Salam ceria buat semua ... sebagai Home Manager ( HM ) banyak lagi kerja rumah yang perlu dibereskan namun saya ambik kesempatan ini untuk berkongsi perasaan dan pengalaman dan ia ada juga kaitan dengan tugas saya sebagai HM .
Kata orang dulu-dulu " Walau setinggi mana seorang anak perempuan belajar nanti ke dapur jugak " .. itu memang benar , tak sah kalau wanita itu tidak ke dapur sebab setiap rumah pasti ada ruang dapur , kalau tak masak pun setakat nak minum air dari peti ais pasti akan ke dapur jugak , bukan setakat wanita , kaum lelaki juga tak sah jugak kalau tak ke dapur , paling tidak untuk ambik cawan untuk minum atau letak cawan di sinki untuk dibasuh oleh orang lain ( ?? ) .
Saya bukan nak cakap pasal ke dapur , ke ruang dapur ... saya nak cakap pasal kemahiran MEMASAK yang saya sebagai HM GAGAL memahirkan diri bila masuk bab masak-memasak ini . Setakat anak-beranak makan masakan biasa seperti nasi putih, nasi tomato, nasi arab (maklubah ) dan lauk-pauk biasa seperti ayam masak merah, ayam kicap, ayam goreng berempah , ayam panggang .. boleh dikatakan ayam meng ayam ni saya ok jugaklah sebab anak2 ramai yang terlalu gemar ayam , kalau bab ikan pulak, macam biasa ajelah tiada yang istimewa yang saya tahu memasaknya . Pendek kata kalau nak dibandingkan dengan HM yang lain saya jauh ketinggalan dalam bab masak ni . Mungkin sebab saya anak perempuan bongsu dan ada dua kakak yang pandai memasak (masak apapun sedap ) saya jadi segan nak masak kalau kami berkumpul ramai-ramai . Saya masih ingat 6 bulan sebelum abah meninggal dunia abah datang ke rumah kami di Kemaman dan saya pun kenalah masak untuk ibubapa yang datang ziarah ,.. tak sangka abah memuji masakan saya , kari ayam yang saya tambah kerisik untuk pekatkan kuahnya dan dia minta saya masakkan sekali lagi menu yang sama dan saya turutkan permintaan abah dan itulah masakan terakhir saya yang abah sempat jamah sebelum abah pergi meninggalkan kami semua pada Januari 1996 .

Nak ceritanya ... saya ada juga perasaan nak mencuba sesuatu masakan yang baru , namun bila dicuba rasanya tak sama dengan tukang masak aslinya ... saya pernah cuba masak mee bandung mak yang memang special tapi yang saya masak masih ada kurang rasanya , saya pernah cuba masak rendang minang nogoghi 9 resipi arwah mertua saya namun rasanya amat jauh berbeza dengan hasil tangan arwah mak , saya pernah cuba buat karipap mengikut garis panduan kakak ke 2 saya yang memang terer masak , tapi tak menjadi , yang saya tak pernah cuba ialah resipi asli popia basah kakak sulong saya yang saya tahu tiada siapa dapat menandingi kesedapannya , kalau saya cuba pun memang takkan jadi .
Cuma dua masakan yang saya konfiden memasaknya iaitulah soto dan nasi tomato .
Kisah terbaru .... Khamis lalu bersemangat betul saya nak mencuba buat carrot kek dan siap catatkan semua bahannya dan ke kedai membeli semua bahan dan terus buat bila sampai rumah, hajat di hati nak jamu darling sebelum dia berangkat pulang ke kampung arab dia .... bila dah masak, happy sangat sebab rupa dah ada , gebu dan elok texture nya .... bila rasa ... Ya Allah pahit dan tawo hebeo kata oghang Peghak . saya makan sepotong , mimi sikit, darling cuit sikit , (tak pasti izzat makan ke tak ) , itupun makan macam terpaksa (sayalah ) bersama topping cream cheese yang manis yang saya buat untuk tutup rasa tak sedapnya kek tu ..... lepas tu semua kek tu tong sampah yang makan.... rasa frust sangat .
Semalam sempat bersembang dengan Chef Kakliza (duduk di kerteh ) saya ceritakan pengalaman pahit saya tu, dia kata memang bukan mudah nak dapatkan masakan yang sempurna, kena rajin mencuba dan mencuba dan mencuba ... saya ni bukan jenis yang suka mencuba sangat , kalau dah habis banyak RM dan luangkan masa masih tak jadi sedap bagi saya baiklah saya ke kedai kek aje dan beli , lagi mudah ...
Ke macamana ???????
Itulah kisahnya .......... Saya adalah seorang HM yang prestasi kurang baik !!!