Saturday, November 29, 2008

Betik....

Pagi tadi kami semua ke Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman (PPTIK) meraikan majlis Hari Keluarga warga PPTIK . Kami pernah berjiran dengan PPTIK selama 6 tahun dan selama itulah saya mengajar part time di sana dan di sekolah itu anak-anak saya belajar ketika di sekolah rendah .

Seronok bertemu ramai sahabat- sahabat yang tinggal di sana. Telah agak lama kami tidak bertemu seramai begitu. Pusat pengajian yang dulunya ramai yang sebaya anak-anak saya kini didiami oleh ramai anak-anak yang telah berkahwin dan ramai juga bayi-bayi kecil yang juga 'cucu-cucu' saya dan makcik-makcik yang lain.

Pelbagai juadah dihidangkan dan saya yang biasa dengan warga PPTIK telah tidak segan silu makan macam-macam makanan dari sate, nasi impit,kuah kacang , lemang dan rendang, nasi minyak dan ayam dan acar, tapai pulut, agar-agar, buah rambutan ...saya cuma tak makan laksa . Jarang saya makan begitu banyak sekali hadap .







Ada pelbagai hadiah buat warga PPTIK termasuk cabutan bertuah . Saya cuma masuk peraduan cuba teka biji betik...susah , sebab betik diletakkan sebiji yang belum dikupas, kena teka biji betik dalam buah betik . Saya teka 166 biji tapi syaratnya pemenang kena hadir masa keputusan diumumkan , jam 2 petang. Saya ada hal lain dan kami pulang jam 12.30 tengahari. Nak tau saya siap tulis nota atas kertas teka biji betik .... " hadiah diwakilkan kepada kak mah pak mezah ye ".... perasan macam teka betul......



Nak tau berapa jumlah biji betik tu ????



495 biji....... peneka tepat tiada tetapi yang paling hampir...491 ,seorang ustazah yang berjaya meneka paling hampir tepat dan Teacher Ina yang teka 166 tersasar jauh..... tak de bakat teka biji betik... cuba lagi di lain masa ............

Banyak nya biji betik tu...... saya geli dengan biji betik, memang nak muntah bila tengok biji betik ....

13 comments:

Kak Elle said...

hehehe tak avi bolih buat pesanan pulak...mmg banyak biji betik tu kan?kalau saya yg teka mungkin saya tulis 500biji:)

geli ngan biji buah nya makan tak?kalau dapat hawaiian papaya ni manis dan lemak rasa nya...yg tempatan pun manis jugakkk

pssttttt dah buat cheese cake tu belom?

silversarina said...

kak elle,

Makan betik tak geli, masa pregnant mimi itulah saja makanan ruji saya, sampai mimi suka betik sampai sekarang, selalu beli yang dah siap potong :)


Tak jadi buat cheesecake, esok pulak, cream cheese ada, yogurt tak de dan siang tadi busy ke hulu ke hilir , nak singgah kedai dah tak larat .

Tepi Sungai Batu said...

Tak menang pun tak apa, janji hati senang dan seronok. Makan pun dah ....macam-macam pulak tu.
ok lah tu!

Anonymous said...

ina suka penyet2 biji betik tuh. best bila air dia tersembul keluar...hehehe

Kak Elle said...

rina..

cuba guna sour cream and whip cream instead of yougart untuk cheese cake tu..sedap.

Cat Cat said...

Hehe... Kelakar Kak Rina... Geli tengok biji betik... Masa Cath bebudak dulu, suka main biji betik... Picit2 kat biji tu sampai berair... :D

CikguZue said...

dah lama tak makan betik...alahai kat sini manalah nak cari...ermm...dulu kat M'sia ada tanam kat belakang rumah. tiap1 hari boleh makan.

silversarina said...

manlaksam,

Saja suka-suka, tapi memang tak sangka betik tu banyak bijinya , ada tak yang seedless sekarang ni ?



suweileh family,

EEiiii gelinya, entah apa yang geli pun akak taktau tapi kalau potong betik yang banyak biji memang terloyanya, cepat je akak 'cantas' kawasan bijinya semua.

silversarina said...

kak elle,

Kat sini tak jumpa sour cream, dah lama cari tak de jual, tu yang nak guna yogurt jugak. Hari ni petang baru boleh buat sebab pagi dah ada appointment lain kat Kerteh, tak pun tunggu darling balik baru buat, tak lama dah .. hehehe.

silversarina said...

cat cat,

Eiii akak mau muntah terus dibuatnya, nampak macam binatang yang jijik je bijinya, tu yang tak tahan geli tu :)




cikguzue,

Nak kena cari pokok betik yang tak de biji dan warna oren pekat untuk ditanam kat belakang rumah sebab yang warna lain akak tak suka makan .

Sapa duduk negara 4 musim memang terliur tengok betik, dulu kat US ada jugak dijual di Farmer's Market tapi mahal sikit .

mommy said...

banyaknye makan...heheh
memang x de bakat meneka tul..:P
samela..geli sgt tengok biji betik..kalau time potong betik tu, tahan je la loya..huhu
p/s : mimi mesti jauh lagi geli ek!

Neeza Shahril said...

neeza suka tengok dan main biji betik.. picit2 hehehe.. cumanya memang selalu kalau belah betik, takde masa nak main dengan biji betik sebab sibuk nak settlekan benda lain lagi..

betik kat sini mahal :((

silversarina said...

princess,

Gang lah kita , geli sangat kat biji betik, mimi lagi geli tapi dia makan pulak betik :P




neeza,

Akak kalau nak makan betik beli aja yang dah siap potong sebab memang geli kat biji tu.

Mesti mahal kat sana, diaorang pun tak berapa pandai makan papaya.