Penangan kenduri.....
4 hari berturut-turut saya 'dipaksa' tidur selepas zohor oleh keletihan badan yang tak diketahui tahap keletihannya sebelum ini. Tak dapat membuka mata langsung dan tidur senyenyak-nyenyaknya selama 2 jam setiap kali tidur dan sebelah malamnya saya masuk tidur seawal 9.30 malam dan lena sehingga jam 5.30 pagi.

deretan kenderaaan di tepi rumah kami menjelang tengah hari...
Alhamdulillah saya tidak demam sepenuhnya , hanya sakit belakang, sakit bahu, sakit kaki dan akhirnya sekali sakit seluruh badan dan hari ini baru saya rasa saya kembali diri saya sendiri dan tidak tidur siang dah . Selera makan kembali menjelma dengan saya makan 2 kali ulang nasi , sambal tumis sofie masak dan ikan masin tenggiri jeruk , enaknya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++

antara tetamu terawal... pengantin belum tiba lagi....
Kenduri telah menemukan kami dengan ramai saudara-mara dan sahabat handai yang telah sekian lama tidak bertemu . Gembira sekali hati kerana saat-saat indah pertemuan ini tidak mungkin dapat kami rasai jika tidak kerana kenduri yang dilangsungkan. Dari dulunya kami kenali mereka kurus serta ramping pinggangnya kini telah serupa kami, sihat dan terlebih tayar spare dan ada pula yang dulunya rambut hitam berkilat kini putih dan silver . Pendek kata semuanya telah berubah , yang tidak berubah adalah persaudaraan dan persahabatan yang akrab yang masih dapat dirasai .
sahabat lama di STJ dulu, datang dari KL.
Begitu juga anak-anak muda dan anak murid yang sudi hadir . Ada yang hadir bersama isteri serta anak-anak dan ada yang masih dalam suasana honeymoon sanggup juga bersama kami dan ada yang bakal menjadi pengantin dalam bulan ogos nanti . semuanya mengambil peluang berjumpa dan memeriahkan majlis kenduri kami.
mana satu pengantin baru ??? ... gimin dan yong tak sampai sebulan berkahwin...zaid dan azra dah setahun berkahwin baru kini kenduri sambut menantu.. apapun selamat pengantin baru juga buat anak dan menantu YAB MB Perak.
Kami juga tidak menjangka ramai yang hadir bersama hadiah perkahwinan kerana pasangan pengantin telah setahun berumahtangga. Kami teruja bila majlis membuka hadiah diadakan di sebelah malam bilamana banyak hadiah yang diberi berkisar kepada pelbagai barangan termasuk set barangan bayi yang bakal lahir sekitar Oktober nanti
.

hadiah dari sifu RE, maklang kerteh... nak jugakkkkkk...hehehe.
hadiah air terjun sebab jordan tak de air terjun yang cantik.

antara hadiah barangan baby....
hadiah dari gimin dan yong... sekotak besar barangan baby..cute .

hadiah dari sifu knitting, Queen Elle .... thank you .
Itulah kisah kenduri dan selepas selesai kenduri ..... bila agaknya kami akan berkunjung ke kedai barangan pengantin lagi ?????? setakat ini kami 'bercuti' dari menjadi pelanggan di kedai tersebut.......