa, luas dan ada privacy.

Semalam pertama kali saya dapat bertemu kembali dengan ramai sanak saudara dan paling ramai sepupu saya dari sebelah mak dan abah ramai yang hadir di majlis kenduri itu. Ada yang kali terakhir bertemu adalah 25 tahun lalu iaitu sebelum saya melanjutkan pelajaran ke US selepas SPM dulu . Ada yang kali akhr bertemu adalah semasa hari pemergian ayahanda saya tahun 1996. Selainnya saya tidak bertemu sekurang-kurangnya 4 tahun . Memasing ada yang saya sudah tak kenal wajahnya dan seperti saya ada sepupu yang sudah bercucu .Sedih juga bila tau ada sepupu yang kini tidak lagi sihat , masih sanggup hadir semalam dan terpaksa dipimpin masuk ke rumah . Alhamdulillah walaupun lama tidak bertemu mereka masih lagi ingat pada saya dan perkara pertama yang mereka tegur ialah saiz body saya yang menurut mereka 2 kali ganda dari 25 tahun lalu .Ada yang kata ada wajah anak mereka seiras wajah saya .....Saya amat seronok dapat bertemu mereka semua .


Pada abang saya yang juga satu-satunya abang yang saya ada dan semasa kecil kami sering sedondon bula berpakaian ( abang 2 tahun tua dari saya ) sebab saya dulu tomboy , kalau abang seluar ada jalur hitam saya pakai seluar jalur hijau , kalau abang ada talipinggang besi yang besar , saya juga ada ...saya doakan agar abang mendapat haji mabrur dan doakan juga kami akan mengikut jejak langkah abang ke sana, InsyaAllah.

Terimakasih juga kerana melalui kenduri semalam saya dapat bertemu kembali dengan sanak-saudara yang telah lama tidak bertemu.

Sempat Makcik Limah saya ( adik bongsu mak saya ) bercerita yang dia sebak menonton Majalah 3 malam Sabtu lalu ( saya dalam bas masa tu ) di mana kartunis Lat membawa penonton melawat kampung kami ( tempat saya dilahirkan , Kota Bharu < Perak ) dan Makcik saya pernah belajar sekelas dengan Lat dari darjah 1- 6 sebelum Lat ke SM Anderson , Ipoh. Rugi pulak saya tak dapat menonton rancangan tersebut kerana saya juga telah puluhan tahun tidak melawat kampung yang kini kian membangun setelah tiada lagi penghuninya.

Perjalanan sehari membawa begitu banyak makna buat diri saya, Alhamdulillah.

16 comments:

maklang said...

memang seronok kalau dapat bertemu sanak saudara kan...

silversarina said...

maklang,

jarang sesangat saya dapat bertemu mereka semua kerana selalu balik kampung tak sempat nak ziarah semua sebab tak pernah balik lama, .

Kak Elle said...

dah selamat pulang pun ye? mmg seronok sekali2 dapat bertemu kaum kerabat kan?

silversarina said...

kak elle,


sekejap tapi padat sessi bertemu 'peminat' ..hehehe.

cikMilah said...

Kenduri is the best place to meet saudara-mara kan...
Ya, saya ada tengok Majalah 3, waktu jaga MIL kat hospital..dan dapat ilham ternak lembu macam Datuk Lat... ha ha ha..
Take care dan salam ceria Rina

silversarina said...

cikmilah,

tak sangka dapat bertemu ramai sepupu, kecik2 dulu ada yang memang rapat dengan mereka.

abang saya kata depan rumah opah saya di Kota Bharu kini dah ada jalanraya yang lebar dan tempat ternak lembu tu kawasan sunyi di hujung kampung dekat dengan kawasan kubur lama .... cikmilah minat memang sangat okay projek ternakan , bolahlah kami beli daging murah dari cikmilah ...hehe.

semoga MIL cikmilah segera sembuh.

Anonymous said...

seronok jumpa saudara mara ni....masa tu mcm2 cerita lah diaorang 'flashback' balik...

zino said...

seronok dapat berjumpa sedara mara..

memula nampak kota bahru tu terkejut juga.. ingatkan kota baru kat kelanta je rupanya kat gopeng pun ada hehe..

lepas ni dah tak ada alasan nak kesana alang pun dah masuk U..

ummu al hanafi said...

seronoknya dpt jumpa sedara mare
terus tingat nk balik lg plak msia...
sian la plak poket cik abang saya nnt, hehehehe...
kak rina apa khabar?

Neeza Shahril said...

seronoknya bila dapat mengimbau kenangan lama especially masa muda-muda dulu...

neeza tak kenal ramai sedara2 jauh.. yang neeza kenal.. sepupu2 je... kalau jumpa dua pupu tengah jalan buat dek aje agaknya...

CikguZue said...

betul. time kenduri kendarala dpt jumpa sedara mara semua...merapatkan lagi hubungan yang ada,kan. bestla...alahai rindu pulak kat kg...huhu...

Unknown said...

:-) teringin nak naik bus VIP ekpress ....kerusi boleh baring gitu ka?

PP

silversarina said...

nurul,

Memang best dan banyak cerita lucu yang kami flashback :)




zino,

KB dalam kenangan, kota yang ditinggalkan, ada makam raja-raja lama juga kat kampung tu, kira dulu memang kota yang maju. Saya tunggu peluang blik Ipoh lagi nak pergi KB tempat kelahiran saya.

silversarina said...

ummu al hanafi ,

sekali sekala balik dan dapat bertemu memang pasti bising semuanay nak bercerita.... poket tembus okay sebab boleh dijahit semula :)

Akak ok je, macam biasa .



neeza,

Akak pun sama setakat mak2 sedara dan sepupu je yang masih kenal sebab dulu memang malas nak ikut mak jumpa sedara mara, kakak yang sulung je rajin ikut mak dan sampai sekarang dialah yang ramai kenal sedara mara.... tapi kenagan masa muda dulu memang best terutama bila sekali sekala balik kampung dapat main bersama..really miss all those good old time.

silversarina said...

cikguzue,

usah sedih , akan tiba masa balik malaysia nanti dapatlah cikgu jumpa dengn sedara mara , masa tu memang tak henti nak bersembang.

silversarina said...

pp,

Alhamdulillah you're back !!

Bas VIP ni memang selesa, memang siap boleh baring tapi tak cukup space jugak nak baring flat dan setengah bas siap ada personal entertainment monitor, yang ke Ipoh tak de, ke singapore memang ada...selesa dan cepat sampai sebab tak singgah di mana-mana sebab malam.