Petang semalam kami selamat sampai di Kemaman, genap seminggu percutian kali ini ...baru sempat upload gambar-gambar hariraya dan perjalanan ke Penang .
Pagi ke duadi Penang kami menuju Padang Kota dan sempat bergambar di hadapan .bangunan lamayang masih cantik yang terdapat di situ.
Kemudian kami ke aquarium Penang di dalam kawasan pejabat Jabatan Perikanan Negeri dan ramai juga pelancong yang hadir untuk melihat pelbagai ikan yang terdapat di akuarium itu.
Terus kami ke Muzium Perang di puncak bukit Southbay yang merupakan museum terbuka tinggalan tentera british yang dijadikan pusat pelancong. Saya awal2 lagi dah surrender taknak masuk hutan takut terjadi macam di Bandung cuti pertengahan tahun hari tu. Lebih baik saya tunggu di luar sambil menaip entry blog untuk diupload nanti . Mereka bertiga yang masuk ke dalam museum perang .
Lepas tu pusing keliling pulau dan singgah di Butterfly farm dan dapat lihat ribuan butterflies yang amat cantik dan lepas tu terus ke Batu Feringgi untuk lunch. Sebelah petang kami ke Gurney Mall dan dinner di sana .Sempat rasa pasembor tapi kurang ummpphh , nak ke tempat lain dah letih dan sebelah pagi masa di padangkota gerai pasembor masih tutup. Sebelum masuk bilik hotel kami lepak di pesisir pantai depan depan hotel , nyamannya udara malam tu.
Berada di Penang semacam berada di Hong Kong atau Taiwan ( tak pernah pegi ke sana tapi sebab ramai sangatbangsa Cina di sini dan sukar melihat bangsa lain menjadikan ianya seperti se
buah Negara China.) . Shopping centre juga ramai dengan pelanggan bangsa China. Dah lama sayatak ke Penang dan memang terasa sangat perbezaannya , nak mencari warung2 di tepi jalan amat payah , tak seperti lama dulu.
Kami ke Balik Pulau ingin melihat adakah suasana lama masih sama atau sebaliknya. Kampung-kampung Melyu masih ada dan kekal di sana , masih lagi dikelilingi hutan hijau walaupun jauh dari Georgetown. Kali ni tak de jaring durian merentangi atas kami semasa melalui kawasan dusun durian untuk ke Balik Pulau sebab bukan musim durian. Puas hati sebab dapat pusing keliling pulau sebab taktau bila pula kami akan melncong ke Penang lagi.
nyum nyum...pasembor Gurney Mall .
butterfly farm...ribuan rama-rama
entrance war museum
war museum
dalam muzium perang..muzium terbuka tinggalan zaman british
Aquarium Penang
Padang Kota
pemandangan dari bilik hotel di The Gurney
Queensbay Mall
Di bawah ini gambar masa raya
raya di putrajaya .... meriah sebab bertemu ramai sanak sedara...
bersama mak mertua di Parit, Perak.
mimi diapit dua opah, mak saya dan mak sedara saya di Putrajaya
suasana raya di Putrajaya
Gambar-gambar lain di entries yang akan datang... (bertemu bloggers dan merayau di KL)
Kena siap pergi breakfast dan hantar Izzat ke sekolah sebab ada perjumpaan peserta perkhemahan dan malam nanti dia akan bertolak ke Juasseh , NS ikuti perkhemahan nasional Al amin schools around Malaysia ..... jumpa lagi .
kat Gurney dan area yang sewaktu dengannya.. memang gitulah keadaannya., macam-macam bangsa ada. Cantik gambar Mimi kat Padang Kota; saya tak terfikit pun nak ambil gambar bangunan putih yang panjang tu..nanti nak pergi lah.. ha ha ha... Dan .. ni nak declare; saya tak pernah gi Muzeum Perang pun. walaupun berulang-alik ke Balik Pulau ikut jalan situ.
Singkat masa kita jumpa;semuga ada lagi pertemuan seterusnya dan persahabtan kekal selamanya, InsyaAllah
Lepas balik dari Jordan ni baru dapat jalan puas jugak di Malaysia terutama di utara , jumpa kawan alam maya dah jadi tradisi masakini , bila nak jumpa pak man pulak, nak jugak kenal jelita dan rupawan :)
selamat bercuti..memang best rasa nak jalan lagi..heheh ..rugi akak tak makan lontong mama sebab masa tu kenyang sangat tapi menurut mereka yang makan lontong katanya memang sungguh yummy , dan rendang tu dah nak habis dimakan mereka :)
17 comments:
maklang baru browse thru aje...nanti ada masa datang lagi...
tak puas rasa ke Penang last year sebab terkejar2 pulang ke JB..
Berangan kalau tak ke mana bulan 3 ke , nak gak pergi lagi!
rina cepat2 upload gambar ye...tak sabar nak tengok picnic ngan cikmilah...
saya perasan mimi membawa banyak tudung ke?tiap2 gambar tudung bertukar warna matching ngan baju dia.
Waaa bercuti sakan ya....baguslah sekali-sekala jumpa keluarga, kawan-kawan dan makan angin.Semoga semuanya gumbira!!
seronok cuti cuti malaysia kan kak ina...
kami hujung minggu ni baru nk pergi jalan.
kat Gurney dan area yang sewaktu dengannya.. memang gitulah keadaannya., macam-macam bangsa ada. Cantik gambar Mimi kat Padang Kota; saya tak terfikit pun nak ambil gambar bangunan putih yang panjang tu..nanti nak pergi lah.. ha ha ha...
Dan .. ni nak declare; saya tak pernah gi Muzeum Perang pun. walaupun berulang-alik ke Balik Pulau ikut jalan situ.
Singkat masa kita jumpa;semuga ada lagi pertemuan seterusnya dan persahabtan kekal selamanya, InsyaAllah
seronoknya kak Rina berjalan-jalan di Penang.. Raya kali ni macam merantau sebelah barat pulak ya..
amboiii.. mesra gitu dengan darling.. bertambah erat kasih sayang :) Alhamdulillah...
sedapnya nampak pasembor tu.. terliur la pulak ;)
sarina :-)
happy happy jer nampak tu....berdua2an di taman kupu2...hehehe.
the white house di padang kota, nice!
suasana hari raya yang kami rindukan....hehehe...bertemu mesra dengan keluarga.
Pp
maklang,
Penang best jugak, masih damai lagi bahagian balik pulau dan hotel-hotel kat Gurney drive tu memang sungguh nyaman.
Maaf kuih cikmilah tu ada yang terbalik sebab kereta full ,so beg tu main letak aja ..thanks for the coklat :)
kak elle,
sabar, sabar kak, tak lari cikmilah dikejar...sambal udangnya sungguh yummy :P
nanti saya tulis kisah tudung mimi pulak ...ada sesuatu yang menarik masa JJCm baru ni :)
manlaksam,
Lepas balik dari Jordan ni baru dapat jalan puas jugak di Malaysia terutama di utara , jumpa kawan alam maya dah jadi tradisi masakini , bila nak jumpa pak man pulak, nak jugak kenal jelita dan rupawan :)
mama,
selamat bercuti..memang best rasa nak jalan lagi..heheh ..rugi akak tak makan lontong mama sebab masa tu kenyang sangat tapi menurut mereka yang makan lontong katanya memang sungguh yummy , dan rendang tu dah nak habis dimakan mereka :)
cikmilah,
Biasalah orang dekat memang tak kisah bergambar, kami ni dari jauh hanya gambar yang jadi kenangan dan bukti dah berjalan ke sana.
Nanti akak nak letak gambo sambal udang biar mereka yang lain jeles..heheh.
neeza,
Bila lagi nak manja dengan darling ... JJCM ajelah kejenya .
Mai kita pi Penang lagi, kena pasembor padang kota pulak.
Pp,
First time ke taman kupu-kupu... nak jugak berkepit dengan darling takut terkena ulat bulu...hehehe.
Ha ah dekat padang kota , cantik bangunan kat Penang sebab masih banyak yang kekal antiknya.
Raya nanti boleh jumpa sanak sedara , sure gawat punya .
Pasembor..bestnye..dah lame tak makan..
Comel sungguh model kecik tu.. sooo sweet ngan tudung
sofienur,
Makan pasembor kat Damansara lagi sedap, sayang tak dapat rasa pasembor kat padang kota :(
sya,
Dia ajelah model cantik sikit, yang lain model pencen...hahaha.
Post a Comment