Thursday, December 18, 2008

malam indah bersama .....

Pagi yang indah bermula dari malam yang pastinya indah diulit mimpi indah . Apa yang lagi indah sekiranya sebelum beradu diselimuti comforter dari Pengkalan Kubor , dikunjungi sahabat handai yang meriuh dan memanaskan suasana malam yang sedikit dingin. Itulah yang kami lalui malam tadi . Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke rumah .



mula-mula plan makan berhidang sebab hanya satu family kecil yang akan hadir..... tukar kepada buffet bila bertambah tetamu.......( memang tabiat saya akan set meja dengan pinggan kosong nak pastikan supaya cukup ruang dan peralatannya )



Mula-mula hanya sebuah keluarga yang menjadi tetamu , tapi last minit kami dapat tau sahabat yang sorang lagi juga ada meeting di Awana Kijal dan terus darling jemput mereka . Saya tak kisah sebab memang saya masak maklubah banyak sikit sebab nak bagi jiran. Jadi petang semalam plan nak bagi jiran ditangguh ke lain .


maklubah dalam periuk


maklubah dituang ke dalam dulang besar




maklubah dihidangkan atas dulang, cuma kami tak makan dalam dulang , makan atas pinggan masing-masing


Tiga keluarga bertemu , actually kali pertama buat saya bertemu mereka semua tapi buat darling memang kenal mereka yang hadir kerana pernah bersama bekerja di UAE . Jadi rancaklah mereka berbual dan saya pula dapat berkenalan dengan isteri-isteri mereka serta anak-anak. Darling saya sempat juga menambah juadah malam tadi iaitu satay ayam yang dibeli di warung satay berdekatan . Memang itulah menu segera setiap kali ada tetamu yang hadir sebab senang diperolehi dan sedap untuk dihidangkan. Kalau di KL memang kami akan order satay Kajang lah jawabnya.



Bagi yang tak pernah makan nasi maklubah , ianya memang mengenyangkan sebab dah lengkap di dalam nya dengan pelbagai sayuran dan ayam serta daging .Saya belajar masak maklubah tahun 1990an lagi dari seorang pelajar yang ketika itu belajar di Jordan dan waktu memang rajin buat , selalunya bila melawat zaid di sekolahnya di kelantan saya akan bawa rice cooker yang dah siap dengan maklubah untuk dimakan bersama di sana. Lepas tu masa di Jordan memang saya tak pernah masak nasi ni sebab senang diperolehi di restoran .






Begitulah meriahnya rumah kami malam tadi ..... best dapat bertemu kalian , macam raya pulak rasa....



next entry ada cute little gifts from ...oh uniknya singapura ....



20 comments:

maklang said...

memang seronok terima tetamu..kami dah 2 malam berturut terima tetamu lewat malamm...besok malam sekali lagi...

nanti bawak rice cooker datang rumah maklang isi maklubah eh...

Kak Elle said...

nampak sedap nasi tu ... wah meriah ramai anak2 dan mimi ada kawan ... mana darling Umair tak nampak pun..

unik nya Singapura ada di pulau Sentosa....hahaha

silversarina said...

maklang,

nanti bawak rice cooker kosng dan bawak balik yang penuh nas berlauk...hehehe.

boleh kami datang lepas tengah malam , duk kat kolam ikan aje :P

silversarina said...

kak elle,

darling umair masih di kampung Rembau dan merayau ke KL, jumpa moyang dia .

hari tu dah macam nak ke SG tapi cancel , darling kata lain kalilah :(

mama said...

seronok ramai tamu datang kan.
sedap nampak maqlubah tu kak ina... nnt cuba maqlubah saya masak pulak nk? tapi baba lagi pandai masak dari saya..
kak ina dah tengok emel? saya ada emel akak tadi.

aNIe said...

Rina...meriah rumah dengan tetamu...orang kata rumah yang meriah dengan tetamu sentiasa murah rezeki mereka...dan tetamu2 membawa berkat...

Ohhh...tu dia nasi maqlubah...nampak sedap...meh le ajarkan resepi maqlubah tu...

drNO said...

seronok je nmpk suma org, especially bdk2 tu kan.
menarik nasi tu...
jgn lupa kongsi resepi, mm..tp rempah nya xde jual di sini kan?

cikMilah said...

wah..riang ria Mimi melayan kawan baru..
betul kata kakAnie, ajar la kita buat nasi tu,

zino said...

macam sedap je maklubah ni.. bila lah dapat merasa tu agak nya hehe..

Neeza Shahril said...

ooo.. macam tu rupa nasi maqlubah. Sah neeza tak pernah makan dan tak pernah jumpa pulak. Yang biasa kat sini Mandhi, Mathbi, Beryani je kot.. yang lain2 mungkin ada tapi tak pernah order ;)

Tepi Sungai Batu said...

Sedap nampaknya nasi maklubah tu....

Sya said...

Eh ada resepi maklubah tu ke.. nampak sedap aje

Unknown said...

sarina :-)

nasik tu nampak memang sedap, di minta kongsi kan resepi jika boleh. yummyyyyy!!

best bila jumpa geng lama dan kawan2...

kami juga sekarang ni ada tetamu ...dari malaysia....penulis buku...dan blogger umi kalthum nagh tu....bersama suami ada bersama kami untuk 3 malam....

as i am writing this umi bersama LiL pergi shopping kain2 di little india of dubai di Naif street tu...

we will be meeting for lunch soon.

Zareda Norman said...

wah hidangan menyelerakan..

makan ramai ramai memangs eronok lagipun ettamu bawak rezeki kan..

lupa nak tanya kak rina.. bank in hari tu klear dah ke belum?

ummu_naqeebah said...

salam, akak saya ni selama ni baca je blog akak. dah lama saya cari resepi maklubah ni. boleh bagi tak? hari tu makan kat rumah kawan sedap2 beebno

silversarina said...

mama,

You all duk lama di jordan sure pakar masak makanan arab, anak akak zaid pun memang jauh pandai masak dari akak :)

harap happy dapat jawapan emel semalam .




aNie,

Tetamu ni dari KL dan Melaka , tu yang best sebab bukan senang nak jumpa .



drNO,

Sekali-sekala rumah penuh dengan tetamu memang meriah, selalunya rumah akak hanya ramai tamu mjsim raya puasa .

silversarina said...

cikmilah,


memang mimi happy sangat , baru kenal dah main macam kawan lama, sampai terlena adik yang kecil tu main sementara tunggu daddy diaorang habis sembang :)



zino,

ada rezeki dapatlah merasa... datang sini InyaAllah pasti dapat rasa, nak bawak rice cooker ke rumah zino..mungkin dapat rasa ..hehehe.




neeza,

Maqlubah tak berapa berminyak , tu yang buat akak suka makan selain nasi mandi, kedai arab baru ni yang akak pergi tak de nasi mandi, dekat UIA diaorang kata ada jual...makan je akak ni , mana tak kembang ...hehehe.

silversarina said...

manlaksam,

Memang sedap , tetamu yang first time pun kata sedap, tak berapa berminyak .




sya,

Resipi ada tapi rempah tak de kat sini :




Pp,

Wah..ada tetamu dari jauh, sure Abe Id dan kak Lil happy sangat sebab dapat jumpa kawan lama. Masa saya balik Ipoh Ramadan lalu dapat tau rumah umi sebab kebetulan rumah ipar saya dekat rumah Umi di Meru Heights tapi waktu tu ummi tak de situ .

Anyway , have fun.... salam pada kak Umi dan shopping banyak-banyak kain kat Naif Street :)

silversarina said...

zareda,

Pastinya tetamu memang bawak rezeki, kegembiraan itu juga rezeki .

duit dah clear, baru 3 hari lepas akak cek akaun dia , kira dah clear lama dah tu...thanks.





ummu naqeebah,


resipi boleh bagi tapi rempah memang tak dijual di sini, kalau ganti rempah memang tak sama rasa.

maklang said...

nak duduk kat kolam ikan sampai pagi pun tak ada hal...he..he..:)