Saturday, November 15, 2008

Bercanda di Pantai Chendor

Salam pagi Sabtu buat semua.



Nak cerita kisah semalam , pergi breakfast di Pantai Chendor,sempadan Pahang dengan Terengganu hanya 10 minit dari rumah.



Zaid, Azra, Mimi dan Umair pergi dulu sebab saya kena hantar Izzat ke sekolah sebab ada kelas tambahan (dijalankan dari 8am ke 4pm setiap hari selama seminggu ).Lepas beli sedikit makanan ( nama je breakfast tapi gang Zaid ni bukannya makan sangat pagi-pagi ) , saya terus ke pantai. Matahari tak de sebab semalam hujan dan paginya masih mendung, langit kelabu .



Dah lama tak berkelah pagi- pagi macam semalam,Alhamdulillah tak panas . Umair pun bukan main baik lagi, telentang tatap langit . Mimi tak buka pun layang-layang sebab tak de angin langsung kat pantai semalam . Dia hanya main pasir dan tepi gigi air tapi penuh hati2 sebab geli pasir (memang penggeli betul dia ni , pasir bersih pun dia geli ) .



Jam 9.15pagi sakit perut pulak saya, tandas awam masih berkunci . Saya balik dulu dan nasib baik sempat sampai rumah. Lepas selesai hajat saya , saya kemas rumah dan jemur pakaian dan terus ke pasar pagi sebab minggu lepas dah janji dengan apek penjual " 3 barang 5 ringgit " nak beli barang yang saya beli table mat rotan minggu lepas tak cukup kaler purple dan saya nak kaler yang sama . Pergi 10.30 pagi , cari gerai Apek tu tak datang pulak minggu ni . Masa nak ke kereta termasuklah pulak kat gerai pakaian bundle dan terbeleklah skirt dan gown saiz Mimi yang sangat murah dan masih elok , cap OshKosh dan Sesame Street , 3 helai RM 10 , balik terus basuh dan petang mimi dah pakai skirt warna merah ( ingat bundle ingat Jordan sebab memang di sana bundle terkenal sebab banyak yang original walaupun second hand ).




Cuti ni kami masih di sini sebab darling masih di sana, dekat raya haji nanti baru balik ..lepas tu .... blog akan cuti juga, tak sabar nak cuti tapi hingga 15 December aje sebab Izzat ada perkhemahan pulak....mungkin drop Izat di kemaman dan sambung semula JJCM , biar puas hati tapi darling dah bagitau tak nak terbang cuti ni , so merayap atas tanah jelah kami.

Selamat bercuti .

31 comments:

Kak Elle said...

memang nampak mendong ye?ait umair sunbathing...hahaha

saya suka baju rina tu beli kat Jordan ke?

wow tokdaddy dah nak pulang lagi and JJCM agak2 kalau jln darat sampai tak ke sg?

Anonymous said...

baik betul Umair tu ye...tak meragam ke?

Anonymous said...

bestnya main pasir pantai. kt selangor dh pupus pantai2 yg cantik. huhu

aku suka gambar bdk pompuan main ombak. ada penceritaan dn emosi kt gambar tu. hehe

cikMilah said...

betullah cikgu jawe. Gambar mimi tu ada soul.. cheewah. First time tenguk mulut saya terpacul, puteri mermaid!
Laaaa...sapa punya kerja letak Umair camtu...he he he..baik betul dia.
Saya pun beli bundle Rina, especially jeans dan kasut budak-budak ni. Kalau bundle no. 1 ni masih baru, dan original. Saya samak dulu sebelum cuci dan pakai. Tahan buat pakai harian.

tulipurple said...

uwaaa..jelesssnye,nak gak main di gigi air.amboiii umair jd model siap.
dr dulu sy selalu ushar ghumah sis,jelesss gak seme fefel karer..aduhai,kalu sampai umah sis sy takmo balik kot..hehe.

silversarina said...

kak elle,

Umair sunbathing tak de sunshine , duk tatap langit je si kenit tu .

Jubah tu beli di Jordan , jubah lama dan pertama saya beli di sana, dah 3 tahun tapi sedap dipakai dan kain masih elok , masa tu tengah 'kaya' so beli dari butik,lepas tu kena jimat ..huhuhu.

Merayap ke utara pulak :)





nurul,

Tahan juga dia tak meragam , petang tu dia tido lama, syok dapat outing kot :)

silversarina said...

cikgu jawe,

Kat sini memang pantai masih cantik, yelah laut lepas china selatan mana nak sama selat melaka yang sempit .

agaknya kalau asuk pertandingan gambar bercerita boleh menang tak...akak yang tangkap gambar anak akak tu ....hehehe.




cikmilah,

Mimi tu takut nak pergi tengah sikit, mula2 dia tunggu air kat atas pasir, memang jarang snagat ai anak2 mandi laut selepas kes anak kawan mati lemas kat pantai merina di kemaman rasa seriau nak mandi laut.

Umair suka dan diam pulak bila letak atas pasir macam tu,lagipun ada lapik dan pasir agak basah dan lembut.

silversarina said...

tulipurple,

mailah sini kita exchange barangan purple, ada carpet abstract purple tak ...hehehe.

Anonymous said...

adeh...umair siap ke pantai dah...munsief bilalah agaknyer dapat ke pantai.

maklang said...

kami lama tak berkelah...

semalam dan hari ini maklang berkelah depan mesin jahit aje...telekong tak abis jahit manik..

paklang pulak sibuk 'berkelah' kat kebun getah lagi..hari ini anak2 ikut ke sana...

Anonymous said...

sabor je la chek nengok gambor yg si kecik tu terlentang kat tengah2 tuh....:)

KC

Anonymous said...

gambar baby umair tu very creative laaa!!!

MAMAMIA said...

Bestnya.... untung rumah dekat pantai. Sempat lagi balik rumah buat 'urusan'..

My fav photo, gambar Umair sunbathing tu...

Anak2 kami tengah merengek nak pergi beach... Ntah nak bawa beach mana, tak tahu lagi.

Anonymous said...

best nya rumah dkt ngan pantai kan? hari2 pegi pun boleh. tapi sampai hati betul orang2 dewasa buat si umair terlentang camtu. ingatkan baby dolly tadi.

zino said...

kan main umair baring2 kat tepi pantai tu ya.. hehe.. idea sape lah tu hehe

zarin said...

Tak pernah lg sampai Pantai Chendor...kat mana tu ye?!

Balik umah MIL, pi beli kepok kat Kuala Kemaman je..

ikut hubby pi outstation, stay kat Cherating or Kijal je...tapi pantai kat T'ganu n Pahan ni memang cantik pasirnya kan...

UnGu VioLet said...

sportingnye Umair duk tgh2 tue..

mommy said...

waaahhh pantai!! besnye
mimi tu memang..abis semua die geli..
besarnye umair..pompom..nak cubit ponggong die rase..hehe

Ajzie said...

alahai comelnya umairrr...

Anonymous said...

seronoknye... umair pun pergi pantai.dah lama tak buat mcm ni.

Neeza Shahril said...

wahhh.. baby Umair kecik kecik dah sunbath kat pantai cendor ye.. bagus bagus.. dapat fresh sun shine pagi pagi...

lama neeza tak berkelah kat pantai cendor tu kak Rina.. sebab dah tua kan.. dulu kecik2 suka mandi kat situ.. dah besar2 ni malu laaa.. lepas tu susah pulak nak bersalin semua.. bersalin pakaian... ;)

arsaili said...

salam..best nya berkelah...tak ajak pun..ehehe

cikdinz said...

wahh..bawak cucu berkelah kat tepi pantai...

Zareda Norman said...

ambui umair siap berposing tepi pantai gitu ek..

kak rina

nak jalan darat tu sampai ke mana ek?

Sya said...

Comelnya baby tu... geram sungguh

Mulan said...

umair..!!! tembam nya.. lama betul tak pi pantai, tapi rumah ni agak2 tepi pantai je ni..

mad redo1 said...

mad redo1 suka makan keropok chendor sebelah shell, pastu suka berhenti dan lepak kat hentian chendor walaupun drive sendiri... tapi pantainya belum pernah dicuba... boleh jugak tu kalau ada kelapangan... hehehe...

silversarina said...

suweileh family,

Bawak munsief sunbath kat Laut Mati...hehehe.




maklang,

maklang boleh berkelah kat laman je dah cukup, semua ada dan cantik serta menenangkan.




kc,

akak pun baring jugak sebab tak de orang, ada zaid tangkap gambar akak baring, kalau masuk majalah mangga sure havoc..hehehe.





jinggastudies,

budak kecik tu taktau pun apa orang dewasa dah buat padanya, saja2 buat kreatif macam tu :)

silversarina said...

mamamia,

Tu yang best kat sini banyak pantai yang masih cantik dan ada privacy tapi nk nak masuk musim tengkujuh, ombak besar dan laut pun tak warna biru dan bahaya .



babazahra' ,

Bila dah duk dekat tak delah teringin n ak pergi selalu, tapi kalau pergi pun jarang mandi setakat rehat2 je . Umair tu suka menatap langit, lama dia baring macam tu.




zino,

Zaid yang tulis nama Umait , wanmommy yang suruh letak cucu kat situ ...hehehe.




zarin,

Pantai Cendor dari Kuantan sebelum Shell kat Cendor tu, ada surau/masjid kat simpang pantai tu, musim ni dah tak okay sangat sebab ombak dah mula besar dan air laut pun dah tak berapa cantik.





ungu violet,

Budak kecik 'dipergunakan' orang dewasa ..hahaha.

silversarina said...

princess,

Memang gebob betul, pipi bulat macam donut , nangis pun dah kurang.





ajzie,

baby semua comel :)



cikgu panji,

akak pun jarang jugak berkelah kat pantai ,selalu pergi tengok air je, tak turun kereta pun.




neeza,

sekaramg kat situ dah ada public toilet dan gerai2 makanan , cuma awal pagi tak buka dan setakat ,mana bersihnya akak taktau sebab tak pernah guna, pantai cendor ni kalau air surut best sebab pantainya panjang dan luas .





arsaili,

nanti datang kemaman kita gi sama ye :)




cikdinz,

gini le kisahnya, anak2 dah tua, bawak cucu pulak :)

silversarina said...

zareda,

Hubby dah buat semua booking dan urusan ikut jalan darat....utara dan tengah kali ni :)




sya,

Memang rasa nak cubit biar sampai nangis, geram dibuatnya, gebob sangat.



umair,

You boleh menapak je ke pantai,bunyi ombak pun boleh dengar, I tak pernah ke pantai belakang tu, cantik tak ???




madredo1,

Tak pernah try lagi keropok kat situ dan tak pernah singgah hentian cendor tu sebab dah dekat nak sampai rumah memang ta henti dan selalu nampak bas ekspress yang singgah tu sure penuh tempat makan. Pantai Cendor dulu banayk pokok rhu tapi dah tumbang terhakis dan kawasan yang redup dah kurang, cubalah singgah tapi musim tengkujuh memang ombak besar dan air kelabu.