Thursday, December 11, 2008

Bersiaran dari Persiaran Gurney ......

Pagi ini silversarina bersiaran dari Persiaran Gurney, Penang . Alhamdulillah dapat juga jengok blog atas ihsan tokeh Gurney Hotel & Resort yang bagi internet free. Sambil mengadap Selat Melaka yang masih lagi gelap bersyukur saya kerana perjalanan kali ini amat bermakna.....

Raya pertama .....

Dapat beraya dengan mak di rumah adik saya di Shah Alam.Lepas solat raya kami ke presinct 10 putrajaya , rumah sepupu saya. Ramai pulak sepupu lain yang turut beraya di situ kali ni. Memang seronok dapat bertemu walaupun hujan di luar masih belum reda.

Kemudian kami ke Kinrara 5 ke rumah rakan blogger babazahra yang memang dah lama saya ingin bertemu. Alhamdulillah dapat juga kenal baba dan mama in person serta 2 anak yang comel sangat .

Lepas tu kami ke Ampang Puteri Hospital ziarah rakan kami yang kena demam denggi dan masih lagi dirawat di sana kerana platlet darah masih rendah .Semoga dia sembuh segera.

Terus ke Plaza Alam Sentral sebab Izzat nak beli handphone baru sebab handphone lama di memang dah kira tak bernyawa dalam apa sahaja keadaan . Dah dekat setahun dia kumpul dana untuk dapat handphone idaman kalbu. Dapatlah juga model terkini yang katanya masih belum tiba di kemaman dan di Shah Alam pun baru model warna biru saja ada.

Malam keluarga kakak saya yang tinggal di sungai besi dan balik beraya di Tapah datang beraya di Shah Alam. Riuh jadinya walaupun memasing dah keletihan .


Raya kedua..........

Kami ke Perak ...terus ke area Bota , tak masuk pun Ipoh abang ke Mekah buat haji. Kami terus ke rumah kakak saya dan bertemu anak-anak sedara yang balik bercuti . Lepas lunch kami ke Parit rumah kakak hubby dan mak mertua tinggal bersamanya. Dapat beraya di Parit walaupun mak mertua memang dah berapa kenal orang sampai dia kata suami saya anak kakak ipar saya . Tiap kali bertemu nya memang saya sebak .


Raya ketiga.............

Pagi kami bertolak ke Penang dan singgah sebentar di rumah senior yang menyambut maya semasa dia mula-mula tiba di Korea dulu. Kami makan tengahari dengan penuh selera sebab memang sedap sangat masakan puan rumah . Terima kasih daun keladi.

Terus ambil feri ke Penang Island dan mimi yang paling teruja naik feri sekali dengan kereta.Tiba di Penang dia terus tanya mana bendera Penang dan kat Penang guna duit apa(dia ingat travel luar negara sebab naik feri ) ...kelakar betul..kena pulak explain kat dia Penang dalam negara Malaysia .

Terus ke Bukit Bendera ...malang nya operasi keretapi bukit masih ditutup .... terus cek in hotel dan rehat sebentar dan terus ke Komtar , ish ish ish tak berselera nak jalan kat situ, kedai pun banyak yang dah out of business dan gelap dan suram saja. Terus cabut ke Queensbay Mall dan dinner di sana .Besar betul mall ni tapi dah tak larat nak jalan , letih sangat badan...balik ke hotel dan terus rehat sampai pagi.

Pagi ni nak ronda ke beberapa tempat menarik di Penang dan nak cari makanan penang yang lazat-lazat ..... rojak mamak dan mee mamak adalah antara makanan yang I've been drooling for quite sometime ...

Jumpa lagi...laut sebelah hotel dah jelas kelihatan ....nak turun breakfast dan JJCM lagi... gambar2 kena upload hari lain ye....

26 comments:

cikMilah said...

Ohh !! OK OK...
la la la la la.....

silversarina said...

cikmilah,

Mai Penang rasa macam pi Hong Kong ...hehehe....

c u soon .

maklang said...

bestnya dapat jumpa cik Milah....hasrat maklang nak jumpa Cik Milah tak kesampaian lagi..hu..hu..

jangan lupa lupa bawak balik kuih Cik Milah yang sedap2 tu tau...

Kak Elle said...

rina dah paus belum cuti-cuti cari makan aka JJCM?
kirim salam kat cikmilah dan tolong hug dia untuk saya ye...dan jgn lupa bawa balik kan kuih2 hebat cikmilah untuk saya....hahaha

Anonymous said...

kak rina

jangan lupa pekena kat line klear tau....

mama said...

terima kasih daun keladi dari kami sekeluarga... kalau boleh datang la lagi ke rumah kami kak ina..
gambar bila nk upload hehhe

mommy said...

sempat lagi update blog yea.!
hehe kelakar la mimi..die ingat jauh sgt penang tu..

zura aini said...

kak,
lambat sampai penang ye? saya di penang, akak di shah alam, now saya dah di shah alam akak di penang. ha, ha...
kat gurney drive sebelah petang, jangan lupa pasembor yang mamak geleng-geleng kepala tu, yang kueh mueh menimbun tinggi tu. sedap juga. Nasi kandar Raffee the best kot rasanya, depan balai polis Burmah Road. Padang Brown pun ada food court, tapi kami tak sempat pergi.
Selamat bercuti kak.

Mama Rock said...

oooooh seronoknya ke pulau pinang. saya tak berkesempatan nak plan ke sana kerana jadual hubby yang tak menentu. insyaAllah next year la kot. kak rina, makan jgn tak makan...pi lah gurney drive, pekena pasemboq sepinggan, sotong kangkung, charkueytiow...mmmmm i am drooling just typing this :)

Neeza Shahril said...

Syoknya.. nanti dapat lah kak Rina makan biskut raya Kak Cik.. nak jugakkk!!! nanti balik malaysia, nak cari masa la pergi penang hehehe..

Jauh betul kak Rina beraya. Ingatkan ada di Kemaman.. takpelah kan. sekali sekala raya jauh sikit sementara darling ada :)

Mulan said...

nak pasembur!! nak nasi kandar..!!

Tepi Sungai Batu said...

Rina,
Seronok betul pusing satu Malaya. Gunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin. Selamat Bergumbira!

Anonymous said...

wow...seronoknya beraya.

Anonymous said...

kak rina kat penang berapa hari ye..sms le saya :)

0174718679

aNIe said...

Salam Rina...Seronok nampaknya Raya Haji tahun ini buat rina...dpt jenjalan...best...

Salam aidil adha dari kak anie buat rina sekeluarga

victoire said...

salam mak cik.
ape kabor, lamenye tak jenguk sini.
saye pon baru beli henpon, same ngan izat.
sokong manchester united pon same.
hehehe. kirim salam la ke dia.
apa cerita baru terengganu dan kemaman?
best bace cite jalan2 kat penang.

victoire said...

erh sebut pasal kamera baru.
apsal x pakai je henpon sony c905 mcm saye.
kamera dia 8mp, kualiti gambar best

zino said...

oo bercuti rupanya... selamat bercuti dan jangan lupa klik klik banyak banyak ya hehe

mad redo1 said...

woah... jenjalan sungguh-sungguh nih... safe journey!

SoFie NuR said...

Wah sempat meng'update'..baik ati tul pakcik hotel bagi tenet free..ntah2 sebab pakcik hotel tu bace blog mama kot..hahaha..hebat cik ina..=P

yang mimi pun satu..jakun je kisah..hehe..

CikguZue said...

salam kak,
tak sabar nak tgk gambar2 JJCMnye...

Anonymous said...

Terima kasih cik ina datang melawat kami di penang. Lain kali mai la bejalan penang lagi hehe

Abang Long said...

JJCM - Jumpa Maria Tengku Sabri tak ? Hehehehe ... alahai ... dah sampai Shah Alam kenapa tak call ? Sudah dekat sangat dah dengan rumah kami.

Anonymous said...

hehe... i love penang... balik perak mesti terbabas ke sana. mungkin bawak 200km/j kot... hikhikhik!

Unknown said...

hehehe....tercuit hati dan tersenyum pulak baca ..di Penang tu guna duit apa?

hehehe

Guna duit mak ayah ler!!

memang best sungguh bila cuti2 jadi produktif dan bermakna...

Pp

silversarina said...

salam buat semua bloggers,

Terimakasih kerana sudi meninggalkan komen di entry ini... salam cuti-cuti malaysia buat semua .