Dah lama Mimi sebut nak naik KL Tower dan Sabtu lepas kali ke 2 kami ke sana selepas 10 tahun tidak menjengok puncak menara. Usia menara pun dah mencecah 12 tahun, sekejap saja rasa masa berlalu.
KL Tower masih menarik, petugas di bawah dan atas menara semuanya kaya dengan senyuman dan uniform kerja yang santai dan sangat ceria , ditambah lagi dengan tiket yang diberi diskaun untuk warganegara Malaysia dengan menunjukkan my kad , saya berpendapat pelancongan malaysia semakin mantap dan mesra pelancong tempatan , tidak seperti dulu pelancong asing yang lebih diutamakan. Harga tiket masuk ke tempat lawatan yang berbeza untuk orang tempatan dan asing dah banyak digunapakai di negara luar sehingga semasa di Mesir siap ada harga muslim dan non-muslim . KL Tower juga menjual pelbagai cenderahati yang kini murah harganya tidak seperti 10 tahun lalu , nak beli keychain pun terasa mahal sangat . Sebab tu Sabtu lalu rasa best sangat ke sana , dapat lihat KL dari udara dan dapat beli souvenir juga .
Lepas KL Tower kami ke Zoo Negara nak melawat rakan-rakan lama yang tak dikunjungi , tak ingat dah bila kali tyerakhir kami ke sana . Kini Mimi dah bersedia nak tengok binatang-binatang di sana . Tapi seperti biasa bau busuk yang saya tak tahan , musim hujan lagi teruk baunya dan binatang-binatangnya comot dan kotor kena lumpur dan lecah . Saya juga seperti biasa naik keretapi round satu zoo. tak pernah lagi jalan satu zoo berjalan kaki. Mimi happy jugak sebab lihat dan kenal pelbagai jenis binatang .
Kemudian kami seperti biasa meramaikan lagi manusia di Suria KLCC, punya lah padat rasa macam kat Jepun pulak, bersesak-sesak mundar-mandir shopping di sana. Hujan lebat pulak masa tu , lagi ramai yang berkurung di dalam Suria . Kami tak beli apapun, taktau nak shopping apa dan kalau beli taktau nak letak mana sebab kereta dah gelembong macam belon .
Sebelum balik ke The Nomad Sucasa kami singgah AmpWalk sebelah hotel kami untuk santap makanan arab di Al Musafir Restaurant. Lepas rindu pada falafel, chicken kabsa, syish tawook , lentil soup dan jus yang ada rasa makanan dan minuman arab walaupun tak seoriginal di negara arab. Ingatkan waiter tu melayu, biula cakap melayu dia lambat response dan jawab pelat, bila tanya dari mana dia kata dia dari Myanmar , tak nampak pekerja arab pun cuma pelanggan arab je ada dan lagu arab mengembalikan nostalgia lama.Betapa rindunya hati ini pada suasana di negara arab ketika itu.
Pagi Ahad kami bettolak balik ke Kemaman...
Kalaulah dapat beli apartment di The Gurney , Penang dan The Nomad Sucasa KL alangkah bahagianya...angan-angan bersambung lagi.....







