Wednesday, December 24, 2008
Kelantan Menawan
Berada di Kelantan tak kira samada di zon Kg Tok Sangkut atau zon tak sangkut memang sentiasa menyeronokkan . Rasa macam nak pindah duduk di sana , saya dah book tempat tinggal yang amat selesa sekiramya saya berpindah ke sana , di atas bangunan yang tertinggi di KB yang di bawahnya siap ada shopping arcade termasuk kedai makan yang pelbagai. Senangnya, tekan lift turun bawah terus jumpa tempat makan dan shopping. Saya bagitau darling tiap minggu boleh pergi kuliah Tok Guru Nik Aziz. Darling saya kata nanti bukan kuliah yang diikuti, Pengkalan Kubor yang diulang setiap minggu . Jadinya bab pindah randah ni hanyalah angan-angan saya , huhuhu.
Kami mula berulang-alik ke Kelantan sejak December 1995 iaitu sejak mula Zaid masuk sekolah Tahfiz Al Imam International Institute . Oleh kerana Zaid masa tu masih di sekolah rendah kami berulang-alik setiap hujung minggu dari kemaman ke KB. Bila dia dah besar sikit kami ulang jengok dia 2 minggu sekali dan bila dia lagi besar kami ke sana 3/4 minggu sekali sehinggalah dia habis belajar . Rasanya kalau nak kata kami kenal orang Kelantan memang kami kenal banyak budaya dan sifat mereka melalui pengamatan dan juga rakan-rakan yang kami dampingi.
Rata-rata saya dapati orang Kelantan rajin berniaga, mereka menjadi kaya hasil sumber dari perniagaan yang juga sunnah Nabi Muhammad saw . Ke mana saja kita pergi di Kelantan ada saja yang mereka jual . Wanita mereka lebih advance , masing-masing suka berniaga dan kalau ke Pasar Khadijah atau ke pusat jualan yang lain , rata-rata penjualnya adalah wanita. Mereka pula berani menzahirkan koleksi barangan kemas yang memangnya banyak yang boleh dilihat di pergelangan tangan dan juga rantai leher yang kelihatan juga di bawah tudung.
Sahabat kami yang tinggal dalam zon Kg Tok Sangkut juga adalah dari keluarga yang berniaga sejak sekian lama. Mereka merupakan pembekal barangan kepada peruncit-peruncit di sekitar zon tersebut, emak dan kakaknya ada restoran yang tak pernah lekang dari pelanggan kerana tempatnya amat strategik. Bapa saudaranya adalah tuan tanah kepada deretan kedai di sekitar zon tersebut.
Hari tu ada saya sebut saya nak ada beli buku bertajuk " Jutawan Senyap " , saya rumuskan di Kelantan memang terdapat ramai jutawan senyap hasil perniagaan masing-masing.
Saya juga amati sejak sekian lama wanita Kelantan kebanyakannya cantik-cantik belaka tetapi tidak kaum lelakinya ( maaf ye , bukan tak lawa tapi kurang lawa ) , tapi itu yang saya rumuskan. Saya kata pada darling datang Kelantan saya rasa saya yang paling hodoh sebab dikelilingi ratu-ratu Kelantan. Memang mereka cantik-cantik , kulit halus dan wajah putih gebu.
Akhirnya saya rumuskan kalau saya nak jadi ratu saya rasa saya kena pergi ke Kenya atau Ethiopia ...gamaknya bolehlah kot saya jadi 1st / 2nd runner up, johan kekal milik orang sanalah ...hehehehe.
Kelantan tetap Menawan sejak sekian lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
kalau mcm ni, aku takut dn suka nk dtg kelantan.
takut sbb org pompuan dia lawa2. suka sbb org lakinya kurang lawa. ada geng. haha!
Wanita Kelantan nampak lawa molek sebab KakRina punya mata yang cantik!
Kaum lelakinya kurang lawa....hahahaha...apa komen Pak Payne.
hehehe....entry jelas, ihlas dan berani dari sarina...!!
saya setuju semua tu...wanita kelantan ada talent semula-jadi as peniaga. cuma tak tahulah pulak ramai sudah jadi jutawan....tetapi yg pasti mereka memang jutawan senyuman dan budi pekerti!
wanita kelantan manis....mungkin sebab rata2 mereka juga bertudung..wanita bertudung memang terserlah keayuan mereka.
lelaki kelantan? hehehe. saya rasa Dato Husam lah lelaki kelantan paling ensem!!!
hahhahah...agreed.
takut la nk dok sana...xpe, xpe, jom dok sana sama2, so that, kita ada kawan yg sama2 'kurang' lawanya....tp sape kata sis x lawa...hahhaha
lelaki klantan kurang hensemnya...hahhahhah...lol...true..may be...
Zar suka ke Kelantan kerana makanannya.. tapi part tak suka bila nak bayar selalu kena charge lebih cekik darah sebab kita org luar.. benda makan takkan nak argue kan.. heheh
Kalau ada geng kat opis transfer Ke Kelantan, awal awal dah kena warning. SKMK.. hahahhahah
wow seronoknya JJCM lg ye kak...
mek kelate kebanyakkannya lawa2 sbb banyak makan budu gamaknya kak. tapi ade juga yang biasa je...
hhehehehe
Kelantan menawan?! Tima kasih..saya orang kelantan heeeee
hubby suka sgt bila balik kelantan coz makanan murah n sedap katanya
zino pun dah dapat sorang menantu orang kelantan.. apa yg rina cakap tu benar hehe
ada juga wanita kelantan yang tak comel dan ada juga lelaki kelantan yang handsome.. cumanya, yang menyerlah ialah wanita comel dan lelaki tak handsome sebab wanita comel tak boleh keluar dari kelantan (asset negeri) dan lelaki comel dah keluar dari kelantan sebab laku kat luar! hahahaha!!! statement yang takleh pakai tu.. :D
jelesnya tengok Kak Rina pergi kelantan.. negeri yang paling neeza rindui :)
salam..tergelak pulak baca conclucion yg dibuat ahahahahaha..adesss
kak rina..kat mana tu kg tok sangkut...kalu tgk masjid tu semua rase cam kat pengkalan kubur jer...sejak balik ni tak sempat nak pi lagi ke pengkalan kubur..asyik hujan...huhuhuu
no komen ore puan kelate comel....rasenya semua negeri pakat comel belaka....
CJ,
Hahahahaha ...terbaliklah pulak, sepatutnya sukalah tengok ramai pompuan lawa .
cikMilah,
Wanita Kelantan tak jemu dipandang :)
manlaksam,
oopppssss...sorry ye pakman , pakman masa muda termasuk dalam gang yang hensem ...hehehe.
Pp,
Sekali lagi sorry, secara kasar yang dapat saya rumuskan.Pp tak termasuk dalam gang yang tak lawa tu, kira Pp dalam minoriti yang kacak di Kelate.
Setuju yang Dato Husam antara yang hensem di Kelate :)
drNO,
Akak ingat akak sorang je kurang lawa rupanya you pun 'kurang' jugak ...hehehe.
zareda,
setakat ni tak pulak terkena bayar makanan harga mahal , macam kata zar bab makan memang kami ni jenis tak kisah harga janji sedap .
mama,
mek kelate suka makan beras siam yang buat kulit halus dan memang keturunan cantik, tapi tu yang heran, kalau keturunan kenapa lelakinya ramai yang tak lawa ???
zarin,
Ikhlas pandangan dari akak orang Kelantan memang ramai yang menawan dan negerinya juga menawan .
zino,
Ha ah ye, menantu zino mek kelate ... lagi mudah nak kenal budaya orang kelate .
neeza,
Kira statement neeza agak benar... hehehe .
Akak sampai nak pindah Kelantan tapi no green light given ...huhu.
arsaili,
Betul apa, kalau tanding kat Kelantan memang KO lah, kena cari tapak yang at least boleh masuk 5 top finalists..hahaha.
yusztiey,
Zon tu di area Pasir Mas/Rantau Panjang. Masjid hijau tu masjid tok guru Nik Aziz di Pulau Melaka dan masjid China tu di Rantau Panjang akan jadi masjid besar Rantau Panjang bila siap nanti. Dah balik sure dapat lihat banyak perubahan dari segi pembangunan di Kelantan.
Post a Comment