Monday, December 29, 2008

Air mata Palestin di ambang 1430 ...........

Tahun Baru 1430 Hijrah disambut dengan bedilan roket dan peluru berpandu dari pihakIsrael ke atas Semenanjung Gaza Palestin . Sejak pagi lagi air mata saya mengalir tatkala membaca berita kekejaman tentera zionis meratah tubuh umat Palestin tanpa mengira usia dan jantina.

Sampai bila mereka terus diperlakukan sebegitu dan selama manakah mereka terpaksa berjuang berseorangan mengambil kembali tanahair mereka yang dirampas sejak sekian lama.

Video di bawah walaupun bukan dari serangan yang berlaku kelmarin namun cukup menggambarkan betapa tersiksa rakyat Pelestin ditindas sebegitu kejam.





Marilah kita doakan agar rakyat Palestin dimerdekakan kembali dan sinar Islam terus menerangi bumi suci itu. AMIN.

13 comments:

Unknown said...

betul apa yg sarina tuliskan....airmata muslims! dan darah palestine semakin murah....

nampaknya mr presiden baru amelika ni pun sama sahaja! pro jews dan zionist!

cikMilah said...

geram dan sedih. Semalam, selepas doa awal tahun, kami solat hajat dan utk saudara kita di sana.

Tepi Sungai Batu said...

Ya Allah selamatkan lah mereka dan kami semua.Aminn.

D said...

sebenarnya banyak yang boleh kita lakukan sebagai Muslim - lebih dari hanya berdoa. Semoga kita diberi kesedaran dan kekuatan untuk memerangi mereka.

Abang Long said...

Tugas kita yang paling lemah ialah mendoakan segala kebaikan buat saudara kita di Palestin.

Neeza Shahril said...

memang menyedihkan bila lihat umat Islam dibuat begitu..
tapi bila pandang dari sudut positif, mereka ini berpeluang masuk syurga dengan lebih cerah..
juga, mereka tak perlu tunggu lama untuk bersemadi dengan aman.. sebab mereka dah lama terseksa..

semoga mereka ditempatkan bersama-sama para mujahaid.. Ameen..

Kak Elle said...

Maaf saya ketinggalan tak dengar berita lansung.Sungguh menyedihkan sekali.

aNIe said...

Salam Maal Hijrah Rina...

Marilah kita sama2 berdoa untuk saudara kita di Palestin yang sentiasa menghadapi kekejaman Israel...

Marilah kita berdoa semoga rejim zionist itu ditimpa malapetaka kerana kekejaman mereka

silversarina said...

pp,

Kalau dah sekutu Israel mana mungkin berubah policy mereka :(



ciiMilah,

semoga segala kekejaman akan berakhir.



manlaksam,

Amin.

silversarina said...

D,

benar tu ,memang pelbagai bantuan yang boleh kita salurkan kepada rakyat palestin di sana . Doa juga adalah satu dari usaha bagi kita smeua.



Abang Long,

Jika seluruh umat manusia mendoakan keamanan InsyaAllah suatu hari nanti Palestin pasti akan kembali bersinar.



neeza,

bagi mereka yang sudah lama berjuang sememangnya syahid adalah matlamat utama . Al Fatihah buat para syuhadah.

silversarina said...

kak elle,

doakan juga dari sana ye.


aNIe,

Semakin lama semakin dayus regim zionis ini, kejamnya mereka .semoga dibalas setimpalnya kelak.

DrSam said...

Doa orang yang dizalimi paling mustajab. Masanya akan tiba jua untuk pembalasan tuhan. Kita hanya mampu berdoa.

silversarina said...

DrSam,

Teruskan berdoa demi keamanan dunia sejagat .