Tuesday, September 23, 2008

Kesiannya dia.....

Salam 23 Ramadan buat semua.

Pagi nak cerita kisah si kecil Mimi yang berazam nak berpuasa cukup 30 hari namun hajatnya tidak kesampaian ......




Hari kami bertolak ke kampung Jumaat lepas, semasa di rumah besan saya di Rembau dia ada bagitau yang dia rasa macam nak demam namun saya diamkan aja sebab tak panas lagi badannya. Ketika nak teruskan perjalanan ke KL , saya nampak muka dan bibirnya dah nampak merah dan dahi serta badannya dah panas , Saya suruh dia buka puasa dia masih tak nak dan besan saya bagi kool fever untuk diletakkan atas dahi dan kami terus ke KL. Suhunya masih tak turun dan badan makin panas dan setiba di rumah kakak saya di sungai besi saya terus ke dapur dan buatkan milo panas dan ambil biskut graham crackers ( benda lain dia lagi tak nak makan ) terus paksa dia buka puasa. Menangis tersedu-sedu dia makan biskut dan mnum milo. Saya kata tak pe buka puasa sebab sakit nanti kalau tak makan ubat masuk hospital lagi teruk. Lama kemudian baru dia berhenti menangis . Saya bagi dia makan ubat demam dan kami teruskan perjalanan ke IPoh. Masa sahur saya rasa badan dia masih demam , tapi dia terjaga dan ke dapur untuk bersahur, saya kata mimi tak payah puasa lah sebab masih demam, terus dia menangis lagi, saya pun bagi dia bersahur dan puasa dengans ayarat kalau masa siang hari kalau dia masih demam panas dia kena buka puasa, dia setuju. Petang pukul 4 badan dia makin panas dan dia akhirnya yang minta buka puasa sebab dia takut masuk hospital. 2 hari dah tak dapat puasa penuh . Sahur esoknya dia sendiri yang tak nak bangun sahur sebab badan masih panas dan bila makan ubat ikut jadualnya , semalam dia dah sihat dan sambung balik puasa dan dia kini tak sabar nak sambut syawal. InsyaAllah kalau sihat sampai hujung ramadan , dapatlah dia berpuasa kurang 3 hari dari sebulan. Syabas buat sayang mama yang 6 tahun dah kuat berpuasa dan solat juga ( tak pernah tinggal solat, bulan posa ni dia selalu jugak solat sambil duduk sebab tak larat ) .

Kadang- kadang kanak-kanak lagi kuat dari segi fizikal dan mental serta spiritual dalam bab ibadat. Saya nampak di pasar Cukai , pagi buta dah ramai si tua bangka ( lelaki ) beli kuih dan mee goreng dan macam2 makanan . Peliknya muka selamba je beli makanan dan tambah peliknya makcik2 penjual tu selamba je buka gerai di pagi hari dan lagi tambah peliknya MPK sejak berpuluh tahun tidak memansuhkan penjualan kuih-muih di pagi hari di bulan ramadan di pasar cukai kemaman ....pelik , pelik.

23 comments:

Anonymous said...

sesuatu kalo dah jadi budaya, kira dah berkarat dah dalam hidup orang² yang berkenaan. kita tegur pun buat dek je... tu sebab makcik yang jual, pakcik yang beli & orang MPK tu dah tak terkesan dengan perbuatan tu. sebab dah jadi budaya dan tak rasa berdosa sebab dosa tu sesuatu yang kita tak nampak... kannn...

Ajzie said...

Kat sana ada jual kuih pagi2 Ramadhan ker? pelik juga kan kenapa mereka jual dari pagi.

Tahniah buat mimi kerana mempunyai semangat yg kuat utk berpuasa. Moga mimi cepat sembuh ok..

Mak Teh said...

Dalam bulan Ramadhan boleh buka gerai jual makanan dari pagi? Mungkin itu namanya Islam Hadari kut! Hehehe!

Tahun lalu ada orang jual nasi lemak di depan Giant Kelana Jaya. Mak teh le tukang jadi polis bila ada kat situ tengok kalau jual kat orang Islam, mak teh marah. Bila mak teh tercegat kat situ ada orang yang tak jadi nak beli. Tahun ni mak teh terlalu sibuk belum pi tengok lagi. Esok kut mak teh nak pi jenguk kat situ.

maklang said...

ish...tak senonoh...mintak2 kita tak tergolong dalam golongan yang tak tahu menghormati bulan puasa...

Seronok baca pasal mimi..Alhamdulillah...kecik2 imannya dah kuat...

Makcik Runner said...

tu la dianya. asyik nak pikir untung bukan kira perbuatan tu beretika ke tak. kalau depa kata nak jual kat orang bukan islam habis tu yg membelinya ramai yg melayu islam apa cerita ek. tak pepasal pahala puasa dah kurang...takkan depa berani nak tanya kat org yg membeli tu kan kan kan...heheh

Cat Cat said...

Kak Rina,
Dulu kat opis Cath, ada staff lelaki yang selamba katak aje tak puasa.. Siap mintak my co-worker yang bukan melayu tapaukan nasi kat kedai mamak.. ayam goreng, popodum, kari ikan... Nyorok2 kat belakang opis, makan besar... Menci Cath.. :(

Kak Elle said...

syabas untuk mimi walaupun baru 6 tahun kan?semoga cepat sembuh ... nampak nya duit hijau kurang 3 ye?

di sini di larang menjual di pagi2 masa bulan ramadhan.

MAMAMIA said...

Syabas buat Mimi.. Kesian dia, sedih betul tak dapat puasa.

Utk kaum2 lelaki yg tak puasa tu pun, kesian jugak... Kesian, sebab tak dapat hidayah lagi.

Abahnajwa said...

Kagum betul dengan semangat si Mimi..Malu kat orang tua kan Rina? Takpalah Mimi..yang penting kesihatan kena jaga..tahun depan Mimi puasa penuh ya...

cikdinz said...

takpe lar. tahun depan cuba lagi yeik...

mama said...

tahniah mama ucapkan sbb mimi bersemangat nk puasa...

sejak umur berapa tahun mimi solat kak ina?
kagum juga saya dengar budak 6 tahun solat penuh ni...

cikMilah said...

Sian tengok Mimi, susut sikit badan dia kan..tapi kuat semangat tu..
Memang sakit hati tengok orang dewasa yang tak puasa ni. Saya jadi polis kat kilang ni, bagi warning kat pekerja Nepal; jangan sekali-kali pergi beli makanan untuk lelaki Islam sepanjang bulan ni...kau buat, siap engkau!
Selalu pulak dia bagi report, si pulan si-pulan pegi smoking kat toilet... hish....geram..
Agaknya kalau tak di asuh dari kecik.. hei.. Nauzubillah

Neeza Shahril said...

bagusnya mimi.. cerita ni patut siar kat tv supaya insaf sikit orang2 yang tak tahu malu tak puasa tu.. mimi yang 6 tahun pun tahu sedih tak dapat puasa.. agaknya bila dia besar nanti, mau meraung bila dia datang period dan takleh puasa kan Kak Rina.. jenuhlah Kak Rina nak console dia.. hehee..

haah kan.. nape kat pasar kemaman tu pagi2 lagi makcik2 tu jual kuih macam bulan2 yang lain? heran sungguh rasanya.. neeza pernah nak cari kuih untuk anak2 (kes malas nak masak pagi).. tapi rasanya tebal 40 inci muka ni..

mommy said...

mimi mmg baik..kadang2 kite plak yang segan sbb time semayang die lak yang ajak kite, patutnye kite ajak die..:)

zino said...

macam macam penyakit dah dalam masyarakat ni.. elok kita lentur yg rebung tu buloh betung dah tak boleh nak buat apa..

buat meriam je layak nya.. hehe

Anonymous said...

hehehe..zaman zaman tak berapa beriman dulu, saya selamba jer beli Burger kat MacD."Ëh dik.. jgnan kasik chili sos, pedas anak2 nak makan".hehehe..Budak MscD tu senyum simpul...

silversarina said...

suealeen,

Akak rasa MPK takleh buat apa sebab memang dah budaya kat sini agaknya, masa PAS perintah dulu pun sama juga, mereka tetap buka gerai kuih di pasar sebelah pagi . Sayang pulak sebab masa Ramadan lah sepatutnya makcik2 kedai tu cari pahala dan apa salahnya buka gerai sebelah petang :(




ajzie,

Memang selama yang akak tinggal di sini bulan Ramadan memang masih ada gerai jual kuih sebelah pagi , entah bila nak berhenti budaya ni.

Doakanlah agar mimi terus rajin beribadat.



makteh,

Memang patut buat camtu. Baru takut sikit orang yang nak membeli , tengok pagi ni kalau rajin saya nak ambik gambar makcik penjual dan pembeli tak malu.




maklang,

Hari2 lalu kat pasar memang geram je hati dan tekad tak nak beli apa2 dah kat makcik2 yang menjual.

Mimi ni kalau dia nak sesuatu memang dia akan buat dengan bersungguh, Alhamdulilah.




kc,

Akak pun fikir cam tu jugak, bukannya untung banyak mana pun jual kuih,masih nak jual jugak dn biar orang tak posa datang beli ..geram.

silversarina said...

cath

Malunya akak sebab depan Cath pun orang Islam selamba je tak posa, orang2 ni memang tak de tanggungjawab pada diri sendiri dan agama :(



kak elle,

Kat tempat lain memang tak de orang jual kuih pagi2, kat kemaman ni aja ,entah apa kena pun taktau.

Mimi dah puasa semula dan sihat dah, Alhamdulillah.




mamamia,

Doakan agar mimi jadi anak solehah, InsyaAllah.

Sayang sebab kaum lelaki yang dipilih menjadi pemimpin kaum hawa tapi masih ramai yang jahil :(



abahnajwa,

Kanak-kanak lagi senag diasuh sebab orang tua kalau kita tegur pun tak nak dengar sebab rasa diri tu serba tau.

Salam buat semua di sana.

silversarina said...

cikdinz,

Ha ah nanti tahun depan boleh cuba puasa penuh, InsyaAllah.



mama,

Mimi ni masuk 6 tahun ( 2008 ) terus dia jadi macam orang besar, solat tak pernah tinggal kecuali kalau dia menagntuk sangat masa subuh dan tak larat nak buka mata, sebab tu tahun ni nak puasa penuh sebab dah 6 tahun. masa tahun lepas akak suruh puasa dan solat memang dia tak nak dan kata dia masih kanak-kanak kecil lagi.



cikmilah,

Elok buat camtu, pelik kat mana2 tempat kerja ada je gang tak posa, tak malu betul , kalau kerja tu benar2 teruk dan kalau tak minum boleh mati,lainlah halnya.



neeza,

Kuih-muih dan mee goreng pebuh meja akak tengok semalam , pagi ni kalau rajn nak snap pics kat pasar tu, yang geram tu bukan orang pompuan yang ramai beli, lelaki balik keja shif malam dan yang nak pegi keja yang singgah beli .

silversarina said...

princess,

memang mimi kalau masuk waktu dia yang siap ajak solat dan kalau orang solat dulu dari dia memang marah betul dia :P



zino,

Agaknya kat KL lagi ramai gang tak posa dan yang selamatnya tak de gerai jual kuih waktu pagi.


adiejin,

Ish ish jin juga masa muda dulu ye, Alhamdulillah dah tua ni dah baik, kalau tak malu kat anak-anak :P

Anonymous said...

She's good...this Mimi. Keep it up.

Qasana Shaklee said...

beli biskut graham kat mana ya? jenama pe? saya tengah cari ni..tatau mana ada..

Qasana Shaklee said...

beli biskut graham kat mana ya? jenama pe? saya tengah cari ni..tatau mana ada..