Sunday, September 28, 2008

Raya.... Raya.....

Salam 28 Ramadan buat semua.

Nak cerita kisah masa kecik , masa tu kami tinggal di PD dan balik kampung di Kota Bharu , Perak , KB ni terletak tak jauh dari Gopeng dan sekarang ni tak de sapa tinggal di situ setelah opah saya berpindah ke Ipoh . KB nilah kisah kartun The Kampung Boy dan jugak Lat dibesarkan dan ibu saya pernah mendukung Lat masa Lat masih bayi . Kami sempat pulang ke KB beraya hanya 2 kali kerana waktu lain kami beraya di kem askar ( abah askar ) sahaja termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu.

Masa balik raya saya masih ingat kami bertolak dari kem PD awal pagi dengan menaiki kereta Datsun yang abah sewa untuk lebih selesa kerana kereta kami tak boleh jalan jauh, kereta lama ( saya lupa brand apa , tapi bentuk 4 segi ) . Bestnya waktu dapat naik kereta ada air-cond dan dapat lalu KL yang waktu tu Hotel Concorde lah yang paling hebat yang sering disebut-sebut dan Ampang Park tempat saya dan adik jakun main escalator dan di sisi escalator saya masih ingat ada mesin membuat donut lembut dan sedap dimakan kerana fresh from the kiosk.

Selalunya singgah di Templer Park , mandi-manda , rehatkan badan terus ke KB dan tiba di KB dekat nak maghrib. Seronok dapat buka puasa dengan arwah atuk dan arwah opah . Kadang-kadang atuk tak de sebab atuk Imam di masjid KB .

Pagi raya kami biasanya lepas solat terus ke tanah perkuburan di hujung kampung . Masa ni paling best sebab dapat kumpul duit raya. Atuk baca tahlil di setiap kubur yang ada warisnya bersama di situ dan semasa doa dibacakan waris si mati akan memberi sedekah dengan meletakkan duit atas tapak tangan kami yang menadah doa, 2o sen, 30 sen dan yang kaya sedikit 50 sen , kira mewah sebab ramai yang ada di sekitar perkuburan tersebut.

KB telah lama sunyi , kampung mati yang tiada lagi penghuninya kerana hampir semuanya berhijrah ke Ipoh pertengahan 70an . Hanya yang tinggal adalah pusara atok dan opah nun di hujung kampung. Saya tak pasti budaya bertahlil di pusara semasa hari raya masih menjadi amalan masakini . Saya pun dah berpuluh tahun tidak ke KB.

Pada yang masih ada kampung , anda dikira bertuah.... pulanglah ke kampung halaman....





Jumpa lagi....

22 comments:

J.T. said...

Hi Sarinah

It sure has been a long time since I dropped by.

Anyway, here's wishing you Selamat Hari Raya. May you have a blessed and peaceful celebration.

Take care.

13may said...

Selamat hari raya...

Thanks sebab singgah di blog saya :)

silversarina said...

jt dear,

I seldom bloghop nowadays.... how nice to have you here .

Thanks for the raya wishes .

silversarina said...

13may,

terimakasih kembali... jangan banyak layan kepala masa hari raya ye dik :P

Anonymous said...

slemat hari raya + maaf zahir dan batin!

berhati2 di jalan raya!

ummu asiah said...

kak rina,

seronok ya.teringat kisah masa kecik2 dulu.

selamat Hari Raya, mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa.

Kami pulang ke kampung di Rembau. Ibu ayah mertua dah tidak ada, so beraya bersama kakak2 ipar.

Kebiasaan samada balik ke Kedah atau N9, kami akan bertolak selepas solat sunat Aidil Fitri.

Jumpa lagi lepas cuti raya.

Kak Elle said...

rina saya lansung takde kampong...mmg kalau ingat kan zaman kanak2 mmg meriah...ingat juga bila arwah datok bagi duit raya kita kena lineup beri salam dapat duit paling murah atok bagi 50 cents bila kami dah besar sikit dapat $1..dah kira mewah tu...tapi skg anak2 tak main ngan $1 kan?paling rendah pun $2...

mlm ni bila saya makan ngan maklang and family saya akan suap untuk rina juga ye....hehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum,

nak tanye fish spa di kuantan kat mana ye.

tk.

SoFie NuR said...

haha...mesti masing2 mengekor pegi kubur sebab nak "tadah doa"...

silversarina said...

jingga studies,

Thanks . Makan kuih raya ingatkan kami ye.

Salam aidil fitri.



ummu asiah,

Plan asal memang nak balik Ipoh raya tahun ni , tapi bila menantu dah sarat rasa tak best pulak nak balik kampung, tu yang kami balik minggu lepas, Kota N9 dah tak de sapa , dah 14 tahun tak de orang dah di sana.

Selamat beraya di kampung dan semoga gembira semua.



anonymous,

Waalaikumusalam,

Fish spa mini ada di Giant Kuantan,sebelah KFC. nak cuba ke ???? Best dan bersih kaki lepas tu.

silversarina said...

sofie,


Nyamuk banyak pun tak kisah asalkan dapat tadah duit..hehehe..nostalgia silam yang you all takkan dapat rasa.

silversarina said...

kak elle,

Kampung moden kat SG ,mesti duit raya juga mewah , tulah dulu masa kecik suka dapat duit raya sekarang dah tua seronok bagi duit raya dan lihat wajah ceria anak-anak bila terima duit raya.

Tak jeles pun akak berbuka petang karang dengan maklang and the gang ... NAK JUGAKKKKKK.... huhuhuh... suruh Hakim makan untuk I jugak ye :P

Hazia said...

Selamat hari raya.
I balik kampung esok:)

Shah CJ said...

salam kak rina..

menarik cerita akak. aku dh biasa dok kampung. tadek pengalaman menarik balik kampung. tadek rasa jln jem2 nih. huhu

tapi kita kena bersyukur kan. ada kampung. ada org lain tak pernah ada kampung.

slmt hari raya kak rina. maaf zahir dn batin.

zino said...

den pun selalu masuk ikut jalan kota baru gopeng tu maso anta dan tengok alang ke matrikulasi gopeng tu ..

ingatkan kelantan yo ado kota baru hehe..lopeh ni tak ado lah lae masuk situ alang pun dah habis belajar kek situ.. kot kot dapek menantu orang ipoh sok poe lae le ke sana hehe..

Neeza Shahril said...

kampung neeza kat kemaman.. tapi kampung ayah neeza di kelantan.. since anak2 dah besar, ayah dan ma jarang balik kelantan lagi.. tapi kampung suami neeza happening jugak.. hari raya pertama.. sampai kembung perut minum air.. punyalah ramai sedara mara.. tapi neeza tumpang seronok.. :)

tapi raya masa kecik memang best sangat kan..

mommy said...

cam meriah jek raya kat kampung dulu2.. rindu lak suasana raya kat kampung walaupun bukan kat kampung yang 'betul..

selamat hari raya..ampun maaf dipinta..smoga dapat timang cucu raya nanti..!..hehe

zlaa said...

salam Aidilfitri kak Rina. Semua berkumpul semula tak?

silversarina said...

hazia,

Bestnya balik kampung.... have a wonderful hari raya with your beloved family.


cikgu jawe,

Kami sekaramg tak de kampung, mak dan mertua tak duduk kampung dah seab tak sihat, duk dengan anak2 tinggal je dah rumah , mimi anak akak langsung tak kenal mana rumah nenek dia, nanti kemaman lah jadi kampung kami .

semoga cikgu gembira di hari lebaran,kalau dekat nak jugak akak pergi bertandang :P



zino,

Dulu jalan ke KB kecik dan sempit dikelilingi kebun getah, kalau malam memang seram sebab gelap sangat. taktau lah sekarang camne sebab dah teamat lama tidak ke situ.

Kena suruh alang cari orang perak , kalau tak rugilah tol PLUS kat perak sebab zino tak datang dah...hehehe.

silversarina said...

neeza,

wah, bestnya dapat rasa raya kat kampung, kalau kemaman ni memang tak macam kampung walaupun pekan kecil , dulu kampung hubby akak pun kampung, letih dibuatnya beraya ke setiap buah rumah, tak pergi terasa hati pulak orang kampung.

Dah nak terbang ye... safe journey home !!



princess,

Mimi kata mama tak de kampung kan .. dia pelik kita dah tak de kampung :P

Dah kemas rumah untuk raya... hehehe.



zlaa,

Ramailah sikit ahli raya tahun ni, dari 8 , yang ada 6 di rumah ni ,Alhamdulilah.

Salam lebaran di perantauan.

Pi Bani said...

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Sarina sekeluarga.

silversarina said...

pi bani,

salam lebaran juga buat pi bani dan family.