Monday, September 22, 2008

balik kampung tetap seronok .....

Salam 22 Ramadan buat semua.

Letih tapi seronok dapat balik Ipoh jumpa mak dan mak mertua serta adik-beradik , ipar duai dan anak-anak sedara .

Perjalanan kami hanya disertai mimi dan izzat sebab last minute azra tak larat nak travel jauh sebab sakit pinggang . Dia tinggal dengan Zaid di rumah. Saya hanya pesan jika rasa sakit nak bersalin, call saya dan terus ke hospital berdekatan rumah. Alhamdulillah azra masih bertahan ... Agaknya hariraya dapat cucu tak ?????

Tiba di Ipoh rumah abang saya dan berbuka bersama ibu saya sembang-sembang serta makan jagung manis yang boleh dimakan mentah ,alih-alih dapat plan baru..... jam 7.30 pagi Sabtu kami ke Cameron Highlang ,ikut jalan Simpang Pulai dan sejam kemudian kami kami dah tiba di sana. Shopping jagung , strawberry dan sayuran kami turun ke Ipoh semula dan petangnya kami berbuka di meru height bersama mertua saya. Cameron Highland pagi sejuk sebab malamnya hujan . Bestnya dapat juga rasa kesejukan alam semulajdi di malaysia.

Perjalanan balik kami singgah di Sate Samuri di Taman Melati dan siap beli untuk berbuka nanti dan sahur . Kami berbuka di Gambang Rest area dan saya lihat hanya 2 gerai makanan dan sebuah gerai minuman dibuka. Saya bagitau suami mesti makanan tak cukup sebab nampak makin banyak bas ekspress singgah berbuka puasa.Kami duduk di pondok dan selamat berbuka puasa dengan sate serta kuih muih yang kami beli semasa di KL. Tak lama kemudian datang 2 lelaki nak tumpang pondok ( memang besar pun dan banyak tempat duduk ) dan mereka mengeluh sebab makanan habis di gerai dan mereka hanya beli air soya dan kerepek.Kami pun offer mereka sate dan kuih-muih serta kuih raya juga. mereka segan mulanya tapi kami desak mereka makan bersama . Mereka adalah askar dari kem batu 10 yang balik dari KL bertemu isteri masing-masing . Salah seorang dari mereka pernah bertugas di Lebanon di bawah misi pengaman PBB pada tahun 2007. Rupanya dapat juga kami berjumpa secara tak sengaja wira-wira negara , hikmah dari habisnya makanan di gerai makanan di Gambang. Tak patut betul LPT tidak sediakan kemudahan yang selesa buat pengguna lebuhraya.

Tak lama dah Ramadan akan meninggalkan kita .Semoga kita diberikan nikmat lailatul qadar tahun ini, InsyaAllah.

15 comments:

cikliah said...

Wahhh... awal lagi dah dapat balik kampung... Selamat menimang cucu.. Semoga selamat semuanya...

Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga.

maklang said...

seronokkan balik kampung...maklang aje tak sabar nak balik...tapi yang tak larat tu nak kemas baju untuk 6 orang...fengsan dulu tu...

semuga azra selamat melahirkan...

Mak Teh said...

Sarina, semalam teringat kat you sebab mak teh makan gulai umbut kelapa. Dua batang pokok kelapa depan rumah dah kena korban sebab persediaan nak pasang khemah-khemah nanti. Hehehe sian pokok kelapa.

Insya-Allah Mak tehpun nak balik tengok mak tapi bukan pada Hari Raya.

silversarina said...

cikliah,

balik awal sebab tak dapat balik masa raya , berbuka posa dengan family rasa macam jamuan raya pulak :)

Salam lebaran buat cikliah juga.




maklang,

baru ni balik paling light sebab 2 hari je.... tak sabar betul nak tunggu cucu lahir , semoga lahir sebelum raya :P



makteh,

balik Ipoh memang cadang nak cari umbut kelapa kat pasar tani/ramadan tapi tak sempat pergi, rupanya ada oarng teringat kat saya bab umbut kelapa, nanti lah ada rezeki dapatlah makan .

Salam syawal buat makteh dan keluarga.

Kak Elle said...

Alhamdulillah dah pulang dgn selamat dr kpg.Oh Azra tak ikut sama ..yelah dah sarat ni susah sikit nak berjalan jauh kan? semoga kelahiran baby berjalan dgn selamat...aha ada kemungkinan baby syawal kan?

silversarina said...

kak elle,

tanya azra dia kata ada jugak rasa contraction tapi tak kerap lagi, due datenya 5 oktober. tapi harap lahirlah sebelum sebab dapar aya sama cucu :P

Kak Elle said...

rina tak lama lagi tu maybe by weekend ni ... nanti sms saya ye whether baby boy or girl:)

etomyam said...

baguih dok ada, susah nak cari org baik n pemurah zaman sekarang ni, biasanye org laa ni ada org kena rompak tepi jalan pun buat x kisah, syabas

PINATBATE said...

Besar pahala memjamu orang berbuka..mudah-mudahan rezeki keluarga kak Ina bertambah berlipat kali ganda..

juwaidah said...

Salam..

Good luck untuk Azra. Semoga semuanya selamat. Saya punya giliran December nanti. ;)

Neeza Shahril said...

sempat lagi kak Rina pergi cameron ye.. best kan. lama dah neeza tak gi sana. Neeza suka dengan sayur2 segar kat situ...

nape kat Gambang tak banyak restoran bukak ya? rugi lah diorang tak dapat customer..

victoire said...

salam.
excited ek nak dapat cucu. hehehe
nway sebut jagung manis, terus rindu bubur jagung!

nak g shoping cari jagung wat bubur aa.

satay haji samuri taman melati sdap ke?
tak pnah rase pdahal slalu ke sane singgah umah mak cik saye.

silversarina said...

kak elle,

malam tadi mimpi yang azra tu tak bersalin walaupun perut dah lendut ke bawah..punyalah tak sabar nak dapat cucu.. samapi termimpi :P

nanti dah kuar baby I'll let you know.. rasanya tau dah boy/girl sebab hari tu zaid terkantoi sebut pasal sunat baby..hehehehe.




etomyam,

kesian pulak sebab time berbuka tiada makanan , lagipun memang nampak asakar2 ni turun dari bas ekspres singgah nak berbuka , kalau sebarangan akak pun takut nak bantu , sekaran macam2 boleh jadi.

terimakasih kerana sudi jenguk blog akak.



pinatbate,

Amin. Hari ni kita bantu orang, esok lusa kita taktau apa nasib kita.

salam Aidilfitri.

silversarina said...

juwaidah,

Selamat beraya di Amman dan dapat timang 'cucu' wanmommy di Amman juga...hehehe.

Take care!!




neeza,

Tu yang pergi awal pagi sebab masa amat terhad, lagipun dari Simpang Pulai jalan cantik, tak bengkang-bengkok nak naik ke sana , nanti bila balik Ipoh lagi nak pergi lagi , time tak posa boleh makan2 buahan dan sayur yang fresh.

Rasanya masa ramadan mungkin pekedai2 tu menjual di bazar ramadan somewhere else, jadi yang buka hanya dua gerai, naya lah yang tak sempat beli juadah dah habis, kena bawak belakan buka posa seeloknya,

silversarina said...

k-riey,

Makcik pun tak sangka yang makcik akan terlebih excited nak timang cucu , berdoa hari2 agar cucu lahir sebelum raya sebab nak raya dengan si kecil tu :P


BUbur jagung kalau kat rumah makcik tak laku sangat sebab anak2 sume tak pandai makan, kalau jagung rebus /bakar baru laku. jagung yang makcik beli di CH ni sedap dimakan mentah, memang sedap dan manis betul .

Biasanya sate Hj Samuri ni sama sedap walau di mana sebab dia francais kena jaga quality , makcik beli kat situ sebab senang nak keluar balik ke karak highway , ada pernah berangan nak buka outlet sate Hj samuri di kemaman.. sapa pulak nak jaga ..berangan je lah .

Selamat berbuka dengan bubur jagung.