Wednesday, December 17, 2008

Baru lega.....

Hari ni baru lega sebab selesai bab pakaian dan kemas mengemas selepas pulang bercuti. 2 hari menghantar pakaian untuk dikeringkan di kedai dobi kerana kurang cahaya matahari dua tiga hari ini.


Sejak semalam kami tinggal bertiga kerana Izzat telah pun berada di kem Juasseh sejak pagi semalam . Harap dia happy berada di sana bersama sahabat-sahabat dari seluruh Malaysia.







Malam ini ada sahabat darling nak datang rumah. Kebetulan anak kawan saya pulang bercuti dari Jordan dan bawa pulang rempah Maqlubah ( selain nasi mandi , nasi maqlubah juga terkenal di Jordan, mudah juga dimasak ) . Jadi saya bercadang untuk memasak nasi Maqlubah buat tetamu yang dulu pernah bekerja di Abu Dhabi bersama darling saya . Petang nanti baru nak start masak , bahan-bahan yang perlu digoreng telah saya goreng sebentar tadi . Nanti saya tunjukkan hasilnya dalam entry akan datang , InsyaAllah.







Buat sementara waktu saya nak tunjukkan gambar-gambar pemandangan di dalam feri dan luar feri semasa ke Penang serta makanan dan minuman yang sempat dirasai sepanjang JJCM baru-baru ni di Penang.











gambar 1- 4 makanan di Gurney Mall


hidangan special di Kebun Sireh, Bukit Mertajam di rumah senior Maya, puan rumah memang pakar masak, sedap betul masakannya, ayam goreng berempah cicah ayaq asam..nyum, nyum.


17 comments:

Kak Elle said...

makanan2 tu sungguh terliurdi buat...ntah apa lah yg akan saya makan bila berjauhan for 16 days tu ye...balik2 burger agak nya atau texan bbq.

SoFie NuR said...

Wah..rajinnye cik ina masak nasi maqlubah..huhu..

Hanisumayyah said...

yang no 3 tu macam ais krim durian belanda/buan nona? Tak pernah tengok lagi tu, nampak sedap sangat...

silversarina said...

kak elle,

Time keluar dari kemaman mesti nak makan makanan yang usah nak jumpa di kemaman.

Burger, burger, burger..naik kuda jadi cowgirl...jangan lupa topi koboi tau..hehehe.

silversarina said...

sofie,

dah berzaman tak buat nasi maqlubah , ambik rempah dari echah ...nyum nyum.

silversarina said...

hanisumayyah,

soursop/durian belanda delight, memang sedap , cubalah :)

Anonymous said...

Orang sweileh tgk makanan tu sambil pejam-pejam mata...nanti terliur

Tepi Sungai Batu said...

Emmmm yang manis-manis tu Pak Man suka semua.

Zareda Norman said...

ambui makan makan lagi.. kalau bercuti agenda utama mesti makan makan kan..

nak shopping rasanya kat KL lagi happening

maklang said...

sedap2nya makanan tu...teruja lak nak masak..

nanti ajar masak nasik mulqabah tu...eh...

Neeza Shahril said...

mak oiii.. sedapnya kak Rina...
apa dia yang ada biji selasih tu? neeza terasa sangat lapar ni..

nasi maqlubah tak pernah neeza dengar. Nanti tunjuk ya rupa dia..

aNIe said...

Rina...ayaq asam tu buat akak terliur...

Nanti letak gambar nasi maqlubah tu tau...tak pernah dengar pun...

Cat Cat said...

Kak Rina,
Wah, sedapnya makanan... Ayam goreng cicah air asam... Ngam ngam ngam...

silversarina said...

suweileh family,

orang kemaman tengok makanan di duweileh pun pejam pejam mata... tak de jugak kat sini... kepala unta tu buat apa, gantung ke ...hehehe.

silversarina said...

pakman,

oghe kelate meme suko hok manis... sebab tu muka pun manis dan comel belaka :)




zareda,

kalau pegi jalan perut asyik lapo aje, tak ingat dah kencing manis, janji makan ubat :P




maklang,

nanti rasa dulu, kalau rasa sedap baru I ajar sebab rempah ada lagi tu ;)




neeza,

akak pun tak pasti ada tak di saudi tapi di jordan ni memang fames nasi maqlubah ni sebab tu siap ada dijual rempahnya.

silversarina said...

aNie,

Ayaq asam kak tu memang sedap betul dia siap tunjuk cara buatnya , tak try je lagi ...terliur betul saya .




cat cat,

sabar, sabar, balik nanti boleh hirup ayaq asam tu sampai habis semangkuk :)

Mastura Daud said...

mashaAllah, sedapnyer!!!!
kat dubai ni mana nak cari??
yummy yummy...