Tuesday, September 2, 2008

2 Ramadan.......

Salam Ramafan buat semua.

Semalam berjaya juga mimi puasa buat kali pertama. Dari pagi asyik berulang ke dapur , sakit tekaklah, laparlah dan waktu hanya 10 minit lagi waktu maghrib, perutnya berbunyi dia kata dan Alhamdulillah dia berjaya.Semuanya kerana saya cabar dia agar berlawan dengan maya yang telah mula berpuasa seawal usia 3 tahun. Mimi puasa juga hari ini kerana dia nak lawan maya katanya. Semoga berjaya. InsyaAllah.

Pagi tadi setelah membaca komen Neeza di blog saya dan entry di blognya, saya terus menalipon mak neeza bertanya khabar dan saya melawat maknya sewaktu masa melawat di hospital tengahari tadi. Batu karang , itulah yang doktor nyatakan dan maknya masih demam dan diarahkan agar minum air banyak untuk mengeluarkan batu karang tersebut,InsyaAllah.

Semalam kami ke bazar ramadan di tengah bandar kemaman , lokasi bazar berubah tahun ni dari tempat biasa. kali ini memang jam teruk di tengah bandar tapi kami tetap bersemangat mencari makcik ayam percik yang hanya ujud di bulan ramadan dan oleh kerana ayam perciknya memang sadap kami gagahi jua merentas kesesakan orangramai dan kami jumpa makcik ayam percik tersebut . Makanan lain tak menarik minat kami dan hari ini saya masak juadah berbuka , ikan asam pedas , sayur campur dan ayam panggang. Petang nanti Izzat kata nak beli pizza di pizza hut ,dari semalam duk sebut2 nak pizza .

Surau berdekatan rumah dikunjungi ramai ahli jemaah dan Izzat pula bertadarus selepas solat tarawikh. Alhamdulillah program tahunan ini mendapat sambutan amat menggalakkan dari kalangan kanak-kanak dan remaja serta orang dewasa.

Semoga kita diberkati di bulan mulia ini. Amin.

12 comments:

Tie said...

Salam ziarah..tinggal di kemaman ye..tie dok hulu ganu..hubby kata makanan kat bazaar mahal sgt, rasa pun tak seberapa..Tahun ni kena rajin2 bakar ayam atau daging..family tie suka..

Neeza Shahril said...

Salam Kak Rina..

terima kasih Kak Rina, sudi melawat mak neeza.. nak harap neeza pergi, memang lah susah sikit. Tu lah. ayah kata batu karang then ada benda lain yang doctor masih check. Darah tinggi pun iye.. Dulu kencing manis.. bila umur meningkat, macam tu lah kan kak. Makan kena jaga. Masa kita muda ni boleh lah hentam macam2 hehee..

tahniah buat mimi.. awal lagi dah puasa.. anak2 neeza memang tak nak puasa. Nak try jugak mintak Coan puasa. Kena buat cam tu jgak kot.. cabar gitu :)

cikMilah said...

Kalau sedap bayar memang berbaloi membeli. Kalau hari kerja saya serik nak ke pasar Ramadhan.Nak kejar masa dan cari parking - 2-3 kali terpaksa bbuka puasa dlm kereta. Now, saya masak sendiri kalau hari kerja. Hujng minggu ada masa panjang baru cari juadah kat pasar ramadhan.

mommy said...

go mimi go!
pandai lak die sahut cabaran ek..
nyam2 ayam percik... arini nak 'berbuka' ape ye??

Abahnajwa said...

Rina
Bestnya berpuasa di Malaysia..rindulahhh

Mimiamilia said...

selamat berpuasa untuk kak sarina sekeluarga..

silversarina said...

tie,

ha ah akak duk kemaman, kalau datnng 'hilir' tganu jemputlah singgah :P

mahal kalau sedap oklah, ni dahlah mahal rasa tak sedap , lebih baik masak atau kena beli kat tempat yang betul2 sedap baru puas hati.



neeza,

semalam dapat jumpa 4 orang ahli keluarga neeza selain mak neeza, Firdaus kata dia puasa tapi bila ayah neeza bawakan air yogurt terus kata tak puasa , nasib baik dia tak apa2 mak neeza masuk dia masuk wad sebab ayah neeza ada.

mimi ni nampak mnja tapi hati cekal , kalau dia nak sesuatu memang dia akan pastikan berjaya. Anak-anak neeza tak de yang besar lagi, kena ada sorang yang menjadi peransang berpuasa baru yang adiknya ikut berpuasa tapi usah risau bila dah besar sikit dengan sendirinya akan nak berpuasa.

Kak Elle said...

nak kirim ayam percek rina bolih kan?

syabas untuk mimi ....

silversarina said...

cikmilah,

betul tu , kalau mahal tak kisah sangat harganya mahal , yang tak bestnya mahal tapi tak sedap , baik masak lagipun penjual masak awal so, makanan dah tak berapa fresh.

salam ramadan buat semua di rumah.



abahnajwa,

puasa di malaysia memang best sebab suasana yang meriah disertai pelbagai makanan senang didapati .takpe nanti akan tiba masanya jua abah kembali ke tanahair dan dapat lepaskan rindu :)



mimi amilia,

salam ramadan juga buat mimi , semoga sihat menjalani ibadah puasa.

silversarina said...

kak elle,

boleh.... hehehe. semalam panggang ayam sendiri lagi sedap pulak rasanya. tahun ni nak rajin nak banyakkan masak sendiri, azam barulah tu ,pastu bila anuar balik nak bodek nak pi makan kat tempat2 yang kami tak sempat makan tahun lalu sebab dia tak de nak belanja :P

mimi dah dapat 2 hari puasa walaupun ada jugak jengok dapur .

silversarina said...

princess,

nak challenge maya, nekad dia sebab tak nak kalah.

ssssshhhh kita 'puasa' tau , mencabar betul sebab ada si kecil tu yang macam tau je kita 'puasa', dia tido kita pun nyap, nyap lah ....hahahaha.

Anonymous said...

salam k rina
saya pun org trg....tapi skarg kat dubai...first time puasa kat cni...mmg menyeksa batin bila baca pasal bazaar ramadhan ni..