Monday, July 4, 2011

Jom ke gym .....

Selamat petang .. nak cerita pasal senaman untuk sihat ......




Biasanya orang kata senaman untuk kuruskan badan ..bagi I ia lebih kepada untuk kekal cergas dan sihat , body ni dah terbesar , kalau tak nak kecil dah pun tak pe , janji sihat .



Brisk-walking di Monica Bay adalah suatu senaman yang sangat menceriakan ..menghirup udara nyaman di tepian pantai sambil bertemu rakan2 di sana , namun kadangkala selalu jugak culas kerana busy di pagi hari yang menghalang dari bersenam di pantai .


Kemudian sejak bulan Februari yang lalu , gimnasium di Kompleks Rakan Muda Kemaman dibuka kepada umum dan disediakan jadual untuk kaum wanita dan lelaki (tidak bercampur masa senaman ) . Ianya mudah dan amat murah .. dan peralatan kira okaylah, tak terlalu kosong dan tak terlalu banyak . Di situlah I setiap pagi Isnin dan Rabu jika tidak terlalu busy . Makin seronok kerana seorang rakan jogging di Monica By merupakan instructor di Rakan Muda dan diadakan aerobik selepas jam 9 pagi di gimnasium juga setiap hari Isnin dan Rabu .




Marilah kita bersenam demi kesihatan tubuh badan InsyaAllah .

10 comments:

rezeki said...

kak

hari ni saya tak jogging, puasa hehehe
tu lauk kepala mayong masak asam pedas daun kesom menunggu bawah tudung saji heheh

silversarina said...

rezeki,

nak puasa pastu , cancel :(

asam pedas ..alamak , I yang tak puasa pun terliur ..selamat berbuka sahabat ku .

MULAN said...

kalo dekat memang nak tumpang sekaki..

silversarina said...

Mulan,

pagi lepas hantar anak2 boleh je lajak ke Rakan Muda .mailah .

Rozali said...

Assalamualaikum Sarina

sambil mengayuh basikal tu boleh juga gosip2 kan...he he

Wassalam

zino said...

mana yg lain belum sampai ke hehe

silversarina said...

Rozali,

wassalam, biasanya masa work out kami jarang berbual, lepas dah habis sessi senaman, baru buka topik, ada je hari2 terutama apa yang berlaku di kemaman ..semalam kisah pecah amanah dalam bekerja .

silversarina said...

zino,

orang lain masa I snap gambo ni di area aerobik,. tak nak tunjuk gambar orang sebab masing2 buka tudung di gym , maklumlah sessi wanita masa ni , no men around .

Zaitun said...

Kak Zai pun dah lama tak exercise,kalau berkebun banyak juga peluh keluar.

silversarina said...

Kak Zaitun,

kalau I minat gardening memang I tak pergi gym dah, janji berpeluh banyak , itu sudah senaman namanya .