Thursday, November 27, 2008

Kau Tetap Di Hati

Hujan hari ini buatkan saya malas nak keluar ke mana-mana. Memerap di rumah sambil membaca novel Kau Tetap Di Hati , novel terkini Liza Zahira .



Novel ini membuatkan saya tak nak berhenti membaca kerana kisah yang diceritakan begitu membuat saya teruja untuk membaca sehingga selesai . Ianya kisah percintaan yang penuh ranjau duri dan berlaku di negara asing dan juga di tanahair . Percintaan berlainan bangsa dan budaya berjaya digarap dengan begitu baik .

Dapatkanlah novel ini dan anda boleh memenangi pelbagai hadiah menarik dari kuiz yang dijalankan. Maklumat lanjut boleh didapati dari blog ini dan ini.

Selamat membaca buat semua...........

6 comments:

Kak Elle said...

wah wanmommy dapat commission eh?...hehe....ok ok hari tu nurazzah8 pun ada buat tentang n3 ni skg wanmommy plak...

nanti saya beli maklum lah saya kan hantu membaca buku selain mengait.

Tepi Sungai Batu said...

Satu amalan yang baik. Membaca jambatan ilmu. Tak kira buku apa sekalipun, mesti ada ilmu baru yang akan ditemui.

ummu asiah said...

kak rina..

lepas baca entry kak azah memang teruja sgt nak beli. so last nite kebetulan termasuk ke ampang point n termasuk pula ke kedai popular and tercari dan terjumpa buku tu..terus beli..eventho dlm hati rasa guilty sbb ada 2,3 novel dibeli blm dibaca..balik terus baca..berhneti sbb ngantuk sgt..at last dpt habis last nite..kira in few hrs saja dpt habis..hmm..not bad..tak la teruk sgt kisah percintaannya tu..now kat sblh ni ada satu lg novel baru beli last week..Matahari di Atas Gill karya sasterawan Negara Datuk A Samad Said tapi nak kena habiskan dulu buku Kenapa Saya Bekerja..pandai kak azah kita buat promo..everytime dia promo buku mesti saya teringin nak beli..

Anonymous said...

bila le minat membaca novel aku ni nk mula.. huhu

silversarina said...

kak elle,

Tolong promo buku , sambil baca buku free sambil tolong kawan..hehehe.




manlaksam,

Saya ni jarang juga baca novel, saya suka baca buku non-fiction, sekali sekala baca fiction book ni ok lah jugak , yang penting ada buku untuk dibaca.

silversarina said...

ummu asiah,

Akak pun habis baca dalam sehari jugak, rasa macam dah tau kisahnya tapi nak jugak habiskan baca . Sebenarnya lepas baca buku Prof Muhd Kamil , Travelog Dakwah akak berazam nak baca terjemahan Quran, nampaknya lepas ni kena start lah sikit-sikit.Novel kena letak tepi dulu.




cikgu jawe,

Lelaki memang jarang nak baca novel sebab banyak kisah cintan . Anak akak Izzat pun ada kata " isshhhh tak best baca novel " , kalau bagi buku kisah sukan ' travel ke memang tak kuar rumah dia baca.